Bab 11

901 78 1
                                    

                 KELIHATAN Asraf Ariffin sudah meluru masuk ke dalam rumah. Kunci kereta dihempas pada meja makan sebelum punggung dilabuhkan bersebelahan dengan Hanisah. Berkerut Arabella melihat Asraf Ariffin yang sudah duduk di sebelah Hanisah. Namun, riak Wajahnya ditahan.

Tengku Hashim sudah tersenyum. Sejak Hanisah berada di rumah, Asraf sering pulang ke rumah. Malah, lebih awal daripada biasa.

"Hai Asraf. I rindu you lah. Lama tak jumpa kan."kata Arabella. Senyuman mengoda dilemparkan kepada Asraf.

Asraf Diam. Malas mahu mengeluarkan kata. Dia kemudian memandang wajah Hanisah sekilas. Dari riak wajah gadis itu Asraf dapat menangkap bahawa Hanisah tidak selesa.

"Asraf ni dah kenapa tengok-tengok perempuan kampung ni. Nak aku lempang je perempuan ni. Benci betul aku tengok dia duduk dekat Asraf."bisik hati Arabella.

"Emm.. Hanisah, boleh ambilkan kitaorang air tak? Mungkin orang gaji tu lupa bawa air."arah Arabella.

"Boleh.. kejap, Saya ambil air dekat dapur."balas Hanisah. Dia bingkas berdiri daripada kerusi. Lantas tangan Asraf memegang pergelangan tangan Hanisah.

"Duduk!"arah Asraf.

Tersentak Hanisah. Asraf sudah menunjukkan riak wajah tidak puas hati. Hanisah terpaksa duduk semula kerana takut dengan riak wajah Asraf.

"Hei, Arabella dan orang tua korang dengar sini baik-baik. Tiada siapa yang boleh bagi arahan dengan Hanisah Selain daripada aku!"kata Asraf berbaur amaran.

"Okay. Can you just forget about that. I takkan suruh dia dah. Sorry okay?"balas Arabella.

"Sudah lah tu. Makan dulu."kata Tengku Hashim.

Arabella dan Tengku Hashim sudah menjamu selera hanya Asraf dan Hanisah sahaja yang Masih tidak menyentuh makanan.

Asraf hanya memandang Hanisah.

"Woi, makan! Kau nak aku suap kau budak keci ke?!"arah Asraf.

Tersentak Hanisah. Dia kemudian mengalihkan pandangannya ke arah Asraf. Hanisah memandang Asraf kecil saja. Ish, nak marah Saya pulak. Suka hati saya lah nak makan atau tak nak.

"Asraf, awak pun makan lah."ujar Hanisah.

Dengan pantas Hanisah menghabiskan makanan itu. Tidak mahu dia dimarah lagi oleh Asraf. Usai makan dia ingin menuju ke arah dapur tetapi langkahnya mati.

"Wey, bawa piring aku sekali."arah Asraf.

Hanisah mengeluh kecil sebelum mengambil pinggan Asraf. Kak Nana sudah berdiri di situ untuk mengemas meja makan.

"Nisa, kau ndak payah lah buat kerja semua ini. Biar kak Nana seja yang buat. Lagipun ini kerja kak Nana."bisik Kak Nana. Sempat lagi dia berbisik pada Hanisah di dapur.

"Ish kak Nana ni, tak ada apa lah. Sikit je nak basuh pinggan ni. Awak tu dari tadi buat kerja rumah. Rumah banglo bukannya keci. Besar."balas Hanisah. Tangannya sudah sibuk membasuh pinggan.

"Biarkan dia buat kak Nana. Dia tu degil sangat nak datang sini!"seloroh Asraf. Hanisah menoleh ke arah Asraf yang sudah berpeluk tubuh memandangnya.

"Baik Tuan."kata Kak Nana. Kak Nana kemudian meminta diri untuk beredar dari situ.

Asraf mengatur langkah menghampiri Hanisah yang sibuk membasuh pinggan. Tubuh Asraf sengaja didekatkan pada tubuh Hanisah. Kini dia tepat di belakang Hanisah. Dia membongkokkan sedikit tubuhnya sehingga Wajahnya berada di sebelah telinga Hanisah.

Meremang bulu Roma Hanisah. Terasa wajah Asraf terlalu dekat di sebelah sehingga dapat dirasakannya nafas Asraf pada cuping telinganya.

"Hanisah, I want you to be my wife."bisik Asraf pada Hanisah.

Hanisah mempercepatkan tangannya membasuh pinggan itu. Usai mencuci pinggan, Hanisah ingin segera beredar dari situ tetapi tangan Asraf lebih pantas. Hanisah kini menghadap Asraf.

"Awak jangan lah macam ni. Kalau Tengku dan Arabella nampak macam mana?"Tanya Hanisah.

Asraf memandang mata Hanisah. Cantik sahaja pada pandangan matanya. Terasa tenang. Kemudian, perlahan-lahan bebola matanya turun perlahan memandang bibir merah milik Hanisah.

"Aku tak kesah pun kalau perempuan dan orang tua tu nampak."kata Asraf. Pipi Hanisah diusap lembut.

Dengan pantas tangan Asraf ditepis kasar. Hanisah menolak tubuh Asraf dan melarikan diri. Dia segera naik ke tingkat atas untuk menuju ke arah biliknya meninggalkan Asraf sendiri di situ.

"Astagfirullahalazim.."dalam Hati Hanisah sudah mengucap banyak Kali.







                     "Boss, hari ni Saya nak pulang awal boleh tak? Saya nak pergi masjid."kata Hanisah meminta keizinan.

Asraf memandang jam pada pergelangannya yang sudah menunjukkan pukul 4:30 petang.

"Dengan siapa?"Tanya Asraf. Dia sudah mengerutkan dahinya. Setahunya Hanisah tiada kawan Islam lagi Semenjak datang ke Kuala Lumpur.

Hanisah sudah gelabah. Dia tidak tahu sama ada dia perlu menyebut nama Hakim atau tidak.

"Hakim.. tapi kejap je. Tak lama."jawab Hanisah.

"Shit." Wajah Asraf sudah berubah riak. Jelas terpapar wajah marahnya. Tangan di gepal-gepal.

"Kau kenapa bodoh sangat ni? Masjid? Kau ingat lelaki tu nak ke masjid? Kau ni gatal sangat sampai nak ikut lelaki kan."

Air mata Hanisah sudah jatuh ke pipi. Sungguh dia berasa terhina dengan tuduhan Asraf.

"Saya tak macam awak fikirkan lah Asraf. Saya Masih ada harga diri. Awak dah kenapa sampai buruk sangka dengan kawan awak tu? Sudah lah. Awak tu boss Saya aje bukannya suami Saya. Saya cakap Saya nak pergi maksudnya Saya akan pergi!"Jelas Hanisah panjang lebar. Dia segera berlalu dari situ.

Hanisah sudah berdiri lebih awal di luar hotel itu untuk menunggu Hakim menjemputnya.

"Sekurang-kurangnya Hakim tak macam Asraf. Hakim tetap nak berubah jadi baik. Nak cari Tuhan."monolog Hanisah.

Asraf yang baru keluar dari bangunan itu segera menarik tangan Hanisah kemudian menghempas kasar tubuh Hanisah pada perut kereta.

"Awak kenapa ni?!"marah Hanisah.

Tetapi tidak didengar oleh Asraf malah, pintu kereta itu hanya ditutup kasar. Tersentak Hanisah. Gerun melihat wajah Asraf yang sudah bengis.

Pintu kereta pemandu ditutup kasar oleh Asraf. Enjin kereta itu dihidupkan sebelum pacuan empat roda itu meluncur laju di jalan raya.

"Awak nak mati ke apa ni! Hentikan kereta ni! Awak bawa laju sangat kenapa?!"jerit Hanisah. Jujur dia berasa takut apabila Asraf memandu dengan laju.

Tiada balasan kata dari Asraf. Serius sahaja. Asraf kemudian menekan pedal break secara mengejut memberhentikan keretanya di suatu kawasan. Mujur tidak terkeluar dari kereta. Hanisah menoleh ke belakang.  Tiada kereta. Dalam hati sudah bersyukur tiada apa yang berlaku.

"Awak ni gila ke? Bawa kereta laju-laju."marah Hanisah.

"Ya memang aku gila! Aku bagi kau pilihan kau kahwin dengan aku atau kau pulang kampung jaga Mak Senah!"

"Saya ni datang ke sini nak ubah awak je Encik Asraf bukannya nak jadi isteri awak."

"Buat pilihan."kata Asraf ringkas.

Hanya Kerana Dia [Completed] ©Where stories live. Discover now