Bab 37

1K 71 4
                                    

PAK!

Pintu terbuka luas. Semua Manusia yang berada di situ mengalihkan pandangan ke arah pintu itu. Kelihatan Tengku Hashim, Puan Maria dan Arabella berdiri di situ.

"Baby? Kenapa datang ke sini?"Tanya Hakim sambil memandang Arabella yang berpakaian pesakit seperti baru sahaja melarikan diri dari wad hospital. Matanya kemudian, melihat tiga susuk itu silih berganti.

"Macam mana korang boleh masuk ke dalam sini hah?!"tengking Hakim lagi.  Dia berasa pelik kerana tidak Mungkin mereka dapat masuk ke dalam kawasan itu kerana ada orang bawahannya yang menjaga pintu masuk itu.

Tiba-tiba mereka dikepung oleh tiga puluh orang berbadan besar dengan menggunakan senjata sehingga orang bawahan Hakim menyerahkan diri. Terkejut Hakim apabila melihat mafia yang dikenalinya itu kini menapak masuk ke arah mereka.

"Pak..... Pak cik? Kenapa boleh ada dekat sini?"Tanya Hakim. Lelaki mafia itu merupakan Pak cik Hakim iaitu, Dato Rayyan. Kawan baik Tengku Hashim Dan arwah ayahnya, Dato Aryan.

"Aku nak kau lepaskan mereka Hakim. Kau tak ubah dengan Sikap arwah ayah kau. Dulu kami bertiga merupakan kawan baik tapi tak sangka arwah ayah kau membelot kami."Jelas Dato Rayyan. Dia kemudian menapak menghampiri Hakim. Hakim terundur beberapa tapak ke belakang.

"Pak cik, maafkan aku. Aku cuma... Benci dengan Asraf!"kata Hakim. Nadanya sudah naik seoktaf.

Asraf berjalan menghampiri isterinya seperti orang tempang disebabkan tusukan pisau lipat itu pada pahanya. Dia kemudian, mendapatkan isterinya untuk membuka ikatan dan matanya yang tertutup dengan kain.

"Sayang abang dekat sini."kata Asraf separuh berbisik. Hanisah terus memeluk tubuh Asraf apabila ikatan sudah dilepaskan.

Hakim yang melihat Asraf sedang berpelukan dengan isterinya ingin menembaknya.

Dash!

Belum sempat Hakim melepaskan tembakan pada Asraf, satu tembakan mengena pada kaki Hakim. Hakim mengerang kesakitan. Dia tersujud pada lantai.

Cepat-cepat Asraf menutup mata isterinya dan memeluknya agar tidak melihat perkara itu. Bergeletar seluruh tubuh Hanisah kerana ketakutan yang melampau. Tidak suka dia mendengar bunyi tembakan itu.

"Sayang jangan takut."Jelas Asraf. Berusaha benar dia tenangkan isterinya.

Hakim tertunduk sambil menangis.
"Kenapa semua orang berpihak pada Asraf?!!"jerit Hakim. Tiba-tiba Hakim terpengsan.

"Hakim!"jerit Arabella. Dia berlari mendapatkan Hakim.

"Cepat bawa dia ke hospital sekarang!"arah Dato Rayyan.









                    MEREKA masih menunggu Hakim di dalam hospital. Tetapi Hakim masih belum sedarkan diri. Paha Asraf yang cedera pula sudah dirawat oleh jururawat di situ. Mujur sahaja Luka itu cepat dirawat. Hanisah meminta Asraf untuk berbaik dengan Tengku Hashim. Asraf akhirnya akur. Bertuah benar dia mendapat isteri yang baik seperti Hanisah. Seorang gadis yang begitu memberikan suatu perubahan yang besar pada dirinya.

"Papa.."mendatar sahaja Suara Asraf memanggil Tengku Hashim. Baru pertama Kali gelaran papa itu meniti di bibir Asraf.

Air mata Tengku Hashim jatuh ke pipi tuanya. Dia terus memeluk Asraf dengan erat. Asraf memeluk tubuh Ayahnya.

"Papa minta maaf Asraf, papa banyak buat silap. Papa pengecut. Papa tak berani nak lawan mafia yang pernah bunuh arwah mama kamu. Papa berjanji akan menjadi mafia selama-lamanya pada kawan papa tapi papa tidak dapat tunaikan janji papa pada mereka sebab papa fikir nak mulakan hidup baru. Papa menyesal."Jelas Tengku Hashim panjang lebar.

Asraf Diam. Masih membiarkan Tengku Hashim memeluk tubuhnya. Hanisah gembira melihat Asraf dan Tengku Hashim akhirnya berdamai.

"Tak apa pa. Asraf yang perlu minta maaf sebab sudah sakitkan hati papa. Selama ni Asraf banyak buat Salah pada papa."Jelas Asraf. Tengku Hashim meleraikan pelukan. Matanya sayu memandang wajah anak lelakinya itu. Wajah Asraf ada persamaan dengan Arwah isterinya. Sungguh penyesalan itu tidak dapat dilupuskan dari fikiran.

"Terima kasih Asraf. I'm proud of you."ucap Tengku Hashim seraya tersenyum nipis.

"Asraf, aunty minta maaf sebab desak Asraf berkahwin dengan Arabella."seloroh Puan Maria. Dia kemudian berdiri di sebelah Tengku Hashim.

"Tak apa aunty. Saya faham Setiap ibu nakkan yang terbaik untuk anaknya."Jelas Asraf sambil Tersenyum nipis.

Arabella menghampiri Hanisah yang duduk diluar wad Hakim. Tempat kosong di sebelah Hanisah menjadi tempat Arabella melabuh punggung.

"Hanisah I nak minta maaf atas apa yang I dah buat."kata Arabella. Air matanya sudah berjujuran jatuh.

"Tak apa Saya dah maafkan awak."kata Hanisah. Dia memegang lembut tangan Arabella di sebelahnya.

"Tapi you mesti tak dapat nak maafkan I. I yang hantar lembaga tu pada you. I menyesal Nisa. Akhirnya lembaga tu datang cari I balik Dan makan anak dalam perut I."Jelas Arabella panjang lebar.

Terkejut Hanisah mendengar penjelasan Arabella. Sungguh dia tidak tahu Selama ini ternyata Arabella yang menghantar lembaga itu kepadanya.

"Tapi.. anak tu anak siapa?"Tanya Hanisah. Hanya sekadar inginkan kepastian.

"Anak Hakim. I minta maaf sebab tuduh suami you. I menyesal dengan tindakan I Nisa. Bila Hakim tahu cerita sebenar dia cepat-cepat meminta bomoh tu untuk hentikan lembaga tu daripada terus ganggu I. I tak dapat nak balas apa yang Hakim dah buat untuk I. Semua dia lakukan sebab dia sayangkan I Nisa. I kejam. I rasa tak layak nak hidup."Jelas Arabella panjang lebar.

"Arabella awak jangan cakap macam tu. Dalam dunia ni tak ada satu pun Manusia yang tak melakukan kesilapan. Saya maafkan awak Arabella. Saya tak pernah nak berdendam dengan awak. Allah sentiasa menunggu awak dan sesiapa sahaja untuk kembali ke pangkal jalan yang benar."balas Hanisah. Dia kemudian tersenyum nipis.

Tersenyum Asraf melihat isterinya. Dari tadi dia memerhati dan mendengar Isterinya itu berbual dengan Arabella.

"Ustazah, aku nak jalan makan kejap. Nak ikut tak?"Tanya Asraf dengan nada gurauan. Asraf tertawa kecil.

"Sejak bila Nisa ni Ustazah? Tak nak lah abang pergi lah sendiri. Nisa nak tunggu Hakim sedarkan diri."kata Hanisah. Asraf melabuhkan punggung disebelah Hanisah.

"Temanlah abang makan kejap. Sayang isteri abang mesti dengar cakap."pujuk Asraf.

Tergeleng-geleng Arabella melihat pasangan romantik itu. Dia Redha dengan ketentuan Ilahi. Benarlah kata arwah ayahnya,

"Orang baik pasti akan dapat pasangan yang baik-baik."

"Asraf,"panggil Arabella. Serta-merta perbualan Hanisah dan Asraf terhenti. Asraf Diam, dia menunggu kata yang akan diungkapkan oleh Arabella.

"I nak minta maaf. I janji lepas ni I akan berubah. I Redha. Semoga hubungan kamu berdua akan kekal sehingga ke anak cucu."Jelas Arabella.

"Tak apa Arabella. Kau tak ada buat perkara Salah pada aku. Sampai mati aku tetap sayang isteri aku."Balas Asraf.

Hanya Kerana Dia [Completed] ©Where stories live. Discover now