Bab 24

810 72 0
                                    

                           MALAM itu, Hanisah menyandarkan tubuhnya pada kepala katil. Dia Tersenyum-senyum seperti orang sedang angau. Biasalah bila sudah kemaruk Cinta sehingga Hanisah terlupa Mak Senah sedang memerhatinya.

"Hanisah Fikirkan Asraf?"Tanya Mak Senah. Memecahkan kesunyian itu.

Tersentak Hanisah apabila soalan itu diajukan kepadanya. Pipi Hanisah sudah bertukar menjadi merah seperti tomato.

"Tak ada lah Mak. Kalau Nisa fikir Asraf pun lelaki Mafia tu mukin tak Fikirkan Nisa pun."jawab Hanisah.

"Tapi Mak tengok Asraf tu macam sukakan Nisa. Mak tengok Asraf tu sanggup buat apa aje untuk kamu."balas Mak Senah.

"Mak, kalau Hanisah kahwin dengan Asraf. Mak setuju tak?"Tanya Hanisah. Hanisah segera memperbetulkan duduknya sehingga berhadapan dengan Mak Senah yang berada di sebelahnya.

Keluhan kecil dilepaskan oleh Mak Senah sebelum mengeluarkan kata. Kedua tangan Hanisah digenggam lembut oleh Mak Senah.

"Nisa suka Asraf? Mak tak ada apa-apa bantahan kalau itu keputusan Nisa."Jelas Mak Senah.

"Maksudnya Mak restu kalau Nisa kahwin dengan Asraf? Walaupun dia mafia?"Tanya Hanisah. Kedua kening Hanisah dijongketkan. Dia Masih menanti jawapan yang meniti di bibir Mak Senah.

"Yang kahwin tu kamu Nisa. Umur kamu pun dah sesuai sangat berumah tangga. Tapi macam mana pula dengan Ustaz Hafizi? Ustaz Hafizi tu pun baik. Nisa langsung tak ada perasaan ke dengan Fizi?"ujar Mak Senah.

Terasa keluh lidah Hanisah untuk menjawab soalan Mak Senah. Dia bungkam. Sebenarnya, Hanisah langsung tidak mempunyai apa-apa perasaan pada Ustaz Hafizi. Apa riaksi Ustaz Hafizi jika dia menolak lamaran itu? Bagaimana pula kalau Ustaz Hafizi tahu yang dia akan berkahwin dengan Asraf Ariffin?

"Kenapa Diam Nisa?"Tanya Mak Senah. Mak Senah mengusap lembut tangan Nisa.

"Nisa, tak tahu macam mana nak tolak Fizi. Nisa tak suka Ustaz Hafizi Mak. Tapi, Nisa tak nak hancurkan harapan Fizi."Jelas Hanisah. Hanisah dilanda rasa bersalah.

"Tak payah lah fikir banyak Nisa. Kita ni tak boleh paksa hati untuk terima seseorang. Nisa bagitahu lah Ustaz Hafizi jawapan tu. Jangan Biarkan Fizi tertunggu-tunggu. Membuat seseorang tertunggu jawapan tu tak baik."nasihat Mak Senah seraya Tersenyum.

Hanisah hanya mengangguk tanda faham. Hanisah kemudian berbaring bersebelahan dengan mak Senah. Dia memeluk Mak senah sebelum melelapkan matanya.









                        KEESOKAN Harinya, Hanisah pergi ke rumah Mak Yam. Bukan sendiri tetapi bersama dengan Asraf. Hanisah sudah menyuruh Asraf menunggu tetapi tetap sahaja berkeras ingin pergi bersama ke rumah Mak Yam.

"Assalamualaikum."laung Hanisah di luar rumah.

Selang beberapa minit kemudian kelihatan Mak Yam keluar dari pintu rumah.

"Walaikumsalam. Eh Hanisah marilah masuk ke dalam."Pelawa Mak Yam. Sekilas dia memandang Asraf di sebelah Hanisah.

"Eh tak apa Mak Yam. Saya datang sini nak jumpa Fizi je."kata Hanisah seraya tersenyum.

"Kejap ya Nisa. Mak Yam panggil Fizi dulu."pamit Mak Yam.

Tidak berapa lama kemudian, Ustaz Hafizi keluar dengan senyuman lebar tetapi senyumannya mati tatkala terpandang susuk Asraf berdiri di sebelah Hanisah.

"Hanisah, nak jumpa Saya?"Tanya Ustaz Hafizi. Sekadar inginkan kepastian.

Hanisah mengangguk.

"Kenapa Nisa nak jumpa Saya?"Tanya Ustaz Hafizi.

"Saya.. Saya... Nak.. bagitahu Awak yang saya. Tak dapat...."

Belum sempat Hanisah mengeluarkan kata. Asraf segera mencelah.

"Hanisah akan kahwin dengan aku. Aku harap lepas ni kau tak kacau Hanisah dah. Sebab dia akan jadi isteri aku yang sah."Jelas Asraf.

Ustaz Hafizi Diam. Jelas riak Wajahnya yang kelihatan kecewa.

"Betul ke apa yang dia cakap Nisa?"Tanya Ustaz Hafizi.

Hanisah hanya mengangguk tanda mengiyakan.

Ustaz Hafizi Tersenyum nipis. Hatinya yang sakit sengaja ditutup dengan senyuman. Ustaz Hafizi segera memandang Asraf di sebelah Hanisah.

"Asraf, tahniah. Saya sangat cintakan Hanisah tapi awak sangat bertuah sebab dapat Cinta Hanisah. Saya cuma nak minta tolong dengan awak, jangan sakitkan Hanisah. Saya Mungkin tak ada jodoh dengan Hanisah tapi Saya harap awak boleh jaga dia dengan baik."kata Ustaz Hafizi panjang lebar.

"Kau tak perlu risau. Bila dia jadi isteri aku yang sah aku akan jaga dia. Dia seperti nyawa aku."balas Asraf. Serius sahaja dia memandang Ustaz Hafizi

Hanisah terkejut dengan ayat yang meniti di bibir Asraf. Benarkah apa yang didengarinya tadi? Asraf cakap dia adalah nyawanya? romantik sahaja ungkapan itu pada halwa pendengaran Hanisah.

Ustaz Hafizi hanya mengangguk tanda faham.

"Kami minta diri dulu."pamit Asraf. Pergelangan tangan Hanisah yang berlapik dipegang untuk pergi dari situ.

"Fizi, kenapa tu? Apa kata Hanisah?"seloroh Mak Yam yang baru keluar dari rumah. Dia ingin tahu juga apa yang terjadi tadi. Hairan juga Mak Yam apabila melihat Asraf datang sekali tadi.

"Nanti Fizi cerita ya Mak. Fizi nak ke masjid kejap."Jelas Ustaz Hafizi. Dia Salam Mak Yam sebelum mengatur langkah seribu pergi dari situ.

Ustaz Hafizi akhirnya sampai di masjid. Lama Ustaz Hafizi melayan perasaannya di situ. Sempat dia mengerling jam tangannya yang sudah menunjukkan tidak lama lagi dia perlu menunaikan solat Asar.

Usai menunaikan solat Asar, Ustaz Hafizi berdoa.

"Ya Allah, hanya Engkau tempat aku luahkan perasaan sedihku. Aku doakan agar Hanisah bahagia bersama dengan lelaki pilihannya. Aku doa agar mama dapat menantu yang baik seperti Hanisah. Amin."

Selesai menunaikan solat Asar Dan berdoa dia ingin keluar dari masjid itu tetapi langkahnya terhenti.

"Ustaz, ingat tak Saya? Ustaz cakap, Saya pasti dapat lelaki yang lebih baik. Tapi kenapa Saya tak dapat cintakan orang lain. Saya cuma cintakan Ustaz?"kata Aisyah.

Gadis itu berdiri tepat di hadapan Ustaz Hafizi. Air mata jernih jatuh pada pipi mulus Aisyah.

"Maaf, saya minta diri dulu."pamit Ustaz Hafizi tanpa menjawab soalan Si gadis itu.

"Ustaz memang tak cintakan Saya ke? Saya tak cantik ke Ustaz? Kenapa Ustaz nak elakkan diri dari Saya? Saya tahu Saya memalukan diri. Tapi Saya tak berbohong pada Ustaz."kata Aisyah.

"Allah ciptakan awak sangat cantik Aisyah. Awak perlu tahu, kecantikkan itu bukan sahaja dari luaran tetapi hati." hanya itu kata yang keluar dari bibir Ustaz Hafizi. Dia Tersenyum lalu beredar dari situ.

"Saya nak kahwin Ustaz!"

Hanya Kerana Dia [Completed] ©Where stories live. Discover now