Bab 23

789 66 3
                                    

                          "Saya nak awak jadi bidadari syurga saya Nisa. Saya akan jaga awak dengan baik kalau awak Sudi jadi isteri saya."Jelas Ustaz Hafizi.

Pak!

Berderai piring kaca itu Mungkin disebabkan terlepas dari genggaman Asraf atau Mungkin Asraf sengaja nak pecahkan pinggan itu?

"Awak okay ke Asraf?"Tanya Hanisah. Riak Wajahnya bertukar risau sehingga dia terlupa apa yang diluahkan oleh Ustaz Hafizi sebentar tadi.

Titik darah jatuh dari tangan Asraf. Walaupun Hanisah memanggil namanya tetap Asraf tidak menoleh.

"Ya Allah.. Asraf.. kenapa dengan tangan kamu tu? Kenapa pinggan ni boleh pecah?"seloroh Mak Senah Setelah masuk ke dalam dapur.

"Mak Senah, esok Saya pulang Kuala Lumpur."kata Asraf. Dibiarkan darah mengalir dari tangannya yang luka. Asraf terus mengatur kaki untuk menuju ke arah bilik.

Ustaz Hafizi menjadi rasa bersalah.

Mendengar ayat yang keluar dari mulut Asraf menyebabkan ada rasa sedih terbit dihati Hanisab. Tapi kenapa? Hanisah masih tidak dapat memahami perasaannya sendiri.

"Saya akan datang esok nak merisik Hanisah."kata Ustaz Hafizi berusaha memberanikan diri.

"Saya tak tahu Fizi. Tapi Saya tak nak fikir tentang kahwin sekarang. Lagipun Saya tak tahu perasaan Saya lagi."balas Hanisah.

"Tak apa. Saya tak paksa awak."kata Ustaz Hafizi.

Mak Senah Tersenyum memandang Ustaz Hafizi. Jika diberikan pilihan dia memang ingin Ustaz Hafizi menjadi menantunya memandangkan Ustaz Hafizi seorang yang boleh menjadi suami yang baik untuk Hanisah. Tapi dia tidak mahu masuk campur berkaitan dengan siapa pilihan Hanisah kerana dia ingin Hanisah sendiri memilih.

Hanisah bungkam. Dia tidak tahu ingin katakan apa lagi. Darah Asraf yang menitik jatuh pada lantai tadi dilihat sekilas.

"Awak bagitahu Saya bila awak ada jawapan. Saya akan tunggu."kata Ustaz Hafizi.

"Mak Senah, Nisa. Saya minta diri dulu."pamit Ustaz Hafizi.

Mak Senah memandang Hanisah yang Masih Diam tidak berkata apa-apa. Keluhan berat dilepaskan oleh Mak Senah.

Asraf memasukkan pakaian pada begnya. Hatinya sakit seperti ditikam dengan pisau. Dia tahu lelaki seperti Ustaz Hafizi yang sesuai menjadi suami Hanisah. Dia juga tidak faham mengapa dia buat semua ini? Esok dia bertekad untuk pulang Kuala Lumpur. Tidak mahu berlama di situ.

Ketukan pintu bilik itu menyentakkan lamunan Asraf yang sibuk mengemas pakaiannnya. Pintu bilik itu dikuak, terpancul wajah Hanisah.

"Awak okay tak?"Tanya Hanisah.

Asraf bingkas bangun dan keluar dari bilik. Dia memandang wajah Hanisah dengan lama sehingga berkerut kening Hanisah.

"Kenapa?"Tanya Hanisah. Pelik.

"Sebab Ustaz Hafizi ke kau tak dapat terima aku? Atau sebab aku mafia? Atau pun sebab aku pembunuh?"bertalu-talu soalan yang keluar dari mulut Asraf. Dia benar-benar inginkan kepastian Hanisah.

"Awak serius ke nak kahwin dengan Saya?"Tanya Hanisah.

"Kalau aku berubah. Kau nak kahwin dengan aku?"bukan jawapan tetapi soalan pula yang diberikan oleh Asraf.  Wajahnya serius.

"Saya akan kahwin dengan awak kalau awak berubah dan tak jadi mafia, tak jadi pembunuh lagi. Awak boleh buat ke semua tu? Awak kata awak tak dapat nak berhenti jadi mafia kan."Jelas Hanisah panjang lebar. Sekilas dia memandang tangan Asraf yang luka.

"Okay. Aku janji aku akan berubah. Tapi janji dengan aku, kau mesti setuju berkahwin dengan aku. Aku akan buat apa aje demi kau."kata Asraf.

Sepasang anak mata Asraf memandang tepat ke anak mata Hanisah. Berdebar jantungnya dengan pandangan Asraf.

"Kalau Saya cakap nak makan mangga, awak nak ke panjat pokok mangga demi Saya?"Tanya Hanisah.

"Okay. Sekarang juga aku panjat pokok mangga tu demi kau."jawab Asraf.

"Betul ni?"Tanya Hanisah. Sekadar inginkan kepastian.

Tanpa basah-basi dia mengatur kakinya untuk keluar dari rumah kayu itu menuju pada pokok mangga. Dia memanjat pokok mangga itu untuk Hanisah. Gigitan Semut merah itu menyebabkan Asraf ingin turun tetapi dia tetap mengambil buah mangga itu demi Hanisah.

"Kenapa Asraf panjat pokok mangga tu?"Tanya Mak Senah sejurus sahaja keluar. Mereka memerhati Asraf di luar rumah.

"Dia cakap boleh buat apa je demi Hanisah. Tu yang Nisa nak tengok sejauh mana kata-kata Asraf tu betul."Jelas Hanisah.

"Nisa ni pun kenapa suruh panjat waktu tangan Asraf Luka? Kesian Asraf terpaksa buat semua tu demi kamu."balas Mak Senah pula.

Terbit rasa bersalah dalam diri Hanisah. Ada kebenarannya juga apa yang dikatakan oleh Mak Senah.









                        DOKTER itu Tersenyum memandang Arabella yang kini duduk sambil berpeluk tubuh. Dia memberikan kertas hitam putih kepada Arabella. Dengan pantas dia mencapai kertas itu. Terbit senyuman sinis apabila melihat kertas itu.

"Tahniah Cik Arabella, awak dah mengandung 3 minggu. Tapi kenapa tak guna pregnant test je cik?"Jelas Dokter perempuan yang berbangsa India itu.

"Suka hati I lah. I memang dah cek guna pregnant test tapi I nakkan kepastian."kata Arabella. Sempat dia melemparkan jelingan tajam pada Dokter itu.

"Sekejap lagi kita jumpa papa ya anak mamy. Nama papa you Asraf Ariffin."bisik Hati Arabella. Senang hati Arabella dengan bisikan hatinya sendiri.

"Okaylah. I nak pulang."kata Arabella. Dia menghayunkan kakinya keluar dari bilik itu.

Kelihatan Hakim sudah berdiri di luar bilik itu seolah-olah sudah lama menunggu Arabella keluar.

"Macam mana you ada dekat sini?"Tanya Arabella. Matanya meliar memandang sekeliling. Risau sekiranya Tengku Hashim melihat dia bersama Hakim.

"Awak mengandung ke?"Tanya Hakim.

"You dengar sini, I tak ada kena mengena dengan you lagi. I nak you jangan tunjuk muka you depan I."kata Arabella. Jari telujuknya ditunding dekat dengan muka Hakim.

"Jangan risau Arabella. Saya datang sini nak pastikan awak okay je. Oya, sebelum Saya lupa. Saya akan bunuh Asraf. Saja lah Saya nak bagitahu awak."sinis Hakim.

"Tak. You tak Mungkin dapat bunuh Asraf."kata Arabella.

"Kalau Saya tak dapat bunuh, ada orang yang Mungkin boleh bunuh Asraf."Jelas Hakim. Senyuman sinis kelihatan pada bibir Hakim.

"Ingat, Arabella. Apa yang dah jadi milik Saya, Saya tak akan bagi dengan Asraf!"bentak Hakim.

Terhinjut bahu Arabella kerana terkejut dengan nada Hakim yang sudah naik satu oktaf. Sesetengah Manusia yang berada di hospital itu memandang ke arah mereka.

************************************


Siapa yang dapat Hanisah? Ustaz Hafizi yang baik dan hebat agama? atau Asraf Ariffin yang sanggup buat apa sahaja demi Hanisah?

berusaha aku buat plot sweet Asraf dengan Hanisah. Last-last aku rasa Ustaz Hafizi lagi sweet sebab tolong cuci pinggan
Pada lembaran Bab 22
Hahahahhaha

I love all my readers! ❤️

Hanya Kerana Dia [Completed] ©Where stories live. Discover now