Bab 9

905 73 3
                                    

                      DIA mengatur kaki pantas ingin beredar daripada terus bertemu dengan Hakim. Entah sampai bila Hanisah perlu mengelak daripada lelaki itu. Semasa melakukan kerja pembersihan tidak sah kalau tidak jumpa dengan Hakim. Hanisah mengeluh kecil sebelum melangkah ke ruangan Office milik Asraf Ariffin.

Kelihatan Asraf sedang sibuk menekan papan kekunci pada komputer ribanya. Pandang Asraf beralih memandang gadis yang Masih berdiri kaku di depan pintu.

"Sibuk pulak Si beruk ni. Aku keluar je lah. Nanti dia keluar Aku bersihkan."monolog Hanisah. Dengan Kadar perlahan langkahnya ingin diatur keluar dari bilik Asraf.

"Oi, kau mahu ke mana?"Tanya Asraf.

Tersentak Hanisah. Lantas Hanisah menoleh ke arah Asraf. Wajah Asraf dingin dan serius memandang Hanisah.

"Saya nak bersihkan bilik Encik Asraf tapi, Saya nampak awak sibuk. Saya tak nak ganggu."Jelas Hanisah. Hanisah Tersenyum hambar.

"Aku ke boss atau kau yang boss? Bila aku suruh bersihkan office aku, Kau tak payah banyak songeh. Aku sibuk atau tak dengar je arahan aku."marah Asraf. Dahi sudah berkerut.

"Saya minta maaf boss."balas Hanisah.

Hanisah segera melap tingkap dan meja yang berada di situ tetapi, meja besar milik Asraf hanya dibiarkan kerana takut menganggu tumpuan Asraf.

"Lap meja aku."arah Asraf tetapi matanya Masih memandang skrin komputer ribanya.

"Ba.. baik boss."balas Hanisah. Dia melangkah menghampiri meja besar Asraf.

"Encik Asraf... Err.. boss, Saya lap meja awak ya."kata Hanisah lembut. Makin berbunga-bunga hati Asraf tika mendengar Suara lembut milik Hanisah. Tetapi wajah tetap serius.

Asraf hanya mengangguk.

Nak suruh boss Asraf ni berdiri takut kena marah pulak. Macam mana saya nak lap meja kalau jari dia sibuk nak tekan keypad tu. Si beruk ni kan. Monolog Hanisah.

Asraf menyedari Hanisah Masih kaku. Tidak tahu bagaimana untuk melakukan kerjanya. Dia tahu tapi sengaja dia ingin melihat wajah Hanisah lebih dekat.

"Haih.. pandang aku sebab aku handsome sampai tak boleh nak buat kerja?"Tanya Asraf. Riak Wajahnya ditahan untuk ketawa.

"Eh takde lah boss. Sa.. Saya nak lap lah ni."Jelas Hanisah.

Dia mengeluh kecil sebelum lap meja Asraf. Asraf melihat wajah Hanisah yang dekat dengannya. Berusaha benar Hanisah menjarakkan tubuhnya daripada bersentuhan dengan tubuh Asraf.

"Boss.. err.. boleh tepi sikit tak? Saya tak sampai ni."pinta Hanisah.

"Kata pekerja aku tapi suruh-suruh boss pindah tempat pulak?"Tanya Asraf.

"Saya tak suruh boss. Saya nak minta tolong boss sebab tangan Saya tak sampai dekat situ tu."Jelas Hanisah.

"Eh apa pulak tak sampai? Boleh je lah sampai."balas Asraf. Dia tahu jika dipaksa Maka tubuh Hanisah akan bersentuhan dengan bahunya.

"Awak ni kan beruk sengaja betul kan! Awak jahat Asraf!"marah Hanisah. Tak semena-mena gelaran beruk itu terkeluar dari mulut Hanisah. Panggilan beruk itu sudah lama tidak didengari pada telinga Asraf. Dulu Asraf sentiasa dipanggil beruk oleh Hanisah di kampung.

Hanisah pantas menekup mulutnya kerana dia juga tidak menyangka nama beruk itu keluar dari mulutnya. Ingin sahaja dia pukul mulutnya tika ini.

Asraf Diam. Tidak berkata apa-apa.

"Beruk? Kenapa aku rasa rindu pula dengan gelaran tu."bisik hati Asraf.

"Saya minta maaf awak.. Saya tak sengaja. Saya terlepas cakap sebab Saya marah sangat."Jelas Hanisah.

"Kalau aku beruk habis tu kau apa? Beruk betina?"Tanya Asraf. Pandangannya dialihkan memandang Hanisah. Kini Asraf berdiri dan kemudian dia berpeluk tubuh sambil memandang Hanisah. Tubuhnya disandarkan pada dinding.

Dengan segera Hanisah melap permukaan meja Asraf. Asraf hanya memerhati Hanisah. Wajah Hanisah tenang sahaja dilihat tidak sama dengan perempuan-perempuan club Malam walaupun cantik dengan solekan di wajah. Hanisah pula tidak memakai solekan pada Wajahnya hanya lipstick.

"Kau tak suka bersolek ke?"Tanya Asraf.

"Tak."kata Hanisah ringkas. Tangannya Masih sibuk melap meja Asraf.

"Kenapa?"Tanya Asraf lagi.

Hanisah mengeluh kecil sebelum menjawab soalan Asraf.

"Saya bersolek bila Saya dah kahwin. Saya cantik depan suami Sah Saya aje. Kenapa awak tak suka ke pekerja awak tak cantik sebab takde solek dekat muka?"Jelas Hanisah panjang lebar. Usai melap meja Asraf dengan segera dia berdiri jauh sedikit dari meja besar itu.

Tersenyum Asraf mendengar penjelasan Hanisah.

"Lah... Nak suami tengok dia cantik pulak."bisik hati Asraf. Senyuman mula terbit di bibirnya.

"Boss, Saya dah siap bersihkan bilik office boss ni. Saya nak solat Asar. Awak tak solat ke?"Tanya Hanisah.

"Tak. Aku ni banyak dosa, tak nak aku sembahyang."Jelas Asraf. Punggung kemudian dilabuhkan di kerusi.

"Tiada yang sempurna di dalam Dunia ni awak. Ingatlah Allah tu penyayang dan Maha pengampun."balas Hanisah.

"Kau tak payah ceramah aku macam Ustazah boleh tak?! Kau nak solat, kau solat je lah tak payah nak bising."Tempelak Asraf.

Hanisah hanya mengangguk. Dia tidak mahu menaikkan lagi api kemarahan Asraf yang menakutkan itu. Hanisah segera meminta diri.

Asraf meraup wajahnya perlahan. Entah perasaan bersalah dari mana datangnya untuk dirinya yang bergelar mafia pembunuh kejam? Ya. Dia bersalah berkasar sebegitu dengan Hanisah. Ini Bukanlah dirinya!










               ARABELLA melambai-lambai ke arah Tengku Hashim yang sudah menunggunya di lapangan terbang KLIA. Senyuman Tengku Hashim tidak lekang di bibir tuanya.

"Daddy, I miss you so much!"kata Arabella kemudian memeluk tubuh tua Tengku Hashim.

Tengku Hashim membiarkan sahaja tindakan anak saudaranya itu. Dia tahu benar Sikap Arabella yang suka bermanja dengannya. Tambahan lagi, Arabella sudah kehilangan ayahnya Sejak kecil. Arabella Haus akan kasih sayang seorang ayah.

Hashim hanya tergelak kecil melihat telatah Arabella yang manja itu.

"Dah.. jangan manja sangat. Arabella tu dah besar panjang."nasihat Tengku Hashim.

"Saya rindu daddy Je lah. Oya, Asraf tak jemput Arabella ke?"Tanya Arabella. Sambil matanya meliar mencari susuk Asraf.

"Dia tu sibuk kerja Arabella. Dah lah tu cari Asraf. Nanti pulang kerja dapatlah Arabella tengok Asraf."Jelas Tengku Hashim seraya Tersenyum.

"Dia tu langsung tak suka kalau Arabella pulang Malaysia. Daddy, you know I miss him so much,right?"rungut Arabella. Keluhan kecil dilepaskan.

"Dah.. jangan banyak fikir."kata Tengku Hashim. Beg bagasi milik Arabella sudah diangkat oleh pemandu peribadi Tengku Hashim. Tengku Hashim kemudian, membuka pintu belakang kereta untuk Arabella masuk ke dalam perut kereta.

Hanya Kerana Dia [Completed] ©Where stories live. Discover now