Bab 31

927 68 0
                                    

                  "Tuan Asraf, Hanisah. Tengku ada mahu cakap perkara penting. Dia tunggu di bawah."pesan kak Nana dari luar bilik.

Asraf mendengus kasar. Kenapa pula Tengku Hashim ingin berjumpa dengan disaat dia ingin bermesraan dengan isterinya. Boleh sahaja Hari lain. Lagipun dia baru sahaja pulang ke Kuala Lumpur dengan Hanisah.

"Abang, Tengku panggil tu. Jom lah turun ke bawah."kata Hanisah.

Asraf hanya mengangguk. Dia kemudian membutang butang baju kamejanya semula. Hanisah pula memakai tudungnya semula. Jelas wajah tidak puas hati Asraf terpapar. Tergeleng kepala Hanisah memandang wajah Asraf.

"Lepas ni jangan ubah fikiran pula."kata Asraf kemudian memeluk tubuh isterinya. Manja bukan main lagi suaminya itu.

Hanisah hanya menggelengkan kepalanya. Mereka berdua menuruni anak tangga menuju ke tingkat bawah. Kelihatan Tengku Hashim duduk di sofa Mungkin sudah lama menunggu mereka.

"Apa yang penting sangat tu?"seloroh Asraf. Dia menghempas punggungnya pada sofa berhadapan dengan Tengku Hashim. Tempat kosong di sebelah Asraf menjadi tempat Hanisah melabuh punggung.

Tengku Hashim memandang kedua pasangan itu silih berganti. Terasa berat mulutnya untuk memberitahu perkara itu. Tengku Hashim melepaskan Keluhan kecil sebelum memulakan kata.

"Arabella mengandung Dan keguguran."kata Tengku Hashim.

Terlopong mulut Hanisah mendengar apa yang baru disampaikan oleh Tengku Hashim. Hanisah bersimpati dengan apa yang terjadi dengan Arabella.

"So? Apa kaitan dengan kitaorang?"Tanya Asraf. Kening sudah bertaut pelik.

"Puan Maria ke Malaysia sebab Hal keguguran Arabella. Arabella cakap anak dalam kandungannya tu anak kamu, Asraf. Sebab tu, Puan Maria nak Asraf bertanggungjawab pada Arabella."Jelas Tengku Hashim panjang lebar.

Hanisah terkedu. Arabella mengandung Dan keguguran anak suaminya? Hatinya sakit bagai ditikam berkali-kali dengan pisau.

"Anak aku? Memang nak kena perempuan tu. Aku langsung tak buat apa-apa dengan perempuan tu lah!"marah Asraf. Sakit hati bila dituduh benda yang tidak pernah dibuatnya. Ditambah lagi, apabila Hanisah terdengar tuduhan terhadapnya.

"Nak tak nak Asraf kena bertanggungjawab."pujuk Tengku Hashim.

"No. Kenapa pula nak bertanggungjawab sedangkan bukan aku yang buat benda Kotor tu?"kata Asraf. Jelas wajah tidak puas hati Asraf.

"Sa.. Saya rasa lebih baik kalau Asraf bertanggungjawab."kata Hanisah. Terketar-ketar Suara Hanisah menahan rasa. Air mata yang sudah lama bertakung pada kelopak matanya akhirnya jatuh juga ke pipi. Asraf melihat Hanisah tertunduk. Air mata yang keluar itu benar-benar menyakitkan hatinya. Hanisah menangis kerana aku?

Hanisah terus mengatur langkah pergi dari situ menaiki anak tangga untuk masuk ke dalam bilik.

"Are you happy now?"Tanya Asraf. Nadanya Jelas kedengaran marah. Tengku Hashim hanya berdiam diri. Asraf bingkas berdiri dan menuju ke bilik tanpa menunggu balasan kata dari Tengku Hashim.









                    TELEFON Tengku Hashim berdering menandakan ada pemanggil masuk. Nombor yang tidak dikenali. Berkerut dahi Tengku Hashim. Tanpa berlengah masa dia segera menyambut panggilan tersebut sebelum didakapkan pada cuping telinganya.

"I can't wait to see Asraf. Sudah tentu Asraf tak macam budak kecil yang dulu lagi. Oya, congrats untuk Asraf sebab aku dengar dia dah kahwin dengan gadis kampung."kata si pemanggil. Sesekali, dia tertawa senang.

"Apa kau nak hah? Tolong jauhkan diri kau dari Asraf dan keluarga aku!"balas Tengku Hashim. Tangannya sudah digepal-gepal menahan amarah.

"Kau jangan nak pura-pura baik lah Tengku. Kau sebenarnya dalang kenapa arwah isteri kau boleh mati. Takkan kau tak ingat?"sinis lelaki Misteri itu. Mendengar kata-kata lelaki itu menyebabkan dia ketakutan. Peristiwa beberapa Tahun yang lalu kini menghantui dirinya.

"Aliya kita perlu pergi dari sini. Kita dalam bahaya."kata Tengku Hashim. Dia berasa cemas. Semua pakaian yang berada di almari baju dimasukkan ke dalam beg bagasi.

"Tapi kenapa abang?"Tanya Aliya. Hairan dengan tingkah Suaminya itu.

"Diorang nak tangkap kita. Kita mesti pergi dari sini sebelum kumpulan Mafia tu datang."Jelas Tengku Hashim. Usai mengemaskan pakaian dia terus menarik tangan isterinya untuk keluar dari tempat itu. Tengku Hashim memandang Kiri dan kanan untuk memastikan tidak ada orang yang mengintip mereka. Baru sahaja kaki menapak untuk keluar Tiba-tiba seorang lelaki tua datang ke arah mereka dengan senyuman sinis sambil pistol dipacu ke arah Tengku Hashim. Mereka kemudian dikerumun oleh beberapa orang bawahan mafia itu.

"Tolong lepaskan kami.. aku janji aku beri apa aje yang kau nak."kata Tengku Hashim. Dia panik memandang pistol itu. Dia tidak mahu mati. Mujur sahaja Asraf dia hantar ke kampung untuk meminta Mak Senah menjaganya.

"Kalau macam tu Salah satu antara kamu mesti mati. I give you 1 week untuk buat keputusan. Aku dah cukup baik tahu bagi kau masa untuk fikir."Jelas lelaki mafia itu.

"Baik.. ba.. baik.. aku janji."kata Tengku Hashim. Terketar-ketar dia mengeluarkan kata kerana terlalu takut.

"I will come back again. Don't run or I will make sure aku kerat seluruh anggota badan kau."kata lelaki mafia itu berbaur amaran.

"Tak.. kami.. tak lari."balas Tengku Hashim. Aliya sudah memaut erat lengan Tengku Hashim kerana takut dengan apa yang dilihatnya.

"Tengku makanan sudah tersedia."kata kak Nana pembantu rumah itu. Suara itu menyentakkan Tengku Hashim. Lamunannya terhenti serta-merta. Wajahnya dia raup perlahan.

Hanya Kerana Dia [Completed] ©Where stories live. Discover now