Kisah ini berlatar belakang disebuah sekolah yang terletak ditengah-tengah bandar Gangnam. Bangunan ini diberi nama Neocity Highschool of Science and Technology. Sesuai dengan namanya, sekolah ini terbina dengan struktur seni moden dan berteknologi oleh arkitek ternama negara itu.
Pelajar-pelejar sekolah tinggi itu terbahagi kepada dua aliran, iaitu aliran sains dan aliran teknologi. Pelajar Aliran Sains akan tertumpu lebih pada subjek kehidupan seperti Biologi, Anatomi dan Zoologi. Manakala Pejalar Aliran Teknologi akan lebih kepada kemahiran seperti Robotik dan Mekanikal.
Disebabkan sekolah itu terbahagi kepada dua aliran, bangunan utama juga terbahagi kepada dua, Science Tower dan Technology Tower.
Rata-rata pelajarnya normal seperti pelajar sekolah yang lain kecuali yang satu itu. Sang watak utama, Lee Haechan, pelajar lelaki yang memiliki keunikan tentang fizikal, rambut terutamanya. Rambutnya bertukar-tukar warna mengikut perasaan dan keadaannya dari masa ke semasa.
Keunikan yang ada pada pelajar aliran teknologi itu, menjadikannya dikenali seantero pelusuk bangunan Neocity itu. Adakah Haechan hanya dikenali kerana keunikannya? Tidak, tidak sama sekali. Haechan dan dua sahabatnya iaitu Jisung dan Sungchan, selalu mengusik pelajar-pelajar sekolah Neocity terutama, Na Jaemin dari aliran Sains.
Di Science Tower terletaknya kelas Jaemin yang juga rakan sekelas Song Rian dan Kim Minju. Song Rian, pelajar top aliran sains. Rian juga dikenali kerana memiliki senyuman yang sangat manis dan menjadi kegilaan kebanyakan pelajar lelaki di Science Tower. Kecundang semuanya setelah mengetahui Rian sudahpun mempunyai teman lelaki, pelajar aliran teknologi juga jaguh robotik, Lee Jeno.
Ikuti kisah hari warna-warni zaman remaja Lee Haechan dan yang lain dalam
C O L O U R S ★彡
YOU ARE READING
𝐂𝐨𝐥𝒐𝒖𝒓𝒔.
FantasyAjaibnya, warna rambut Haechan berubah mengikut perasaannya! Bohong tapi nyata! 𝐿𝑒𝑒 𝐻𝑎𝑒𝑐ℎ𝑎𝑛, samseng terkenal di Neocity Highschool yang pertama kali berjumpa dengan yang dinamakan 'First Love'nya, 𝑆𝑜𝑛𝑔 𝑅𝑖𝑎𝑛. Tetapi, sayang sekali R...