11:15 P.M
Rumah Song RianKeluarga Song Rian, orang biasa-biasa saja. Yuran persekolahan Rian di Neocity Highschool pun sebenarnya ditanggung oleh Badan Pendidikan Negara kerana pencapaian akademik Rian yang sangat bagus.
Ibu dan ayah Rian mempunyai sebuah kedai tteokbokki kecil di kawasan sederhana Hongdae. Rumah Rian betul-betul diatas kedai mereka. Seperti malam yang biasa, Rian menghabiskan waktunya mengulangkaji pelajaran. Sekarang sudah pertengahan April. Awal bulan Jun nanti aka nada peperiksaan besar akhir semester seluruh pelajar Neocity.
Rian meletakkan pencil mekanikalnya lalu menguap sambil mengeliatkan badannya. Akhirnya, waktu untuk tidur. Dia teringatkan teman lelakinya, Jeno. Petang tadi, Jeno mengajaknya untuk keluar makan bersama namun dia menolak kerana perlu menghadiri kelas taekwondonya.
Telefon bimbitnya dicapai lalu mendail— My Boyfriend.
"Hello? Jeno, mana awak?" Rian menyapa dengan ceria.
"Er... Rian! Saya tengah tengok movie dengan Renjun ni." Jeno bohong. Entah tiba-tiba dia memetik nama rakan sekelasnya juga teammatenya dalam pasukan robotik, Hwang Renjun.
"Oh yakah, awak nak saya datang tak? Saya free sekarang."
"Awak nak datang? Eh, tak payah lah sayang. Lagipun dah lewat malam. Awak mesti penat. Lepas ni saya nak bermalam rumah Renjun. Awak tidur je, ya?" Jeno berbohong lagi sambil tangannya merangkul leher seseorang.
"Okay lah kalau macam tu. Saya ada something nak bagitahu awak. Kita jumpa esok—" tak sempat Rian menghabiskan kata-katanya lagi, terus dipotong Jeno, "Okay, boleh! Bye!" Jeno mematikan panggilan itu dengan pantas.
Rian pelik. Dia menatap nama Jeno pada skrin telefon bimbitnya. Selalunya, dia paling happy bila aku free. Rian membiarkannya saja walaupun dia sedikit berasa curiga. Begitu besar kepercayaannya terhadap Jeno.
Sementara itu, Jeno yang baru sahaja lepas bercakap dengan Rian ditelefon, terus mematikan lalu memasukkan telefon bimbitnya dalam poket.
"Kenapa you tipu Rian?" Tanya Karina.
"Sebab I tak nak dia kacau masa I dengan you." Balas Jeno sambil mencuit hujung hidung Karina. Mereka ketawa kecil.
Alangkah bahagianya Karina ketika itu. Akhirnya, Jeno miliknya.
Beberapa minit kemudian, Rian keluar dari tandas selepas habis mencuci muka dan dia kini bersiap sedia untuk melayari mimpinya. Tiba-tiba, telefon bimbitnya berdering. BRTTT! Pantas Rian mencapai dan melihat sang pemanggil— Renjun Classmate Jeno.
"Hello?" Rian menjawab panggil Renjun.
"Hello! Song Rian? Kau ada kat rumah tak?" Tanya Renjun dengan nada serius.
YOU ARE READING
𝐂𝐨𝐥𝒐𝒖𝒓𝒔.
FantasyAjaibnya, warna rambut Haechan berubah mengikut perasaannya! Bohong tapi nyata! 𝐿𝑒𝑒 𝐻𝑎𝑒𝑐ℎ𝑎𝑛, samseng terkenal di Neocity Highschool yang pertama kali berjumpa dengan yang dinamakan 'First Love'nya, 𝑆𝑜𝑛𝑔 𝑅𝑖𝑎𝑛. Tetapi, sayang sekali R...