12: The Four Witnesses
08:02 AM
Tapak Perhimpuan NeocitySeminggu sudah berlalu, bermakna cuma tinggal sisa dua minggu lagi sebelum pelajar neocity akan berhadapan dengan peperiksaan akhir semester, sebelum cuti musim panas bermula. Dan waktu beginilah, Rian tidak senang duduk. Selagi ada ruang diotaknya, selagi itu dia penuhkan dengan hafalan nota. Haechan? Masih tidak ada kesedaran tentang akademiknya.
Pagi itu, perhimpunan seperti biasa. Yang tidak biasanya, Sungchan dan Jisung turut disitu. Alamatnya, panjanglah barisan lelaki kelas 5 Teknologi-3 tu.
Jisung mengeluh berat. Dia tidak sepatutnya disitu, tetapi kerana kalah dengan Haechan pada battle PUBG semalam, disuruhnya join perhimpunan. Sungchan pula, dia tak berapa kisah sebab, boleh cuci mata.
"Weh, Jisung, tak payahlah ketara sangat sedih tu. Aku yang kat belakang pun dapat rasa aura kesedihan kau." Bisik Sungchan dari belakang. Dia berhati-hati agar Cikgu Heechul tak perasan.
"Aku tak sedih pun, geram je! Tengoklah si Haechan ni dari tadi tengok Rian. Suka lah tu. Kau pun suka kan boleh cuci mata." Balas Jisung. Senyum lebar Sungchan mendengarnya, memang betul pun. Kiri kanan budak perempuan!
Jisung tepat sekali, Haechan yang berambut coklat ketika itu tidak habis-habis curi pandang Rian. Walaupun selang beberapa murid, kelibat Rian sangat nyata dari pandangannya. Begitu juga Rian yang sedar, seseorang memandangnya, turut menoleh kearah Haechan. Haechan tersipu malu.
PPAK! "Adoi!" Teriak Haechan.
Semua pelajar disitu menoleh kearah suara itu. Manakala Haechan pula menoleh ke Jisung-Si Pemukul kepalanya dengan pendangan yang marah. "Woi kau pehal?! Sakitlah!" Marah Haechan.
"Tahu pun sakit, tengok depan tu! Nak jadi macam Sungchan ke asyik usha awek!"
"Eh, suka hati a-" Haechan belum sempat menghabiskan kata-kata. Cikgu Heechul mencelah lalu menarik perhatian pelajar lain pandang kehadapan semula.
"Ha! Sudah! Pagi-pagi dah buat hal. Mimpi apa tiga orang ni masuk perhimpunan. Cikgu Kwangsoo tengah ronda sekolah cari awak bertiga tu sebab ingat awak bertiga ponteng lagi!" BLA BLA BLA Cikgu Heechul berleter, lagi dan lagi.
Seperti biasa, mereka hanya membiarkan. Haechan kembali menoleh kearah Jisung lalu menjelingnya. Kepala yang dipukul tadi diusap beberapa kali. Tak guna punya Jisung!
Rian dari tempatnya ketawa kecil sambil menggeleng kepala melihat gelagat Haechan dan rakan-rakannya itu. Jaemin dan Minju yang sedar akan hal itu saling pandang antara satu sama lain.
"Seems like someone is happy." Bisik Jaemin kepada Minju. "Kan! Oh my god! Sejak bila Rian dah pandai senyum kerbau ni!" Balas Minju dalam bisikan juga. HUH!? Macam pelik ayat tu. Fikir Jaemin.
YOU ARE READING
𝐂𝐨𝐥𝒐𝒖𝒓𝒔.
FantasyAjaibnya, warna rambut Haechan berubah mengikut perasaannya! Bohong tapi nyata! 𝐿𝑒𝑒 𝐻𝑎𝑒𝑐ℎ𝑎𝑛, samseng terkenal di Neocity Highschool yang pertama kali berjumpa dengan yang dinamakan 'First Love'nya, 𝑆𝑜𝑛𝑔 𝑅𝑖𝑎𝑛. Tetapi, sayang sekali R...