10:02 PM
Rumah Song Rian.Hangat, Rian merasa hangat. Perlahan-lahan Rian cuba mencelikkan matanya. Melihat sekeliling. Dia berada di rumah. Bermakna, dia tidak dapat hadir kelas malam itu. Rian cuba bangun tanpa menyedari Minju berada disitu.
"Rian! Kau okay tak? Nak air?" Tanya Minju menghampiri rakannya lalu meletakkan tapak tangannya pada dahi Rian. Demamnya sudah kebah.
"Aku okay. Sekejap, macam mana aku ada kat rumah?" Rian kehairanan. "Lah, kau tak ingat ke? Kau yang berjalan balik rumah." Jawab Minju dengan keruan sekali. Seperti ada yang berlaku.
Betul, betul dia berjalan pulang ke rumah. Tetapi, ingatan Rian hanyalah setakat dia menuruni bas. Apa yang terjadi selepas itu, dia tidak pasti. Tiba-tiba, fikiran Rian dihadiri 'bekas' teman lelakinya.
Dia pandang Minju lalu berkata, " Aku dengan Jeno dah putus."
"Tahu..." Minju bersahaja.
"Huh?! Macam mana kau—"
"—Er... Eh! Apa?! Kau dah putus dengan Jeno? Macam mana boleh jadi macam tu?" Minju pura-pura terkejut. Rian mengerutkan dahinya. Dia bijak membaca fikiran Minju. Dia yakin pasti Minju menyorokkan sesuatu darinya. Namun, dia memilih untuk membiarkannya saja.
"Salah aku. Aku yang tak pandai jaga hubungan kita orang. Aku sibuk study je. Bila Jeno ajak keluar, aku selalu bagi alasan. Tambah lagi, rumours pasal tu... buat Jeno marah agaknya." Kata Rian.
"Rian, jangan cakap kau salahkan diri kau dan rumours tu dalam hal ni."
"Kalau bukan, apa lagi, Minju? Kalau aku jadi Jeno pun aku marah!"
"Rian!" Minju geram.
Rian terdiam. Matanya yang sedikit bengkak itu kembali berair, bibirnya mencebik. Tak ada perkataan yang dapat dia ungkap betapa sakit dan perit perasaannya ketika itu. Minju menghampiri Rian lalu memeluknya erat. Air mata Rian terus tumpah ke pipi.
"Jangan cakap macam tu, Rian. Jangan salahkan diri kau. Kalau betul Jeno ikhlas dengan kau, dia akan dukung apa sahaja kau lakukan. Dia akan hadap apa sahaja rintangan yang kau juga hadap. Tapi sekarang, dia pilih untuk pergi..." Kata Minju sambil menggosok perlahan belakang Rian untuk menenangkannya.
Rian membenamkan wajahnya ke bahu Minju. Dia menerima setiap kata-kata Minju tadi. "Know your value, Rian. Putus cinta ni cuma fasa. Fasa untuk kau jadi lebih kuat dan matang" Sambungnya. Rian tersenyum pahit.
Minju benar.
(.づ◡﹏◡)づ.
Sudah tiga hari sejak peristiwa itu, segalanya terasa asing bagi Rian. Harinya tanpa Jeno, manakan tidak asing. Sesekali dia terserempak dengan Jeno, namun, Jeno menjeling dan tidak peduli tentangnya lagi.
YOU ARE READING
𝐂𝐨𝐥𝒐𝒖𝒓𝒔.
FantasyAjaibnya, warna rambut Haechan berubah mengikut perasaannya! Bohong tapi nyata! 𝐿𝑒𝑒 𝐻𝑎𝑒𝑐ℎ𝑎𝑛, samseng terkenal di Neocity Highschool yang pertama kali berjumpa dengan yang dinamakan 'First Love'nya, 𝑆𝑜𝑛𝑔 𝑅𝑖𝑎𝑛. Tetapi, sayang sekali R...