3:13 PM
Kelas 5 Teknologi- 3Keesokkan harinya, Cikgu Irine memanggil seorang demi seorang untuk diserahkan slip keputusan peperiksaan yang baru mereka tempuhi. Semua pelajar duduk ditempat masing-masing menanti giliran mereka untuk mengambil kertas putih dari tangan Cikgu Irine.
"Wong Yukhei— tahniah."
"Jang Wonyoung—tahniah."
"Park Jisung—tahniah."
Haechan tidak keruan. Kaki dan tangannya tidak berhenti menggeletar menanti namanya dipanggil. Bibirnya diketap rapat, rambutnya bewarna purple menunjukkan organ ditubuhnya tidak berada dalam keadaan normal. Ini ke perasaan budak-budak yang belajar bila nak dapat result? Tak boleh rileks betul! Haechan tujukan kata-kata itu kepada dirinya.
"Lee Haechan—"
SUUK! Haechan terus berdiri tegak tatkala mendengar namanya. Dia keluar dari tempat duduknya lalu ke hadapan menghampiri Cikgu Irine.
"—tahniah." Kata Cikgu Irine. Haechan hanya mengendahkan kata-kata itu lalu mencapai kertas putih di tangan cikgu matematik itu. "Terima kasih, Cikgu." Balas Haechan sebagai tanda hormat.
Tak nampak! Haechan tidak nampak keputusan peperiksaannya dan dia tak nak tengok! Sebaik sahaja dia tiba di tempatnya, sekali lagi dia cuba untuk membuka slip keputusan itu tetapi hatinya tidak kental. SREK! Dia terus memasukkan slip itu dalam poket uniformnya.
Tak sanggup! Takut!
"Oh ya, jangan lupa malam esok kita ada funfair di padang sebelum Open Sport Day lusa ni. Dan ada bunga api malam esok! Jangan lupa datang dan hantar wakil untuk acara sukan ni. Tak kan Jisung je wakil kelas." Ujar Cikgu Irine dengan teruja sekali.
Pelajar mulai bersorak dan berbual antara satu sama lain membuatkan kelas menjadi riuh. Jisung sudah bersedia dengan garakan lari pecutnya mengundang tawa Sungchan. Acara sekali dalam setahun, pertunjukkan bunga api besar-besaran untuk menyambut musim panas. Kebiasaannya, orang awam juga dijemput hadir untuk memeriahkan malam itu.
Haechan mengangkat kepalanya. Sukan? Memang tak lah.
_(:ι」∠)_
4:50 PM
Bangunan Teknologi.Rian berjalan seorang diri menuju ke bangunan teknologi. Sejujurnya itu adalah kali pertama dia melangkah ke bangunan itu sejak putus cinta dengan Jeno bulan lepas. Dan kali pertama juga dia ke bangunan itu bukan dengan tujuan untuk bertemu dengan Jeno. Nafasnya ditarik lalu dihembus lalu melangkah naik untuk ke tingkat dua.
Riang hatinya tatkala memikirkan Haechan tidak sehingga seseroang muncul di hadapannya ketika dia sedang menaiki anak tangga. Rian mendongak untuk melihat sosok tubuh lelaki dihadapannya, matanya terbeliak melihat— Lee Jeno. Sudah sebulan lebih dia tidak melihat lelaki itu.
YOU ARE READING
𝐂𝐨𝐥𝒐𝒖𝒓𝒔.
FantasyAjaibnya, warna rambut Haechan berubah mengikut perasaannya! Bohong tapi nyata! 𝐿𝑒𝑒 𝐻𝑎𝑒𝑐ℎ𝑎𝑛, samseng terkenal di Neocity Highschool yang pertama kali berjumpa dengan yang dinamakan 'First Love'nya, 𝑆𝑜𝑛𝑔 𝑅𝑖𝑎𝑛. Tetapi, sayang sekali R...