07.01 AM
HUARH! Minju menguap dengan meolopong mulut. Maklumlah, waktu pagi begini dengan hari ahad, selalunya di rumah masih melayari mimpi. PAK! Sungchan menepuk mulut Minju lalu terkena batang giginya. "Woi, sakitlah!" Teriaknya. Dan bermula lah sesi tinju meninju di pagi hari.
"Dah! Dah! Dah! Gaduh je kerja. Semua dah ready? Kita nak naik ni." Jerit Ketua Jisung. Jaemin yang paling terakhir sekali tiba dengan kameranya. "Dah!" Balas mereka. Haechan yang berdiri disisi Rian itu tidak lupa menyarungkan jam tangannya, susah juga nak tahu warna rambutnya tanpa jam tangan itu. Alang-alang dia periksa warna rambutnya pagi itu— Coklat. Haechan tersenyum.
Selepas beberapa saat mereka mula melangkah menaiki bukit dimulakan dengan Rian dan Haechan paling hadapan. Suasana ketika itu agak terang kerana tidak banyak pokok. Di sebelah kiri mereka menampakkan pemandangan bukit-bukau bersama matahari yang masih berselindung bersama udara yang amat segar dan nyaman. Jaemin tidak lupa untuk menangkap beberapa gambar pemandangan disitu.
Langkah demi langkah, Rian mulai berasa keletihan. Dia ingin mengajak yang lain untuk beristirehat. Sebaik sahaja Rian memalingkan badannya ke belakang— "Korang, jom reha—" terhenti kata-katanya apabila melihat hanya kelibat Haechan sahaja di belakangnya.
"Mana yang lain?!" Rian tersentak bercampur terkejut. Haechan pula berpura menoleh kebelakang, kekiri, kekanan. "Eh! Mana yang lain?!" Dia tanya balik pula! Rian sedar Haechan seperti tahu sesuatu.
"Lee Haechan, awak mesti tahu mana diorang."
"Er— diorang ikut jalan lain." Akhirnya, Haechan jujur. Mana dia boleh berbohong lagi kalau dah muka Rian begitu serius waktu itu. Tiba-tiba—
TIK!
TIK!
TIK!
Rian dapat merasa beberapa titisan air turun dari langit jatuh ke atas kepalanya. "Hujaaan!" Haechan gelabah lalu mencapai tangan Rian untuk pergi mencari tempat teduh. Rian turut menggenggam erat tangannya waktu itu, takut juga dengan jalan yang berbukit. "Hati-hati, Haechan."
Sehinggalah tiba di sebuah pondok rehat, mereka berhenti berteduh seketika. Pegangan tangan tadi dilepaskan. Haechan mengeluarkan tuala kecilnya dari dalam beg lalu mengelap lembut rambut Rian yang terkena air hujan tadi.
GULP! Mata mereka bertemu. Haechan tidak tahu apa dia boleh melakukan itu atau tidak. Bukan apa, bayangan Jisung dicampak oleh Rian tempoh hari masing menghantuinya! Rian mengalihkan pandangannya, maknanya, dia izinkan! Haechan tersenyum malu sambil sambung hasratnya mengeringkan rambut Rian.
"Nasib baik hujan tak lebat." Kata Rian sambil menadah tangannya untuk merasa air hujan. Haechan masih berdiam. Perlu tak aku confess sekarang? Semalam dah fail! Rungutnya.
YOU ARE READING
𝐂𝐨𝐥𝒐𝒖𝒓𝒔.
FantasyAjaibnya, warna rambut Haechan berubah mengikut perasaannya! Bohong tapi nyata! 𝐿𝑒𝑒 𝐻𝑎𝑒𝑐ℎ𝑎𝑛, samseng terkenal di Neocity Highschool yang pertama kali berjumpa dengan yang dinamakan 'First Love'nya, 𝑆𝑜𝑛𝑔 𝑅𝑖𝑎𝑛. Tetapi, sayang sekali R...