1: An Usual Morning

192 39 54
                                    

08:05 amRuang Loker Bangunan Teknologi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

08:05 am
Ruang Loker Bangunan Teknologi.

      Seawal pagi begini, seusai waktu perhimpunan pagi, pelajar-pelajar Neocity Highschool sibuk menggeledah loker peribadi masing-masing untuk menyiapkan bahan pelajaran yang akan bermula beberapa minit lagi.

      GANG! 
      Pintu dihujung koridor dibuka kasar. Serentak semua pelajar jurusan teknologi memandang kearah pintu. Kelihatan tiga susuk lelaki yang sangat dikenali mereka masuk menyusuri ruang legar itu. Laluan diberikan kepada—

       Paling kiri, bertopi merah kebelakang, Park Jisung berketinggian 1.8 meter, atlet balapan lari pecut sekolah Neocity. Sebelah kanan pula, sang playboy raksasa, Jung Sungchan berketinggian 1.85 meter dan yang terakhir, pastinya si kepala berambut coklat itu, Lee Haechan berketinggian...Err—1.74 meter. Kedengaran suara-suara sekeliling.

      Rambut Haechan coklat lah hari ni!

      Mood dia tengah baik lah tu!

      Jisung sempat mengambil minuman salah seorang pelajar yang dia sendiri tidak kenal. Sungchan pula ringan saja tangannya mencuit dagu seorang pelajar perempuan yang juga tidak dikenalinya. Wink! Suncghan mengenyit matanya sebelah. Lah! Pelajar perempuan itu tersenyum. Mana tak nya, Sungchan memang digilai pelajar-pelajar perempuan di bangunan itu kerana ketampanannya. Sekarang sudah dapat agak perangai si dua ini?

       Haechan mengangkat pergelangan tangannya, rupanya, dia sedang melihat pantulan warna rambutnya pada cermin jam tangan. Coklat, warna natural rambutnya sejak lahir. Haechan memberhentikan langkahnya setelah tiba di lokernya.

       "Rugilah kau tak join semalam, Jisung. Haechan nyanyi sedap weh!" Sungchan memulakan perbualan sambil membuka lokernya yang juga bersebelahan antara satu sama lain.

       "Sorry lah. Aku kena habiskan rutin larian tu. Kalau tak, bising coach Johnny tu" Balas Jisung.

       "Tak payah sorry sorry. Lagipun kau memang ada marathon hujung minggu ni kan. Jadi,Malam ni on tak on?" Tanya Haechan. "Malam ni aku on!" Jawab Jisung.

      "On! aku bawa tetamu istimewa tau!" Ujar Sungchan. Serentak Jisung dan Haechan memandang antara satu sama lain. Mereka seakan dapat agak 'tetamu' yang dimaksudkan Sungchan itu.

      Anak mata Jisung menangkap sesuatu. Dicuit bahu Haechan lalu menunjuk Haechan sesuatu menggunakan muncungnya. Haechan lantas menoleh. Jaemin! Dia melihat sekeliling, para pelajar masih ramai. Dia tersenyum sinis.

      Sekali lagi Haechan melihat pantulan kepalanya pada jam tangan. Rambutnya menjadi kehijauan menunjukkan sikap nakalnya kembali.

      "Hai, Jaemin! Kenapa tak tukar loker lagi? kau kan dah tukar aliran sains sekarang." Haechan mula mengusik Jaemin. Jaemin membetulkan cermin matanya. "Er... minggu depan baru aku tukar." Balas Jaemin. Dia cuba menggalas beg sekolahnya tetapi ditolak Jisung hingga terjatuh ke lantai. Haechan ketawa.

𝐂𝐨𝐥𝒐𝒖𝒓𝒔.Where stories live. Discover now