13 : Reality of Effort-less

95 25 22
                                    

10:10AMPusat Glamping Gamji

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

10:10AM
Pusat Glamping Gamji

Seperti yang dirancangkan, keenam-enam mereka, Haechan, Rian, Sungchan, Minju, Jaemin dan Jisung meluangkan masa dua hari hujung minggu di sebuah Pusat Glamping yang disponsor oleh ayahnya Jisung.

Glamping begitu popular dikalangan belia remaja yang suka dengan aktivit 'camping' . Yang menariknya glamping ini, kawasan perkhemahannya sudahpun disediakan juga beberapa alatan yang diperlukan. Jadi, pengunjung hanya tinggal datang dan berseronok.

"Ha, rapat sikit! Rapat sikit!" Ujar salah seorang pekerja pusat glamping itu selepas di minta Jaemin untuk mengambil gambar mereka menggunakan kamera miliknya. Mereka berenam pula bersiap dengan posisi masing-masing. Jisung dan Jaemin paling hadapan bercangkung, dan belakang kanan ada Sungchan, Minju, Rian dan Haechan.

Dari malam tadi, Haechan tidak tidur nyenyak kerana terlalu teruja untuk ke tempat ini bersama Rian. Ini adalah kali pertama mereka mengikut aktiviti begini bersama, walaupun bersama 'askar-askar' yang tidak sepatutnya ini.

Haechan mengangkat tangannya melihat pantulan wajahnya pada jam tangan -Coklat. Normal. Nak tahu apa yang lebih teruja? Haechan berhasrat untuk melamar Rian menjadi teman wanitanya! Apakah dia akan berjaya?

"Rian, thank you sudi datang." Bisik Haechan cerianya. "Ish, jauh sana!"

Haechan tersenyum pahit lalu melangkah menjauhi Rian.

"Okay, 3 2 1, Cheese!"

SUKK! Haechan meletakkan kepalanya diatas bahu Rian. SNAP! Gambar diambil. "Lee Haechan!" Tegas Rian. Bukan apa, dia terkejut dengan perbuatan Haechan. "Awak tahu saya tak boleh jauh dari awak." Kata Haechan dengan senyum nakalnya. Rian hanya membiarkan. Dia semakin terbiasa dengan sikap Haechan begitu.

Jaemin mengambil semula kamera digital miliknya lalu melihat gambar yang diambil tadi. Dia tersenyum.

Cuaca sangat cerah, sesuai untuk mereka beraktiviti. Sebelum itu, mereka berenam membahagikan dua khemah. Khemah yang disediakan boleh tahan besar juga! Satu khemah untuk Rian dan Minju manakala satu lagi untuk empat jejaka selebihnya itu.

Mereka mengambil masa masing-masing untuk meletakkan beg galas ke dalam khemah. Si nakal Haechan berambut Hijau ingin ikut Rian masuk ke dalam khemah yang sama namun ditolak lembut oleh Rian. Ada saja akalnya!

Selepas beberapa minit, mereka semua berkumpul di hadapan khemah masing berhampiran unggun api. Jisung keluar dari khemah bersama beberapa helai kertas lalu menghampiri rakan-rakannya, "Okay korang! kita kat sini dua hari tau. Esok baru balik. Ini tentatif kita hari ni. Nah, nah! ambil sorang satu."

┏━━━━━━━━━━━━┓

Lead by: Park Jisung

𝐂𝐨𝐥𝒐𝒖𝒓𝒔.Where stories live. Discover now