05:05 P.M
Science TowerKelas 5 Sains-1 menamatkan pembelajaran pada hari itu di makmal sains tingkat bawah sekali. Disebabkan pada hari itu ada kelas malam, pelajar-pelajar meluru keluar untuk membeli makan malam, kerana kelas akan bermula jam enam.
Haechan meneliti mesin gedegang Science Tower, dari tadi tak tahu nak pilih air apa. Ligat anak matanya keatas, kebawah, ke kiri, kekanan sambil jari telunjuknya menekan dagu beberapa kali.
"Lee Haechan!" Panggil seseorang, menyedarkan Haechan dari lamunannya. Cepat-cepat dia menoleh ke belakang. SHING! Rambut yang bewarna coklat tadi terus bertukar Pelangi. Senyum lebar melihat si pemanggil itu— Song Rian.
"Rian! Awak dah—"
"Ini awak kan?!" Rian menunjukkan skrin telefon bimbitnya betul-betul depan muka Haechan. Wajah Rian agak tegang. Skrin itu tertulis deretan email yang dihantar Haechan berkali-kali tadi. Haechan menggaru tengkuknya yang tidak gatal itu.
"Huh? Siapa tu? Cuba bagi saya tengok sekejap." Ujar Haechan. Rian mempercayainya lalu memberi telefon bimbitnya pada Haechan.
Haechan menekan butang 'home' lalu ke 'dial' untuk menelefon dirinya. Hehe, gelak syaitan dalam hati. Rian masih tidak tahu sehinggalah rambut Haechan mulai bertukar Hijau perlahan-lahan, lalu cepat dia— SSAP! Rian merampas semula telefonnya.
"Macam mana awak tahu—" Terkedu Haechan dibuatnya.
"Tu, hijau. Warna rambut awak yang bagitahu." Jawab Rian.
Haechan mengangkat tangannya melihat pantulan rambutnya pada cermin jam tangan. Benar, hijau! Haechan mengeluh berat lalu mencebikkan bibirnya—"Dari semalam awak tak bagi nombor telefon awak. Jadi saya guna lah email awak."
"Saya tahu awak ambil email ni dari Senior Board tu, masalahnya itu email academic saya . Email personal saya yang lain. Kalau admin Neocity dapat tangkap awak spam kat email saya, macam mana? Nanti awak yang susah." Bebel Rian mengerut dahinya.
Namun, kata-katanya terhenti melihat wajah Haechan yang semakin menunduk kelantai. Mungkin dia agak kasar terhadap lelaki itu. Rambutnya juga bukan Pelangi seperti kebiasaannya.
Rian mengeluh kecil lalu menyelok poket blazernya mengambil beberapa duit syiling. Dia menghampiri mesin gedegang dibelakang Haechan lalu membuat pembelian air minuman. Haechan disisinya hanya memerhatikan gelagat Rian.
"Nah, yang ini sedap. Favorite saya." Rian menghulurkan tin minuman berperisa Lemonade pada Haechan.
Haechan agak tergamam ketika itu. Dia tengok Rian, tengok minuman, tengok Rian, tengok minuman semula. Aku mimpi ke ni? Pemberian pertama Rian untuk aku! Hati Haechan melonjak riang. Termuncung-muncung bibirnya, barangkali malu dengan Rian.
YOU ARE READING
𝐂𝐨𝐥𝒐𝒖𝒓𝒔.
FantasyAjaibnya, warna rambut Haechan berubah mengikut perasaannya! Bohong tapi nyata! 𝐿𝑒𝑒 𝐻𝑎𝑒𝑐ℎ𝑎𝑛, samseng terkenal di Neocity Highschool yang pertama kali berjumpa dengan yang dinamakan 'First Love'nya, 𝑆𝑜𝑛𝑔 𝑅𝑖𝑎𝑛. Tetapi, sayang sekali R...