17: Miserable Final Paper

57 25 7
                                    

8:44 A

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

8:44 A.M
Neocity Highschool

       "Ingat lagi tak topik Algorithm yang awak hafal semalam?" Tanya Rian sambil menaiki tangga menuju ke kelasnya bersama Haechan disisinya, mengharungi lautan pelajar-pelajar. Sesekali Rian memandang Haechan yang tidak habis menghadap nota dari awal dijemput dari rumah.

       Sudah hari lima merangkap hari terakhir peperiksaan akhir semester bermula, tidak pernah sekali Haechan 'missed' untuk hantar Rian ke kelasnya setiap pagi. Katanya untuk dapatkan semangat! Jauh dari sudut hati Rian, dia suka layanan Haech an yang itu, membuatkan dia berasa dihargai.

       BBRRB! Perut Haechan memulas. "Er—i... ingat! Kan awak yang tolong saya hafal semua ni semalam..." Jawab Haechan dengan aneh. Rian yang sedar keadaan Haechan yang tidak kena itu, melirikkan matanya pada warna rambut— Purple.

       SSAP! Rian menarik lengan Haechan menghentikan langkah lelaki itu.

       "Kenapa Rian?"

        "Awak sakit ke?"

       Terkejut Haechan dengan pertanyaan itu. Macam mana Rian tahu? Dia mengangkat tangannya ke paras kepala lalu melihat pantulan warna rambut pada cermin jam tangannya. Purple! Patutlah. Haechan tersipu malu, mengetap bibirnya menahan dari tersenyum. Semua maksud warna rambutnya Rian sudah tahu. Semakin lama, semakin dia rasa perasaan Rian terhadapnya.

       "Terharunya saya, awak dah suka saya ke Rian? Apa kata bagi jawapan sekarang je—" PINCH! Rian mencubit perlahan lengan Haechan.

       "Akkk!"

       "Itulahh, main-main lagi. Bagitahu sekarang awak sakit, lapar atau penat?"

       Haechan menggosok lengannya yang tidak sakit lalu memegang perutnya. "Perut saya sakit. Macam memulas. Ddeokbokki ayah awak buat semalam pedas sikit dari yang biasa. Itu yang—" Rian tidak berfikir lebih panjang terus membuka zip beg sekolahnya untuk mendapatkan seseuatu. "Kan saya dah kata jangan makan. Perut awak sensitif pedas-pedas ni. degil kan?" Bebel Rian panjang sambil tangan ligat mencari.

       "Nah, makan ni. Minum ni." Rian mengeluarkan sebiji pil dan air minumannya lalu bantu Haechan untuk memakannya. Lelaki itu hanya menurut apa sahaja yang Rian minta.

       "Terima kasih, Rian. Dah sampai dah kelas awak. Saya pergi dulu, ya. Good luck, Rian!"

        Haechan berundur beberapa langkah sambil melambaikan tangannya ke arah Rian dengan senyuman yang sedikit pun tidak lekang—walaupun perutnya masih sakit. Yang dia mahu hanyalah membuatkan Rian selesa dan gembira.

       Jari jemari Song Rian menggenggam rapat. Dia ingin sekali membalas lambaian Haechan tetapi ego dalam hatinya menebal sehingga tidak ada sekelumit senyuman buat Haechan. Matanya melihat Haechan yang semakin hilang dalam lautan pelajar. Teruk betul kau, Rian. Bukan ini yang kau nak! Maafkan saya, Haechan. Saya pun dah tak kenal dan benci diri saya sendiri sebab layan awak macam ni.

𝐂𝐨𝐥𝒐𝒖𝒓𝒔.Where stories live. Discover now