04:33 PM
Kedai Tteokbokki keluarga RianHari Ahad. Selepas habis mengulangkaji pelajarannya, Rian turun ke bawah untuk membantu ibu dan ayahnya persiapan membuka kedai. Dia berjalan kearah ayahnya yang berada di kaunter sibuk membungkus pesanan pelanggan.
"Ha! Turun pun kamu. Tolong ayah lapkan pinggan-pinggan ni, boleh?" Tanya ayahnya. Rian mencapai apron dari dinding lalu memakainya dengan tersenyum,
"Boleh, ayah." Jawab Rian.
KRING! Seseorang membuka pintu kedai. "Selamat dat—"
Terus terhenti ucapan Rian apabila melihat di pengunjung itu. Berambut Coklat, berpakaian kasual, tshirt putih, berseluar jeans dan topi ke belakang – Lee Haechan. Haechan dan Rian saling pandang antara satu sama lain.
Ini kali pertama rasanya mereka bertemu bukan dengan pakaian seragam sekolah. Haechan terlihat sangat berbeza dengan pakaian kasualnya. Haechen menguntum senyuman namun tidak Rian.
"Eh! Haechan! Masuk-masuk! nak makan sini ke?" Ayah Rian mencelah dari belakang Rian. Laju saja dia berjalan menghampiri Haechan. "Tak, Pak cik. Nak bungkus je. Kawan-kawan saya ada maraton hari ni. Nak hantar makanan pada dia orang." Jawab Haechan dengan tersipu-sipu malu.
"Oh, boleh boleh. Duduk dulu sini. Pakcik suruh Rian ambil order kamu, ya?" Ayah Rian membawa Haechan ke tempat duduk berhampiran dengan kaunter sebelum meluru ke Rian lalu ke dapur.
Haechan tegak duduk sambil memerhatikan Rian yang sedang berjalan menghampirinya. DUP! DAP! Berdebar hatinya. Sesekali dia mengetap bibirnya yang tidak habis tersenyum dari tadi. Dia mengangkat jam tangannya lalu melihat pantulan pada cermin – coklat.
"Nak apa?" Tanya Rian pendek.
Fikiran Haechan ligat memikirkan apa yang harus dikatakan kepada Rian. Secara tak langsung, rambut Haechan berubah kepada—Hijau. Rian mengerutkan dahi.
"Hijau maksudnya apa?" Rian serius. Haechan tersentak mendengarnya. Dia menarik beberapa helai rambut hadapannya lalu melihatnya dengan mata juling. "Oh, hijau. Tak ada apa-apa pun." Lalu tersengih.
"Saya banyak kerja ni. Cepatlah nak order apa?"
"Okay, okay, er... nak tteokbokki Cheese tiga bungkus, tteokbokki goreng satu bungkus dan—" Panjang Haechan berhenti.
"Dan apa?"
"Dan nombor telefon awak satu!"
Terdiam. Haechan tersengih menampakkan baris giginya, menanti apa yang akan dikatakan oleh Rian. HMPH! Penantian yang sia-sia, Rian malah memberinya jelingan sebelum pergi meninggalkannya. ERKK! Senyuman Haechan layu.
YOU ARE READING
𝐂𝐨𝐥𝒐𝒖𝒓𝒔.
Viễn tưởngAjaibnya, warna rambut Haechan berubah mengikut perasaannya! Bohong tapi nyata! 𝐿𝑒𝑒 𝐻𝑎𝑒𝑐ℎ𝑎𝑛, samseng terkenal di Neocity Highschool yang pertama kali berjumpa dengan yang dinamakan 'First Love'nya, 𝑆𝑜𝑛𝑔 𝑅𝑖𝑎𝑛. Tetapi, sayang sekali R...