9:21 a.m
Padang Terbuka Neocity HighSuasana di tempat duduk penonton sangat padat dengan kehadiran pelajar-pelajar dan orang awam. Dengan cuaca panas, semua orang sedia dengan kipas di tangan. Mujur saja aktiviti ini dibuat waktu pagi.
Tempat duduk pelajar-pelajar di bahagikan kepada dua jurusan. Pelajar dari Aliran Sains dan Teknologi. Dari Jauh, Haechan sudah melambai-lambaikan tangan ke arah teman wanitanya. Rian hanya membalas dengan senyuman.
"Fuh! Tak sangka mamat tu akhirnya dah jadi boyfriend kau." Ujar Minju yang duduk disamping Rian.
"Bukan setakat kau je. Haechan tu pun antara sedar tak sedar je sebenarnya." Balas Rian.
Mereka ketawa. Tanpa disedari, perbualan didengar oleh orang dihadapan mereka— salah seorang rakan sekelas Rian. Dia memalingkan badannya lalu menghadap Rian dan Minju.
"Kau dengan si Haechan tu betul bercinta ke? Sayangnya lahai." Namanya Sakura.
Berkerut dahi Rian. "Betul. Dia boyfriend aku. Ada yang tak kena ke? Dia pun manusia ada perasaan. Lagipun, bukannya aku bercinta dengan perempuan sampai semua orang nak pandang pelik." Jawab Rian dengan tenang.
"No hate— tapi aku prefer kau dengan Jeno. Sama-sama Top student. Lagipun tengok lah attitude kau sekarang. Disebabkan bergaul dengan Haechan tu, kau dah tak ceria, peramah and smiley. Berbeza 360 darjah dari waktu kau couple dengan Jeno." Sakura tidak berhenti lagi.
Rian hanya tenang tetapi tidak Minju. Dia menggenggam tangannya.
"Sakura, kau tak buat siaran langsung macam reporter sekolah kita tu ke?" Tanya Minju sambil jarinya di tunding ke arah seorang pelajar yang sedang membuat liputan tentang temasya hari ini.
"Huh? Kenapa aku kena pula?"
"Ye lah, sebab kau kan suka bercakap. Pot pet pot pet dari tadi. Sibuk hal orang kenapa? Kau ingat siapa yang buat Rian berubah macam ni—"
"Dah, Minju. Dah." Rian cuba halang Minju dari terus melawan.
"—kalau bukan Jeno!"
"Biar betul..." Sakura tidak percaya.
"Betul lah! Apa yang biar nya? Kau ingat Jeno tu baik sangat ke?"
PAKK! Rian menepuk peha Minju dengan lembut. Mula lah tu Minju merepek entah apa.
"...Sorry, Rian. Aku tak tahu." Ujar Sakura dengan perlahan. Anak matanya jelas menunjukkan rasa bersalah di atas kata-katanya tadi.
"Tak apa, Sakura. Jangan risau aku tak kecil hati pun." Balas Rian.
Sakura pun kembali menghadap ke arah padang. Rian melirik ke arah Minju yang bersikap lantang tadi. Dia merangkul bahu Minju lalu merapatkan kepalanya dengan kepala sahabatnya itu. Rupanya seprihatin itu Minju terhadapnya.
YOU ARE READING
𝐂𝐨𝐥𝒐𝒖𝒓𝒔.
FantasyAjaibnya, warna rambut Haechan berubah mengikut perasaannya! Bohong tapi nyata! 𝐿𝑒𝑒 𝐻𝑎𝑒𝑐ℎ𝑎𝑛, samseng terkenal di Neocity Highschool yang pertama kali berjumpa dengan yang dinamakan 'First Love'nya, 𝑆𝑜𝑛𝑔 𝑅𝑖𝑎𝑛. Tetapi, sayang sekali R...