9: Finally Kick Him Away!

123 31 60
                                    

01:42 P

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

01:42 P.M
Bangunan Sains

        "Hai, Min..."

        PUKK! Minju menahan mulut Sungchan. "Diam! Geli lah, tahu tak? Apa punya jenis playgirl kau ni. Ini bukan playgirl lagi, ini level pak cik miang gatal tahu tak?" Sungchan agak sengsara ketika itu. TAP! TAP! Dia menepuk tangan Minju beberapa kali.

         "Minju, dah lah tu. Playboy bukan playgirl!" Jaemin cuba menarik tangan Minju dari terus menekap wajah Sungchan. Sesekali siku Minju terkena cermin matanya, Jaemin membetulkannya semua. Maklumlah, dah longgar.

       "Weh, kau nak bunuh Sungchan ke apa?!" Jisung turut menyertai aktiviti melepaskan Sungchan dari Minju.

       Selepas beberapa saat, akhirnya Minju melepaskan Sungchan. Masing-masing beberapa langkah ke belakang. "Hoi, dah gila ke?!"Marah Sungchan.

       "Kau lah yang gila! Silap orang lah nak usha pun. Aku tak ingin!"

       "Fine! Aku pun dah tak ingin!"

       Ah! sudah! Jadi musuh pula dua manusia ni. Sebenarnya, Jisung yang ingin berjumpa dengan Jaemin. Minju yang risau Jaemin dibuli lagi, teman Jaemin bertemu mereka. Tak tahu pula keadaan akan jadi macam ni.

       "Kau orang nak jumpa Jaemin sebab nak buli dia lagi kan? Ha! Sini lah lawan aku dulu! aku ada—"

       "Aduh! dah lah. Kita orang balik tower sebelah balik. Nah, Jaemin. Nak jumpa kau sebab nak bagi ni je—" Kata Jisung lalu menghulurkan sebuah kotak hadiah kepada Jaemin.

       Jaemin perlahan-lahan mengambil kotak itu dari tangan Jisung lalu dibuka. Dia tergamam. Matanya dilirikkan ke Jisung kemudian ke isi dalam kotak kembali. Dalam kotak itu terisi cermin mata baharu dan contact lens.

       "—hari tu aku... tolak kau sampai spec kau jatuh. So, aku ganti. Tapi kot-kot dah tak nak jadi nerd, boleh pakai contact lens tu." Sambung Jisung lagi. "T...thanks." Balas Jaemin perlahan, tersentuh hatinya dengan pemberian Jisung itu.

       "Apa ni? Kau orang bukan datang nak buli Jaemin ke?" Minju keliru.

       "Buli? Kita orang usik je lah" Sungchan geram. Rasa nak jahit je mulut Minju.

       "Eleh, kau orang ni berbaik dengan Jaemin, mesti Haechan yang suruh. Haechan dah serba salah jadi punca Rian putus dengan Jeno. Betul tak?" Minju membuat andaian. Jisung dan Sungchan terlihat hairan, mereka saling pandang antara satu sama lain, kemudian melihat Minju semula.

       "Apa benda minah ni merepek ni?"

       "Mi...Minju, jom. Balik kelas." Jaemin seperti terburu-buru bawa Minju pergi, bagai menyembunyikan sesuatu. Baru saja selangkah pergi, Sungchan menahan mereka.

𝐂𝐨𝐥𝒐𝒖𝒓𝒔.Where stories live. Discover now