07.03P.M
Cepat sungguh masa berlalu, matahari kian beralih arah mahu ditelan bumi. Masing-masing sudah pun pulang ke khemah untuk membersihkan diri. Haechan yang pertama siap, terus keluar menyediakan makan malam, dan menu mereka-BBQ!
Rian dari jauh melihat gerak geri Haechan menyediakan daging untuk dipanggang dan beberapa paket ramyeon untuk di masak. Masak pun dia boleh? Makin lama kenal Haechan, banyak rupanya skil yang dia sendiri tidak ada, tetapi Haechan punya. Sejak tahu Haechan boleh berbahasa isyarat, Rian turut belajar bahasa isyarat. Sekarang, memasak pula!
"Rian, kau pergilah dulu tolong Haechan. Aku nak terbuang air besar pula." Ujar Minju menolak Rian pergi kearah ruang BBQ itu.
Sengaja Minju buat begitu. Bukankah salah satu tujuan glamping ini untuk mendekatkan Rian dan Haechan? Rian tersenyum pahit lalu berjalan menghampiri Haechan.
"Dah siap ke?"
"Eh, Rian! Panjang umur, saya memang tengah fikirkan awak bila tengok lemon ni! Nak saya buat air lemonade favorite awak tak?" tanya Haechan sambil memotong buah lemon yang dikatakan itu. "B-Boleh juga." Rian tak senang duduk disaat hatinya cair melihat Haechan sebagai posisi tukang masak. Dia beralih ke unggun api.
Ketika Rian menghidupkan unggun api, tak dapat dikira berapa kali dia menoleh kearah Haechan. Berpakaian t-shirt putih tuck-in bersama seluar jeans bewarna hitam dan topi bucket. Lelaki itu, ketika dalam fokus dalam sesuatu kerja tampak sangat-menawan. Suka pula dia melihat Haechan yang seperti dalam dunianya sendiri.
UHUK! UHUK! Haechan tiba-tiba tersedak! "Hoi, korang kutuk aku ke dalam khemah tu!" Teriak Haechan kearah khemah si lelaki. Rian ketawa kecil, padahal dia yang asyik menyebut nama lelaki itu dalam hati.
(〃 ̄ω ̄〃ゞ
"Jemput makan!"
Tiba lah masa mengisi perut masing-masing setelah seharian beraktiviti sampai tak ingat dunia. Mereka berenam duduk melengkung mengelilingi unggun api dengan urutan Jaemin, Minju, Sungchan, Haechan, Rian dan yang terakhir Jisung, bersama tiga meja kecil untuk mengalas makanan.
Jaemin sempat mencapai kamera untuk mengambil gambar detik mereka berenam makan malam bersama dihadapan unggun api. Jaemin tersenyum. Dia paling gembira sekali melihat detik-detik itu. Entah mengapa, selama ini lelaki-lelaki itu lah yang menjatuhkannya, kini, mereka menjadi penguat buatnya.
Sungchan mengerling matanya melihat kearah Rian, lalu berkata, "Aku sebenarnya paling tak sangka Rian ada kat sini. Bukan ke kau ada program mentor-mentee hari ni? Nak juga kau spend time dengan budak tak belajar ni." HUK! Haechan menjeling Sungchan. Terasa!
YOU ARE READING
𝐂𝐨𝐥𝒐𝒖𝒓𝒔.
FantasyAjaibnya, warna rambut Haechan berubah mengikut perasaannya! Bohong tapi nyata! 𝐿𝑒𝑒 𝐻𝑎𝑒𝑐ℎ𝑎𝑛, samseng terkenal di Neocity Highschool yang pertama kali berjumpa dengan yang dinamakan 'First Love'nya, 𝑆𝑜𝑛𝑔 𝑅𝑖𝑎𝑛. Tetapi, sayang sekali R...