19: Finally! She say...

101 23 12
                                    

8:30 PMFunfair Neocity Highschool

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

8:30 PM
Funfair Neocity Highschool

        Malam keesokkan harinya adalah hari acara pembukaan kepada Open Sport Day. Orang awam dijemput hadir untuk memeriahkan funfair anjuran pihak sekolah. Dan seperti tahun-tahun sebelumnya, pertunjukkan bunga api akan berlangsung pada jam 9.00 malam.

        "Jaemin!" Teriak Jisung dari pintu pagar bersama Haechan dan Sungchan disisinya. Jaemin menoleh lalu melambai kearah mereka. Rian dan Minju turun berada disampingnya. Haechan melemparkan senyuman kepada Rian sayangnya tidak dibalas. Tak mengapa, dah terbiasa.

        Mereka semua berpakaian kasual tidak beruniform. Maklumlah, acara ini melibatkan orang awam, jadinya kelonggaran dresscode diberikan. Haechan dan rakan-rakannya segera menghampiri Rian dan yang lain.

        "Lama tunggu?" Tanya Sungchan.

        "Lama lah! Beruban dah rambut aku! Kau mesti nak bermake-up sebab nak usya awek kejap lagi kan? Aku tahu dah—" Minju berang. GUPP! Mulutnya ditekup oleh Jaemin. "Baik sikit eh! Aku dah taubat lah! bukan macam dulu!" Balas Sungchan. Jisung menarik Sungchan menjauhi Minju.

          "Dah! dah! jom masuk!" Ajakan Jisung cuba menghentikan kelahi yang tidak berkesudahan itu.

          Rian mengorak langkah sebelum dihalang oleh Haechan. Kini hanya mereka berdua tanpa yang lain. "Kenapa, Haechan?" Tanya Rian.

          "Kita berpecah dulu. Pukul 9 nanti masa firework, saya tunggu awak dekat tangga besar tu. Kalau jawapan awak kepada soalan saya tempoh hari adalah 'ya', awak akan muncul sebelum firework. Kalau awak tak muncul juga, saya anggap awak tolak. Dan saya tak akan minta awak jadi girlfriend saya lagi. Sebab kita mungkin akan awkward lepas tu" Ucap Haechan panjang.

         Terkedu Rian mendengarnya. Pertama kali dia melihat Haechan begitu serius dengan kata-katanya. Apakah dia benar-benar akan berhenti mendekatinya jika Rian menolaknya? Jauh dari sudut hati Rian, dia tidak mahu.

         "Okay. Saya pergi dulu" Jawab Rian dengan penuh ego meninggalkan Haechan sendirian. Haechan menoleh melihat Rian sedang menarik Jaemin dan Minju berpisah dengan yang lain. Walaupun mereka keliru, tetap saja turuti permintaan Rian.

      Tersisa 20 minit lagi sebelum pertunjukkan bunga api berlangsung. Rian menemani rakan-rakannya bermain permainan yang tersedia di funfair tersebut. Tak dapat disembunyikan rasa gementar dalam hati Rian. Hatinya tidak tenang memikirkan kata-kata Haechan tadi. Jaemin dan Minju sedar akan kelakuan Rian yang lain dari biasa.

      Haechan pula berdiri di puncak tangga besar, tempat yang dijanji bersama Rian. Sungchan dan Jisung menemaninya disisi. Dia berasa gemuruh sekali. "Kalau Rian tak datang, kau betul nak give up?" Tanya Sungchan. Haechan mengangguk dan mengetap bibirnya. Jisung dan Sungchan saling berpandangan. Mereka mengeluarkan 10,000 won setiap seorang. Buat pertaruhan lagi! Dasar kawan!

       5 minit lagi. "Ahh!" Bola yang dibaling Rian tidak terkena pada sasaran. Minju dan Jaemin tahu, ada sesuatu yang menganggu fikiran Rian ketika itu. "Rian." Panggil Minju. Rian menoleh kearahnya. "Pergilah, cari Haechan. Nanti kita orang datang cari kau." Kata Minju mengundang tawa terpaksa Rian.

       "Kau cakap apa ni? Aku nak main lagi." Rian berdalih.

       "Kau suka Haechan,kan?" Tanya Jaemin

        HUK! Rian menoleh kearah rakan-rakannya. "Kita orang dah tahu, Jisung dan Sungchan pun tahu yang kau sukakan Haechan. Jadi pergilah, beritahu Haechan. Dia berhak untuk dibalas cintanya." Tambah Jaemin lagi. Entah mengapa, air mata Rian bergenang.

        "Aku patut pergi... jumpa Haechan?"

        "Ya, pergi lah. Pergi bagitahu Haechan. Kau dan Haechan dua-dua berhak bahagia. Pergi!" Minju memberi semangat kepada sahabatnya.

        Rian berundur beberapa langkah sebelum berlari merentasi lautan manusia yang hadir pada malam itu. Dia sempat mengerling kearah orang yang sedang mempersiapkan pertunjukkan bunga api. Ada beberapa minit lagi! Tangga besar itu agak jauh membuatkan Rian berlari lebih laju untuk bertemu dengan Haechan.

        Haechan ketika itu masih berdiri di puncak tangga menanti Rian. Sudah tersisa 2 minit namun kelibat Rian masih tidak kelihatan. Perlahan-lahan rambutnya memudar ke Perang Terang. Dia kecewa. Dua sahabatnya menepuk belakang Haechan untuk memujuk hatinya. Di saat itu dia yakin Rian tidak datang.

       Baru saja ingin melangkah pergi— "Lee Haechan!" Teriak suara Rian dari bawah. DUP! DAP! Jantung Haechan berdegup bagai merasa kehadiran Rian. Dia memalingkan badannya lalu mendapati Rian sedang berlari menaiki anak tangga. Haechan apa lagi, dia turut berlari menuruni tangga untuk mendapatkan Rian.

       Seorang menaiki tangga, seorang lagi menuruni tangga. Lalu mereka bertemu di tengah-tengah laluan. Haechan dan Rian memandang antara satu sama lain dengan dada turun naik mencari nafas.

       "Ya!" Kata Rian tiba-tiba.

      "Huh?!"

      "Jawapan saya 'ya'. Saya nak jadi girlfriend awak dan nak awak jadi boyfriend saya. Minta maaf sebab buat awak tunggu lama."

      SHINGG! Warna rambut Haechan bertukar—Pelangi. Melihat warna pada rambut Haechan membuatkan Rian tersenyum lebar untuk pertama kali di hadapan lelaki itu.

      "Jadi sekarang awak girlfriend saya?" Haechan bagai tidak percaya. Jadi Rian mencapai tangan Haechan lalu menggenggamnya dan mengangguk tersenyum. Haechan menekup mulutnya yang melopong.

       PEWW! BOOM! BOOM! Pertunjukkan bunga api bermula menyentak pasangan itu. Mereka berdua menyaksikan kemeriahan bunga api itu dengan tangan yang masih erat digenggam.

       Jisung dan Sungchan memulangkan semula wang masing-masing sebelum didatangi Minju dan Jaemin dari kiri. Mereka sama-sama menyaksikan pertunjukkan bunga api sambil turut merasai hari berbahagia Haechan dan Rian.

       Hati Haechan berbunga. Dia, lelaki paling gembira malam itu!

♡(*'∀`*)人(*'∀`*)♡

Bersambung...

𝐂𝐨𝐥𝒐𝒖𝒓𝒔.Where stories live. Discover now