7:00 AM
Stesen Bas HongdaePagi itu, Haechan bangun awal. Nekadnya ingin masuk ke perhimpunan sekolah. Dia berjalan dengan semangat menuju ke stesen bas. Sesekali dia memeriksa warna rambutnya ketika itu. Coklat. Haechan tersenyum.
Sebaik sahaja tiba di stesen bas, sesuatu menangkap pandangannya. Song Rian! Ternyata waktu begini adalah waktu Rian ke sekolah. Sejak tahu Rian ni wujud, hari-hari tuhan temukan aku dengan dia. Bisik hatinya.
Rian bergerak dari tempat duduknya lalu menaiki bas membuatkan Haechan terbangun dari lamunan yang sementara tadi. Haechan masuk dari pintu bas dibahagian tengah supaya Rian tidak perasan akan kehadirannya.
Perlahan-lahan Haechan mengambil tempat dibelakang Rian. Mereka berdua duduk bersebelahan tingkap. Walaupun hanya susuk dari belakang membuatkan Haechan begitu gembira dapat mendekati Rian. Baginya, ini adalah peluang beharga baginya.
Perjalanan yang mengambil masa dua puluh minit itu membuatkan Rian sedikit mengantuk. Mana taknya, malam tadi dia membuat persediaan untuk pembentangan hari ini sehingga lewat malam. Kelopak matanya terlalu berat ketika itu, membuatkan Rian terlentok beberapa kali.
Haechan menyedari akan hal itu. Kepalanya ikut terhuyung-hayang seperti Rian. Tiba-tiba—SUKK! Rian akhirnya menjatuhkan kepalanya ke tingkap, beralaskan tapak tangan Haechan. Lama.
Kepala Rian kat tangan aku!? Hati Haechan berbunga.
Perlahan, rambutnya berubah menjadi warna Pelangi. Haechan melihat cermin tingkap dan mendapati perubahan pada rambutnya. Terkejut aku! Warna ni lagi! Ah lantak lah. Dia turut merebahkan kepalanya pada cermin tingkap seperti Rian, sambil tangannya masih menjadi bantal kepala gadis kesukaannya itu.
(⑉'•˶˶̫˶ •'⑉)
07:50 AM
Tapak perhimpunan Sekolah NeocityPerhimpunan pelajar Neocity Highschool akan bermula tidak lama lagi. Haechan berdiri di barisan kelasnya, hanya tiga barisan memisahkan barisannya dan Rian. Untungnya, Haechan dapat lihat Rian dari tempatnya.
Song Rian ketika itu sedang berborak mesra dengan Kim Minju membuatkan Haechan turut tersenyum melihat keletah Rian. Senyuman itu lah yang menjadikan dirinya jatuh hati pada Haechan. Sayang sekali, dia sudah berpunya.
Lengan baju diselak, Haechan melihat pantulah rambutnya pada jam tangan. Warna Pelangi masih tidak luntur. Dia mula resah. Pelajar-pelajar sudah mulai memenuhi tapak perhimpunan itu. Dia cuba tenang, Tarik nafas, lepas, Tarik nafas, lepas. Periksa lagi, warnanya tidak hilang!
Ini tak boleh jadi, dia mengeluarkan topi bucket hitam dari begnya lalu dipakai.
Perhimpunan bermula. Haechan mula bosan mendengar guru-guru yang berceloteh dihadapan, lagi-lagi cikgu yang sedang bercakap ni cikgu Kim Heechul. Lah! Tengah hari baru habis agaknya. Namun, anak matanya kerap mengerling kekanan melihat Rian yang sedang fokus.
YOU ARE READING
𝐂𝐨𝐥𝒐𝒖𝒓𝒔.
FantasyAjaibnya, warna rambut Haechan berubah mengikut perasaannya! Bohong tapi nyata! 𝐿𝑒𝑒 𝐻𝑎𝑒𝑐ℎ𝑎𝑛, samseng terkenal di Neocity Highschool yang pertama kali berjumpa dengan yang dinamakan 'First Love'nya, 𝑆𝑜𝑛𝑔 𝑅𝑖𝑎𝑛. Tetapi, sayang sekali R...