02:50 PM
Kafe Komik HongdaeHari minggu, Jeno dalam perjalanan untuk menjemput Rian dirumahnya. Katanya mahu ke pameran sains bersama-sama. Ketika melintasi beberapa Kafe, sebuah kafe menarik perhatian Jeno. Dia memberhentikan langkah saat melihat kelibat Haechan sedang ketawa bersama rakan-rakannya membaca komik.
KRING! Jeno membuka pintu kafe komik itu membuat semua pelanggan memandang kearahnya termasuk Haechan. Tawa diwajah Haechan tadi perlahan-lahan menghilang dan menjadi serius. Haechan melihat pantulan rambutnya di cermin. Coklat! Okay normal.
"Lee Haechan." Panggil Jeno.
"Aku nak cakap dengan kau. berdua." Sambungnya lagi dengan pandangan tajam kearah Haechan. Jeno meluru keluar dari kafe itu menanti Haechan.
Jisung dan Sungchan disitu kelihatan agak risaukan Haechan. Namun anak mata Haechan memberi isyarat bahawa dia 'okay' sebelum menepuk bahu kedua rakannya. Berat Haechan melangkah bertemu dengan Jeno diluar.
"Nak apa jumpa aku?" Haechan mulai.
Jeno membalasnya dengan senyum sinis lalu berkata "Kau tahu kan, aku nak cakap pasal apa?—" Haechan teringat kembali kejadian hari itu
"—kau nak apa dari girlfriend aku? aku dengar kau su..."
"Aku suka dia... Girlfriend kau, Song Rian."
DANGG! Haechan sendiri terkejut dengan kejujurannya tadi. Agak terketar tangan Haechan ketika itu, dia cuba menyembunyikan perasaanya dari Jeno. Dia harus tetap tenang supaya rambutnya tidak berubah warna. Jeno ketawa sini sambil menolak lidahnya kepipi.
"Kau memang tak malu, kan? Jadi kau mimpi yang Rian akan jadi milik kau? Sedar lah sikit, orang macam kau mana ada orang nak. Lainlah kalau pelayan kat Pusat Karaoke kau selalu pergi tu." Balas Jeno dengan angkuh sekali.
"Tak sangka aku, Rian date orang macam kau." Kata Haechan jujur. Betul. Ini adalah pertama kali mereka berbual begini dan Jeno tidaklah sehebat yang Haechan sangka.
"Sekurang-kurangnya, level aku atas dari kau. Yang layak untuk jadi boyfriend Rian. Kau sengaja buat rumors tu sebab kau nak tarik perhatian Rian kan? Pengecut! Kalau berani, aku cabar kau luahkan perasaan kau pada dia." Jeno masih melawan.
Amarah Haechan semakin meninggi. Dia sudahpun menyediakan penumbuk ditangan. Tiba-tiba— BRRT! Telefon bimbit Jeno bergetar menunjukkan panggil masuk. Dia melihat nama pemanggil lalu tersenyum. Sengaja dia menunjuk nama itu pada Haechan. Song Rian!
"Hello sayang." Jeno menjawab panggilan Rian dengan nada manja motif untuk membuat Haechan cemburu. Haechan melihat kearah lain kerana menyampah dengan Jeno ketika itu. Tapi benar, dia sudahpun cemburu.
YOU ARE READING
𝐂𝐨𝐥𝒐𝒖𝒓𝒔.
FantasíaAjaibnya, warna rambut Haechan berubah mengikut perasaannya! Bohong tapi nyata! 𝐿𝑒𝑒 𝐻𝑎𝑒𝑐ℎ𝑎𝑛, samseng terkenal di Neocity Highschool yang pertama kali berjumpa dengan yang dinamakan 'First Love'nya, 𝑆𝑜𝑛𝑔 𝑅𝑖𝑎𝑛. Tetapi, sayang sekali R...