16: Very Unfamiliar Habit

95 26 18
                                    

10:44 A

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

10:44 A.M
Kelas 5 Teknologi-3

        Bermain sudah, glamping pun sudah. Hari ini adalah satu hari sebelum Peperiksaan Akhir Semester. Pelajar-pelajar Neocity Highschool yang sibuk mempersiapkan minda mereka dengan ilmu-ilmu yang dipelajari, baik aliran Sains mahupun aliran Teknologi.

       Waktu itu kelas matapelajaran Matematik Cikgu Irine— HUARGH! Ya, Sungchan sudah ke 41 kali menguap sesekali wajahnya diusap kerana tak tahan dengan rasa mengantuk. Jisung pula tak habis-habis exercise mengangkat botol berisi air dengan satu kaki.

       Seperti dapat diteka. Kebanyakkan dari mereka memang tak fokus dengan apa yang diajar Cikgu Irine ketika itu. Bagaimana dengan Haechan?

       "Okay kelas, siapa boleh selesaikan soalan ni di depan?"

       ZZUP! Haechan mengangkat tangannya. "Saya!" Alangkah terkejutnya Sungchan dan Jisung ketika itu sampai terjatuh bergolek-golek botol air di kaki Jisung, Sungchan pula terus hilang rasa mengantuknya.

       "Lee Haechan? Lain macam betul semangat awak hari ni. Rambut pun warna hijau. Biasa kalau warna hijau ni sama ada baik atau nakal je." Perli Cikgu Irine.

       Haechan bangun dari tempatnya lalu berkata "Cikgu, saya akan dapatkan TOP95 dalam exam esok!" Kata Haechan dengan semangat sekali. Melopong mulut rakan-rakan sekelasnya melihat Haechan yang lain dari yang lain terutama sekali Jisung dan Sungchan.

        "Haechan, kau okay tak ni? Buang tebiat ke?" Bisik Jisung kearah sahabatnya. Selalunya, seorang Haechan itu tidak pernah ambil kisah pun dengan akademik. Tapi kali ini dia berbeza.

       "Baiklah. Sini ke depan. Selesaikan." Tegas Irine bersama rotan ditangannya. Haechan mengatur langkah dengan yakinnya menuju ke papan putih bersama senyuman di wajah. Confident level Dewa orang kata.

       Dia mencapai marker hitam lalu berdiri menghadap soalan matematik yang tertulis di papan putih. Murid-murid yang lain agak berdebar melihat Haechan di hadapan. Jisung menelan air liurnya.

       PAP! Sungchan meletakkan 10,000 Won diatas meja Jisung "Dia tak akan dapat jawab" Kata Sungchan. Jisung turut mengeluarkan 10,000 Won "Dia dapat jawab!". Penentuannya hanyalah Haechan sendiri. Apakah Haechan benar dah berubah menjadi seorang yang rajin belajar?

        Haechan berkerut dahi menenung soalan itu—

        Tenung...

        Tenung...

        Tenung...

        Tenung lagi...

        Tenung...

        Tenung lagi dan lagi...

        Tenung...

        Tenung...

𝐂𝐨𝐥𝒐𝒖𝒓𝒔.Where stories live. Discover now