8:45 p.m
Pusat Karaoke HongdaeLokasi pilihan Haechan dan rakan-rakannya ketika ponteng kelas malam di sekolah. Namun, ada yang tidak kena pada malam itu bagi Haechan. Selalunya, hanya mereka bertiga, tetapi ketika itu Sungchan menjemput beberapa kenalan perempuannya dari sekolah lain.
Haechan duduk diatas sofa betul-betul dipenjuru bilik sambil berpeluk tubuh melihat Sungchan dan Jisung gah menyari dan menari bersama tetamu-tetamu. Haechan mengeluh berat. Bosan betul lah, dah kenapa si Sungchan ni ajak minah-minah sekolah lain ni.
Dia melihat pantulan rambutnya pada cermin, merah! Aduh, kan dah merah dah. Sungchan punya pasal lah ni. Haechan mengomel sendirian. Dia mengambil beg galasnya lalu ingin meninggalkan bilik itu.
"Weh, Haechan, nak pergi mana, sini lah satu lagu! Dia orang nak dengar suara kau yang merdu tu!" Kata Yangyang saat melihat Haechan seperti ingin beredar.
"Malas lah, aku nak balik." Balas Haechan.
"Rileks lah, Haechan. Asal rambut kau merah ni? Tu yang duduk depan skrin tu, dia minat dengan kau, nak kenal dengan kau. Pergilah usya." Sungchan pula menghampiri mereka berdua bersama seorang perempuan dalam pelukannya. Haechan benar tidak mahu lagi berada disitu.
"Haechan, kau ni tak suka sangat dengan perempuan, kau gay ke?" Jisung sedikit kasar.
"Hoi! Baik sikit! Perempuan semua ngada-ngada tahu tak, aku menyampah!" Balas Haechan lalu menjeling perempuan yang berada disisi Sungchan.
"Sungchan, kawan you ni tak pernah bercinta lagi ke?" Tanya pelajar perempuan tu. "Belum, Baby. Dari sekolah rendah I kawan dengan dia ni, tak ada seorang pun nak kat dia." Gurau Sungchan. Mereka ketawa kecil.
"Eh, kau ingat aku tak laku ke?" Haechan sedikit meninggikan suaranya.
"Haechan, so you haven't met your First Love yet, once you meet her, you will never forget her." Lembut saja suara perempuan itu berkata-kata.
"Whatever!"
Haechan terus melangkah keluar meninggalkan bilik Karaoke itu. Akhirnya, Haechan dapat menghirup udara yang sepatutnya.
(#`д')ノ
9:10 PM
Kawasan pejalan kakiHaechan berjalan seorang diri di dengan tangan dimasukkan kedalam poket seperti biasa. Berat pula langkahnya menuju ke rumah. Sengaja melambatkan masa, dia berjalan dengan perlahan. Ibu dan ayah Haechan bukannya ada dirumah, masing-masing masih di pejabat sibuk dengan kerja meinggalkan anak lelakinya yang tidak terurus.
Tiba-tiba, sesuatu terjatuh atas bahu Haechan membuatkan dia berhenti. Rupanya, kelopak bunga Sakura. Haechan mendongakkan kepalanya. Dia sendiri tergamam melihat bunga-bunga itu mekar sekali. Sesekali Haechan menadah tangan, beberapa kelopak bunga Sakura jatuh lagi keatas tapak tangannya. Haechan tersenyum.
YOU ARE READING
𝐂𝐨𝐥𝒐𝒖𝒓𝒔.
FantasyAjaibnya, warna rambut Haechan berubah mengikut perasaannya! Bohong tapi nyata! 𝐿𝑒𝑒 𝐻𝑎𝑒𝑐ℎ𝑎𝑛, samseng terkenal di Neocity Highschool yang pertama kali berjumpa dengan yang dinamakan 'First Love'nya, 𝑆𝑜𝑛𝑔 𝑅𝑖𝑎𝑛. Tetapi, sayang sekali R...