nur aisya bermenung di atas tilam. sejak malam tadi matanya sukar sekali untuk dipejamkan.
“duhai mata, takkanlah tak mengantuk lagi. aisya dan penat sangat dah ni,” bisik nur aisya perlahan.
setiap kali dipejam, setiap kali itulah wajah tengku faiq muncul dalam mindanya. puas dia menepis. angaukah aku ni? atau aku dah gila bayang, katanya dalam hati. beberapa kali dia menepuk-nepuk mukanya. naik merah serata mukanya.“takkan rindu kot? mamat sombong tuh bukannya handsome sangat pun. handsome sikit jer. garang pulak tu,” ucapnya lagi.
“ehh.. kenapa ni?” keluhnya perlahan.
“alahai, takkan kot. dia bukannya baik sangat pun dengan aku,” bebel nur aisya sendirian.
jam di dinding dikerling beberapa kali. sudah hampir tiga pagi. dalam keserabutan sempat lagi nur aisya melawak.“tak ada siapa ker yang nak dodoikan aku tidur ni? tidak-tidak pun nyanilah lagu p. ramlee yang pukul tiga pagi tu kat telinga nih."
"awakkkkkkkk..!!! tolonglah saya… janganlah ganggu tidur saya lagi,” rayu nur aisya sambil berbaring di atas tilam bujang yang berlapikkan tikar getah.
tanpa disedari jam loceng yang dikunci oleh azira berbunyi. terpisat-pasat sahabatnya itu bangun. dia merangkak ke tilam nur aisya yang berada bersebelahan.
“cha! bangun. dah enam setengah dah ni. nanti subuh gajah,” panggilnya sambil menggoncang-goncang tubuh nur aisya yang masih lagi diselimuti conforter tebal.
“ermm.. bangunlah ni. kepala cheq tengah pusing ni. sekejap lagi cheq bangunlah yer.”
“bangunlah cha!”
“hang pi siap dululah, ji. sat gi cheq bangkitlah, okey.”
azira bergegas siap. milia di bilik sebelah juga sedang kalut bersiap ala kadar. selalunya mereka bertiga keluar bersama-sama ke kampus. walaupun sebelum ni nur aisya menginap di asrama. yang pasti, dia pasti dijemput oleh kedua-dua sahabatnya itu saban hari.
“cha! aku nak kena pi kerja awal hari ni. milia pun sama. bangunlah, cha. dekat pukul tujuh dah ni,” gerak azira lagi apabila terlihatkan sahabatnya masih bergulung lagi di tilam.
“hangpa pi lah dulu. cheq tak pi kampus kot hari ni. lagi pun cheq sakit kepala ni. berdenyut-denyut. tak laratlah nak bangkit,” jawab nur aisya sambil perlahan-lahan bangun dari pembaringannya. bersila di atas tilam bujangnya.
“hang tak sihat ker?”
“taklah. cuma tekak cheq ni perit semacam jerk. badan rasa sengal sikit kat sendi-sendi ni,” balas nur aisya, memicit-micit sendi lengan dan kakinya.
“itulah, sakan punya mengemas semalam. kan dah demam sendi. tak apa ker hang tinggal sorang ni?” bebel azira.
“tak apa. cheq dah besaq panjang. bukan budak-budak aih,” balas nur aisya bangkit lalu terus ke kamar mandi.
“okeylah kalau macam tu, kami pi dululah yer. jangan lupa telan ubat. tengah hari sat gi kami balik jenguk hang. pintu depan tu tutup. jangan lupa pulak. kang masuk pulak orang,” pesan azira dari luar pintu.
“babai. assalamualaikum,” ucap azira sebelum melangkah pergi.
“waalaikumussalam.. hang tolong kasi tekan tombol pintu depan tu sebelum pi yer” pesan nur aisya sebaik sahaja melangkah keluar dari kamar mandi dan terus bersolat. azira mengang-angguk tanpa menoleh pun.
usai menunaikan perkara yang wajib, nur aisya kembali berbaring di tilamnya. kepalanya kembali di picit-picit perlahan. entah bila, dia kembali terlena.

KAMU SEDANG MEMBACA
Pedihnya Cinta
RomanceNur Aisya Irdina Ilham. Itulah namaku. Nama yang menjadi pilihan ayah dan ibu buat puteri tunggal kesayangan mereka yang teramat comel orangnya ini. Sejak detik itu, aku sah menjadi isteri orang. Isteri kepada cucu teman rapat arwah nenekku, Tengku...