KHAMIS. Mereka berdua perlu pulang ke kampung hari ini. Mungkin petang selepas Tengku Faiq pulang dari kerja. Beg baju sudah disiapkan pada malam sebelumnya. Pintu bilik terkuak, Tengku Faiq muncul. Briefcase dan tali leher yang dipegang di hempas ke katil. Sebelum masuk ke kamar mandi, sempat dia menyinggah pandang ke arah Nur Aisya. Lima minit kemudian, Tengku Faiq muncul semula. Hanya bertuala. Menghampiri Nur Aisya yang sedang menyusun baju ke dalam bag.
“Tolong packing barang-barang aku.”
“Okey,” jawab Nur Aisya malu-malu.
“Nak bawa yang mana ye?” tanya Nur Aisya, tercegat di hadapan almari baju yang besar sepanjang dinding itu.
“Mana-mana pun boleh.”
Alahai! Jawapan macam ni yang paling lemah ni. Aku ni kalau bab balik kampung memang seronok tak ingat, tapi kalau bab packing kain baju ni memanglah liat sikit. Untuk baju sendiri pun berjam-jam aku fikir, inikan pulak baju orang lain. Bantai ajerlah. Ikut citarasa kampung aku ni. Gasaklah kau mamat, aku main hentam ajer ni, Nur Aisya berkata-kata sendiri.
“Cepat sikit. Kalau lambat tak payah balik,” ujar Tengku Faiq sebelum masuk semula ke kamar mandi.
Satu persatu Nur Aisya memilih persalinan suaminya. Nak hentam keromo saja pun tak boleh juga, kalau tak sesuai karang, harulah pulak jadinya nanti. Pilihannya biar sesuai dengan tema ‘balik kampung”. Esok, pasti keluarga dan sanak saudara sudah berkumpul. Majlis yang dirancang Ayah dan Ibu diadakan pada hari Sabtu. Kendurinya tidaklah sebesar mana. Tidaklah menumbangkan seekor lembu seperti kebiasaan majlis kenduri kahwin. Hanya kenduri doa selamat yang melibatkan dalam dua puluh dulang hidangan, menurut kata Ibu.
Dalam perjalanan pulang Nur Aisya banyak membisu. Dia lebih tertarik untuk menghabiskan bacaannya. Novel setengah jengkal tebal hasil karya Hani Ramsul masih lagi berpaut erat di tangannya. Sesekali Tengku Faiq mengerling ke arah Nur Aisya. Sedikit sebanyak, dia mula kenal gadis yang terus membisu di sisinya itu. Pandangannya kembali ditumpukan pada jalanraya tiga lorong, Highway Utara Selatan. Suis radio ditekan. Nur Aisya berhenti membaca. Dia memandang ke bahu jalan. Hari dah gelap. Matanya kembali di bawa ke muka buku yang dipegang. Kedengaran DJ radio sedang rancak berceloteh. Nur Aisya tersenyum simpul. Pendengarannya tertarik pada lagu yang sedang ke udara. Lelaki Seperti Aku nyanyian oleh Alif Satar kata DJ. Senyumannya berbunga-bunga apabila menghayati lirik lagu tersebut.
..Maka tak perlu sedu sedan itu
Jangan sampai kau rendahkan dirimu
Memaksa aku tuk’ jadi pacarmu
Oo baby babyJangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kamu cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo babyJangan kau dendam sebab ku enggan
Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Kekasih yang menunggu..Pandangannya dialihkan kepada Tengku Faiq yang tekun memandu. Tepat pada muka suaminya itu, senyumnya berbunga lagi. Tengku Faiq terpinga-pinga. Bila tersedar akan lirik lagu yang berkumandang dari corong radio keretanya itu, dia cepat-cepat menukar gelombang ke stesyen radio lain. Nur Aisya dengan pantas menukar kembali ke stesyen tadi.
“Kenapa?” tanya Nur Aisya.
“Tak ada lagu lain ke?” balas Tengku Faiq.
“Okey apa lagu tu. Best apa?” jawab Nur Aisya mengusik.
Tengku Faiq mengeluh. Dia faham maksud hati Nur Aisya. Tak apa. Ini masa dia, rungut Tengku Faiq. Mukanya sedikit kelat. Nur Aisya menekup mulutnya menahan ngantok. Sudah beberapa kali dia menguap. Tak beberapa lama kemudian, dia terlentok. Tengku Faiq tersenyum sinis. Hidung Nur Aisya dicuit. Nur Aisya menepis.
KAMU SEDANG MEMBACA
Pedihnya Cinta
RomanceNur Aisya Irdina Ilham. Itulah namaku. Nama yang menjadi pilihan ayah dan ibu buat puteri tunggal kesayangan mereka yang teramat comel orangnya ini. Sejak detik itu, aku sah menjadi isteri orang. Isteri kepada cucu teman rapat arwah nenekku, Tengku...