ALHAMDULILLAH,
Kak Anis selamat melahirkan baby girl seberat 2.85 kg pada pukul 8.30 pagi tadi. Normal.Itulah mesej yang diterimanya daripada birasnya semasa Nur Aisya keluar membeli keperluan untuk memasak pagi tadi. Kak Anis telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan di sebuah hospital ternama di Kuala Lumpur. Itulah cicit pertama Engku Najehah.
Treet! Treet!
Mesej masuk lagi. Nur Aisya mencapai telefon bimbitnya lalu segera dibaca isi kandungannya.
Jumpa di rumah jam enam. Gerak ke KL. Lawat Kak Anis di hospital – Faiq
Nur Aisya segera membalas.
Hari ini?
Beberapa ketika, mesejnya itu dibalas semula oleh Tengku Faiq.
Yes. Today.
Mesej Tengku Faiq segera jawab sebagai tanda faham.
Okey..
**********************
Nur Aisya mengenakan skirt denim labuh ke paras buku lali. Dia memadankannya dengan blaus pendek bewarna merah jambu samar. Selendang panjang berbunga halus bewarna pink, dililit longgar di kepala. Dia duduk menunggu di beranda dengan novel di tangan.
“Dah siap?” tanya Tengku Faiq.
Matanya merayap ke segenap pelusuk tubuh si isteri yang sedang perlahan bangun dari bangku kayu jati yang ada di ruangan tersebut. Dia terpana. Pandangannya kaku.
“Dah..” sepatah ayat keluar dari mulut isterinya.
Nur Aisya kaget. Dia meraba-raba sanggulnya. Turut dibetulkan, sedikit juntaian rambutnya yang sengaja dibiarkan jatuh di tepi telinga. Blaus yang dipakai segera dibetul-betulkan. Juga skirt labuh yang tersarung pada pinggang rampingnya, turut dibetulkan sama.
“Kenapa?” soal Nur Aisya.
“Awak..” Nur Aisya memanggil suaminya. Tangan kanannya di lambai-lambai depan mata Tengku Faiq.
“Erm..tak apa-apa, okey,” Tengku Faiq berlalu sambil menggaru keningnya.
Nur Aisya menyinggah di bilik tetamu. Sehelai selendang panjang dicapai dari atas tilam lalu diliit-lilit ala-ala fesyen tudung Hana Tajima kata orang. Ringkas, namun tetap nampak anggun. Tas tangan dicapai dari atas sofa tunggal yang ada di sisi pintu bilik. Cepat-cepat dia keluar mendapatkan Tengku Faiq. Mengekori langkah lelaki itu ke kereta kononya. Tengku Faiq berhenti di depan pintu utama lalu memaling arah badannya secara tiba-tiba. Nur Aisya yang kalut di belakangnya, tak menyangka akan tindakan spontan suaminya itu. Tak semena-mena mereka berdua berlanggaran. Berpusing tubuh kurus Nur Aisya dibuatnya dan hampir-hampir jatuh ketika itu. Tengku Faiq pantas merangkul tubuh isterinya yang sudah mula hilang imbangan.
Fuh! Nasib baik tak menyembah ke bumi. Mau benjol kat kepala ni, detik Nur Aisya memegang dahinya.
“Maaf.. Aisya tak perasan,” kata Nur Aisya memandang ke dalam mata suaminya.
Tengku Faiq merenungnya tajam. Nur Aisya berpaling ke sisi.
“Lain kali kalau berjalan, pandang depan ye Cik Kak,” ujar Tengku Faiq tersenyum.
KAMU SEDANG MEMBACA
Pedihnya Cinta
RomanceNur Aisya Irdina Ilham. Itulah namaku. Nama yang menjadi pilihan ayah dan ibu buat puteri tunggal kesayangan mereka yang teramat comel orangnya ini. Sejak detik itu, aku sah menjadi isteri orang. Isteri kepada cucu teman rapat arwah nenekku, Tengku...