BAB 18 - SINAR BAHAGIA

268 8 0
                                    

“KITA nak pergi mana ni?” tanya Nur Aisya.

“Makan malam di Teratak Najehah,” terang Tengku Faiq.

“Villa Najehah?”

“Teratak Najehah,” Tengku Faiq membetulkan apa yang disebut oleh isterinya sebentar tadi.

“Ermm.. ini..” Nur Aisya keliru.

“Aku sebut teratak, bukan villa.”

Terpana Nur Aisya sebentar. Apa kena dengan mamat sorang ni agaknya. Pagi tadi bukan main manis lagi menggunakan kata sapaan awak dan saya. Sekarang ni tiba-tiba pulak bertukar ke kau dan aku, bisik Nur Aisya.

“Kenduri?” soal Nur Aisya lagi.

“Hesh.. kan aku dah cakap tadi, makan malam.”

“Opss! Sorry.. Aisya tak perasan.”

“Tolong bawa baju barang sehelai dua. Mungkin kita akan tidur sana,” pesan Tengku Faiq.

“Okey..” jawab Nur Aisya ragu-ragu.

Rumah siapa pulak Teratak Najehah tuh? Mirip-mirip pula dengan jolokan bagi banglo dua tingkat yang mereka diami itu. Macam pernah dengar nama tuh. Tapi kat mana yer, monolog Nur Aisya sendirian.

Selesai packing sehelai dua baju, mereka bertolak ke destinasi yang disebut Tengku Faiq setengah jam lalu. Kelihatannya Teratak Najehah itu masih lagi berada dalam lingkungan kawasan Pulau Mutiara. Dalam kelam malam, Nur Aisya sempat melirik pada setiap papan-papan tanda yang terpacak pada bahu jalan. Mereka sepertinya sedang menuju ke daerah Balik Pulau. Setelah beberapa kilometer perjalanan, akhirnya mereka tiba di hadapan sebuah rumah banglo. Tengku Faiq rebah ke kirinya, hampir-hampir bersentuhan dengan lutut Nur Aisya. Pintu pagar yang tadinya tertutup rapat terbuka sebaik sahaja Tengku Faiq menekan alat kawalan jauh yang terangkai dalam gugusan kunci yang diambilnya dari dalam dashboard kereta. Kemudian, keretanya diparkir betul-betul dibawah foyer banglo tersebut.

“Selamat datang ke Teratak Najehah,” ucap Tengku Faiq menyengih.

Nur Aisya mengigit bibirnya. Tertanya-tanya sendirian. Dari celah-celah pohon bunga pada sisi rumah, muncul seorang lelaki tua berkopiah putih. Nur Aisya sepertinya kenal akan lelaki separuh umur itu. Pastinya itu adalah Pak Ali. Ermm… rumah Pak Ali rupa-rupanya. Boleh tahan besar banglo lama milik Pak Ali ni, bisik Nur Aisya dalam hati. Pasti Najehah itu diambil sempena nama isteri lelaki itu. Nur Aisya turun dari kereta. Tengku Faiq terlebih dahulu bersalaman dan berpelukan dengan Pak Ali. Nur Aisya juga turut bersalam dengan lelaki tua itu. Pak Ali yang tak putus-putus menguntum senyum pun bersuara.

“Inilah kampung halaman Tengku,” kata Pak Ali memperkenalkan kepada Aisya yang termangu-mangu memandang sekeliling.

Nur Aisya mengalih pandang kepada suaminya. Tengku Faiq mengangkat kening dan kedua-dua tangannya.

“Kampung?” soal Nur Aisya.

“Kenapa?” Tengku Faiq kurang faham akan maksud Nur Aisya, begitu juga dengan Pak Ali.

“Kampung moden,”terang Nur Aisya.

“Siapa kata? Belum tengok belum tahu,” balas Tengku Faiq lagi.

“Yang pasti, jauh beza dengan kampung Aisya,” kata Nur Aisya memandang wajah Pak Ali.

“Ehh.. buat apa sembang-sembang di sini aje. Mari masuk, pasti yang menanti dah tak sabar-sabar nak bertemu,” kata Pak Ali.

“Mak Nah masak apa hari ni, Pak Ali?” tanya Tengku Faiq memeluk bahu Pak Abu.

“Kari kepala ikanlah tapi tak ada butter prawn untuk malam ni. Pak Ali tak sempat nak pergi kail udang tadi,” seloroh Pak Ali.

Pedihnya CintaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang