BAB 9 - LUPA BINI

273 10 0
                                    

TREET! Treet!

“Hello..”

“Yup, on the way home.”

“Jumpa? “

“Bila?”

“Okey..okey.. Dalam sepuluh minit aku sampai.”

Talian dimatikan. Stering kereta dipulas. Bertukar arah. Nur Aisya yang ada disisinya sedikit terdorong ke hadapan. Minyak terus ditekan. Restoran Hassan Maju, itulah dentinasi yang dituju. Tengku Faiq memberi signal kanan lalu mengambil tempat parkir. Mujurlah ada parkir kosong berhampiran restoran tersebut. Nur Aisya memerhati melalui cermin pandang belakang. Tengku Faiq kelihatan menghampiri sebuah meja yang di duduki oleh seorang lelaki sebayanya. Nur Aisya mencapai beg galasnya yang berada di tempat duduk belakang. Sebuah novel dikeluarkan. Dia memulakan pembacaannya. Khusyuk.

Selang beberapa ketika, Nur Aisya menutup novel ditangan. Dia melirik ke arah jam kereta. Jam menceceah lapan setengah malam. Lamanya. Dia mengintai-intai dari cermin pandang belakang. Menoleh ke belakang. Tiada. Cermin tingkap kemudiannya dibuka. Kepalanya dikeluarkan dari kereta. Sebuah kereta Alphad telah mengambil alih parkir yang berdekatan dengan meja yang diduduki oleh Tengku Faiq dan sahabatnya. Pendangan Nur Aisya sedikit terlindung.

Huh! Tak jelas. Gelapnya cermin kereta Alphard belakang ni, dengusnya dalam hati. Mana Tengku Faiq ni?

Kelihatan kereta Alphard tadi mula meninggalkan parkir. Nur Aisya menoleh semula ke arah kedai makan tersebut. Tiada. Yang ada hanyalah lelaki muda yang dihampiri oleh Tengku Faiq tadi bersendirian. Nur Aisya tidak perasan, tindak tanduknya menjadi perhatian lelaki tersebut. Ligat dia berfikir. Nak telefon, nombor telefon Tengku Faiq pun dia tak pernah ada. Aduh! Dia mengeluh. Perutnya semakin rancak melagukan keroncong. Ulu hatinya dah mula sedikit pedih. Tahan. Terasa seperti mahu menangis pun ada.

Ada yang kena tidur dalam kereta sampai pagi jawabnya ni, keluhnya sendirian.

“Fuh! Sempat..” Tengku Faiq bersuara.

Syakir sedikit terkejut.

“Lamanya.”

“Sambung melabur.”

“Heh.. patutlah. Ingatkan menyapu bilik sembahyang resturan sana tu,” usik Syakir.

“Bagus kau sekarang ye. Sejak dah kahwin ni.”

“Banyak kau punya bagus. Jahat-jahat aku, aku tak macam kau. Semua kau harung, ikut suka kau aje.”

“Relakslah, Bro.”

“Muda-muda nilah nak enjoy puas-puas,” tambah Syakir lagi.

“Eh! Ko naik kereta apa?” tanya Syakir.

“Apa punya soalan kau tanya ni? Kereta akulah. Tu,” Tengku Faiq menunding ke arah keretanya di parkir.

Syaqir kehairanan. Kepalanya digaru tiba-tiba. Dia merenung-renung ke luar kedai. Tengku Faiq berpaling sekilas.

“Dahlah tu, Bro. Awek mana pula kau nak try ayat ni.”

Mata Syakir terbeliak. Wajah kawannya direnung. Kekeliruannya semakin menjadi-jadi. Kelihatan seorang gadis berjalan masuk ke dalam kedai. Wajahnya pucat. Syakir kaget.

Pedihnya CintaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang