KINI genaplah empat bulan usia perkahwinan mereka. Tengku Faiq juga hampir tiga bulan kembali menguruskan perniagaan keluarga. Syarikat yang dibangunkan bersama Syakir diserahkan kepada sahabat karibnya untuk diuruskan sepenuhnya. Bahagian syer yang dipegangnya di dalam syarikat tersebut telahpun dipindah kepada penama yang baru. Pada mulanya dia membantah keras permintaan yang dibuat oleh keluarganya. Permintaan yang diusulkan setelah genap seminggu dia berkahwin dengan Nur Aisya iaitu menguruskan perniagaan warisan keluarganya. Atas sebab amarah itu jugalah dahi Nur Aisya terluka olehnya suatu ketika dahulu. Kini segala-galanya telah berubah. Dia memikul amanah agak berat dan kepercayaan yang amat tinggi dari keluarganya. Pergaulannya menjadi sedikit terbatas diatas perlantikan tersebut demi menjaga nama baik keluarga dan syarikat. Nur Aisya pula telah berjaya menamatkan penyelidikannya. Namun dia telah ditawarkan kerja oleh pensyarahnya sementara menunggu hari untuk Viva sebelum dibenarkan bergraduat. Dengan keizinan suaminyam dia kembali ke kampus sebagai seorang pembantu penyelidik. Kalau dah terima tawaran kerja dari mana-mana nanti, barulah dia mohon berhenti. Setidak-tidaknya dapatlah dia mengisi masa yang ada disamping menimba sedikit pengalaman kerja dan sedikit imbuhan dari ketua projeknya.
Perhubungan Nur Aisya dan Tengku Faiq masih lagi seperti dahulu. Masing-masing sibuk dengan tugasan masing-masing. Perkahwinan yang dibina berlandaskan hubungan berjarak jauh itu, tidak pula layu ditengah jalan. Sekiranya tiada halangan atau punya masa terluang, Nur Aisya akan pulang ke Penang setiap dua minggu dengan keizinan suaminya. Tengku Faiq pula masih lagi membuat hubungan dengan kekasih lamanya, Melissa. Malah hubungan mereka lebih akrab berbanding dulu. Sejak peristiwa di Kuching, Nur Aisya benar-benar membawa haluannya. Hatinya bagaikan diletakkan dalam peti pembeku. Tak rosak, juga tidaklah sesegar mana. Segala perhatiannya lebih ditumpukan pada kerja. Tanggungjawabnya sebagai suri tak diundang buat Tengku Faiq tidak pernah sekali diabaikan jika dia pulang ke Penang. Setiap kali berada di sana, dia pandai mengelak dari selalu bertentangan mata dengan lelaki itu. Dia kini lebih pendiam berbanding dulu. Niatnya bukan apa, cuma tak mahu situasi keruh bertandang lagi dalam rumahtangganya. Biarlah tetang tak bergelora macam dulu-dulu. Tak ada siapa yang marah-marah, juga tak ada sesiapa pun yang bisa sakit hati. Yang penting, pandai jaga diri. Maruah keluarga menjadi tonggak utama dalam hidupnya.
***********************
“Hai Dear!”
Tengku Faiq benar-benar terkejut melihat kemunculan Melissa di pejabatnya. Bidai pada dinding cermin dibiliknya segera ditutup. Melissa ditarik masuk dengan serta merta. Pintu biliknya dikatup rapat.
“Apasal you datang sini? I kan dah pesan, apa-apahal datang apartment I. Jangan datang office,” keluh Tengku Faiq.
“Alah you ni, datang office pun takkan tak boleh. I bukannya nak buat apa-apa pun kat sini. I missed youlah, Dear,” terang Lissa manja.
“Lissa, office is office okay. Hal personal kita cerita kat rumah. I tak suka you angkut semua tu, bawa datang sini,” sambung Tengku Faiq lagi.
“Dah berapa hari you tak datang jenguk I? Telefon pun tak. Panggilan I pun you tak jawab. Nak tunggu return call, jangan haraplah. Jauh panggang dari api.”
“Ni yang tutup-tutup segala bagai ni, kenapa? Perempuan tu ada sini ker? You memang suka mengadap perempuan kampung tu dua puluh empat jam kan?” soal Lissa lagi.
“Lissa.. Apa yang you mengarut ni? Tolong kawal sikit emosi you tu okey. I banyak kerjalah. Membebel sana sini. Peninglah,” rungut Tengku Faiq.
KAMU SEDANG MEMBACA
Pedihnya Cinta
RomanceNur Aisya Irdina Ilham. Itulah namaku. Nama yang menjadi pilihan ayah dan ibu buat puteri tunggal kesayangan mereka yang teramat comel orangnya ini. Sejak detik itu, aku sah menjadi isteri orang. Isteri kepada cucu teman rapat arwah nenekku, Tengku...