SEJAK pukul sembilan pagi lagi ramai jiran tetangga yang datang. Beberapa petak khemah telah dipasang di halaman depan. Sebiji khemah masak juga di pasang di bahagian tepi rumah. Kaum ibu sedang sibuk memotang cili, bawang dan sayur-sayuran di bangsal tepi. Ada diantaranya sempat bergosip sambil bekerja. Manakala di bangsal belakang pula kelihatan kaum lelaki sibuk memotong dan membersihkan ayam dan daging. Kanak-kanaklah yang kelihatannya paling gembira pada waktu begini. Nur Aisya sedikit terkejut. Menurut Ayah dan Ibu, kendurinya cuma ala kadar sahaja. Ini sudah lebih ni, rungut Nur Aisya. Dari borak Ayah Derus, seekor lembu ditumbangkan semalam. Empat puluh ekor ayam ditempah untuk di buat masak merah. Beberapa puluh kilo beras dicuci untuk dibuat nasi minyak. Kata Ayah Deris pula, lembu tu dagingnya untuk di buat masak kurma dan dalca. Manakala tulangnya akan di buat masak kuning oleh Pak Atan macam menu kenduri kebanyakan orang di Negeri Sembilan. Itu dia penangan air tangan Pak Atan sebagai ketua tukang masak. Pak Atan lama merantau di Port Dickson semasa bertugas dengan gomen dulu. Dia kembali ke kampung halaman setelah berpencen, macam ayah juga. Kata Mak Odah, kaum ibu sibuk mempersiapkan bahan-bahan untuk membuat acar. Menurut kata Abang Long kepada Nur Aisya, jemputan hanya terdiri daripada saudara mara dan jiran-jiran sekampung. Belum masuk kawan-kawan Nur Aisya sendiri, kawan-kawan Arman dan juga sahabat rapat Ayah dan Ibu.
Fuh! Kalau kenduri betul-betul, mau rabak poketlah jawabnya. Monolog Nur Aisya dalam diri.
Sempat juga dia mencuri-curi pandang perlakuan si suami. Dia risau sekiranya Tengku Faiq tak selesa dengan suasana tersebut. Dari pemerhatiannya, Tengku Faiq kelihatan bersahaja. Tengku Faiq tersedar dirinya diperhati. Nur Aisya dihampiri di serambi. Dia duduk di tangga berdepan dengan Nur Aisya.
“Kau kata kenduri kecil aje,” soal Tengku Faiq.
“Mana nak tahu. Diorang yang kata macam tu,” balas Nur Aisya.
“Kalau macam ni punya gaya, kahwin lagi sekali pun boleh,” sambung Nur Aisya lagi.
“Ada bawa baju melayu aku ke tak?” soal Tengku Faiq kerisauan, menoleh memandang Nur Aisya..
“Jangan risaulah, Bos. Dah namanya kendurikan, mestilah ada,” Nur Aisya menjawab sambil kenyit mata.
Berani budak ni. Suka suki jer kenyit mata kat aku, bisik Tengku Faiq. Dia sedikit lega mendengarkan jawapan daripada Nur Aisya. Beberapa remaja mula sibuk menyusun meja dan kerusi di bawah khemah. Tengku Faiq bangun dan turut serta. Nur Aisya pula masuk ke dalam. Dia kebelakang untuk melihat situasi di dapur.
Sebelum Zohor semua hidangan telah selesai di masak. Tinggal nak hidang saja, kedengaran Mak Yam jiran sebelah rumah berceloteh sebentar tadi. Cikgu Maisara mengamit anak bongsunya dari bawah kemah masak. Nur Aisya segera menghampiri ibunya. Nur Aisya mengangguk faham. Beberapa orang wanita kelihatan sedang bersiap untuk menyediakan dulang hidangan. Nur Aisya masuk ke rumah semula. Dia berlalu ke serambi. Mencari-cari. Tengku Faiq kelihatannya sedang berbual-bual dengan beberapa orang pemuda sebayanya di kemah makan. Tengku Faiq digamit daripada jauh. Segera anak muda itu mendapatkan Nur Aisya.
“Ibu kata lepas Zohor nanti, orang masjid akan mula datang. Baca yassin dan doa selamat sikit. Lepas tu baru jamuan makan.”
“Baju melayu awak, Aisya dah gantung tepi almari baju ye,” terang Nur Aisya lagi.
Tengku Faiq sekilas melirik pada jam ditangannya. Kemudian dia terus naik ke rumah, menuju ke bilik. Kelihatan sepasang baju melayu putih tergantung di tepi almari. Dahinya sedikit berkerut. Dia segera keluar mendapatkan Nur Aisya yang masih ada di ruangan tengah rumah.
“Aisya..”
Nur Aisya segera mendapatkan suaminya.
“Takkan baju melayu putih tu. Baju melayu lain tak ada ke?” bisik Tengku Faiq di tepi telinga Nur Aisya.
KAMU SEDANG MEMBACA
Pedihnya Cinta
RomanceNur Aisya Irdina Ilham. Itulah namaku. Nama yang menjadi pilihan ayah dan ibu buat puteri tunggal kesayangan mereka yang teramat comel orangnya ini. Sejak detik itu, aku sah menjadi isteri orang. Isteri kepada cucu teman rapat arwah nenekku, Tengku...