BAB 19 - Cemburu Versus Surprise

271 7 0
                                    

“AWAK panggil Aisya?”

“Hurm.. Jom.”

“Jom pegi mana?” soal Nur Aisya.

“Ikut sajalah. Jangan banyak tanya,” Tengku Faiq mengheret Nur Aisya keluar dari rumah. Mereka berjalan ke arah garaj.

“Ohh.. Aisya tau. Ni mesti nak suruh Aisya cucikan kereta kan?” kata Nur Aisya menyengih.

“Jahanamlah kereta aku kalau aku suruh kau tolong basuh,” terang Tengku Faiq sinis.

“Hish! Berlagak. Kalau dah macam tu, buat apa tarik-tarik Aisya ke mari? Buang masa Aisya aje tau. Banyak lagi kerja yang Aisya boleh buat kat dapur tu.”

“Jangan banyak membebel boleh tak? Saya belum habis cakap lagi.”

“Yerlah.. yerlah..” jawab Nur Aisya masam.

Kejap beraku, kejap bersaya.. Hish! Tak paham betullah angin Mamat ni. Ikut suka dia ajer. Tersasullahtu kan.. kan..kan.. Apa-apalah labu..

“Nah! Kalau nak jahamkan pun, jahanamkan kereta sendiri,” terang Tengku Faiq sambil metetakkan segugus kunci di dalam telapak tangan Nur Aisya.

“Ehh! Apa pulak. Aisya mana ader kereta.”

“Kalau setakat renew lesen jer tiap- tiap tahun, buat apa? Membazir aje tau. Baik tak payah ada lesen. Alang-alang dah ada lesen tu, pandu ajelah,” balas Tengku Faiq sambil membuka serkup berwarna perak yang menutupi sebuah kereta yang diparkir bersebelahan dengan keretanya.

“Tarraaa! Untuk kau. Nak buat apa pun dengan kereta ni, buatlah. Aku tak kisah. Tapi kereta aku jangan sekali-kali usik, okey,” terang Tengku Faiq menyengih.

Nur Aisya terlopong memandang sebuah kereta Honda model CRV berwarna putih di hadapannya. Dia menelan air liur dan sekali lagi melopong melihatkan kereta tersebut. Tengku Faiq menepuk kepala Nur Aisya dan menolak pula dagu isterinya beberapa kali sebelum sempat si isteri menepuk-nepuk dagu sendiri.

“Tutup sikit mulut tu. Nanti masuk lalat,” tegur Tengku Faiq lagi.

Apabila melihatkan Nur Aisya diam kaku. Tengku Faiq bersuara lagi.

“Kenapa? Tak suka ker yang ini?” soalnya sambil memandang wajah Nur Aisya.

“Atau tak suka kaler ni?” soal Tengku Faiq lagi.

“Hey! Aku tanya ni,” jerkah Tengku Faiq memeranjatkan Nur Aisya yang terleka.

“Bukan Aisya tak suka. Suka. Putih pun Aisya suka. Tapi…” Nur Aisya menggaru-garu kepalanya.
“Tapi apa?” soal Tengku Faiq.

“Aisya dah lama tak memandu. Macam tak beranilah pula. Kereta ni besar sangat. Kot iya pun, yang kecil sikit tak ada ker?”

Terkekeh-kekeh Tengku Faiq tertawa.

“Dah besar panjang macam ni pun penakut. Awak tuh bukannya kenit macam budak Akademi Fantasia si Mila Jirin tuh, Cik Puan Aisya oii. Okeylah ni. Bukan besar mana pun.”

“Gedabak besar ni.”

“Dah tu nak kecik macam mana? Jazz?” soal Tengku Faiq inginkan kepastian.

“Macam mana?” soal Tengku Faiq lagi. Serius.

“Macam…” ligat kepala otak Nur Aisya berfikir, membayangkan kereta yang paling kecil dan mudah untuknya.

“Macam mana?” Nur Aisya dijerkah sekali lagi.

“Macam Viva ker…” balas Nur Aisya sambil mengurut-ngurut dadanya.

Pedihnya CintaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang