PINTU pagar utama dibuka. Masuk sebuah kereta Mercedes Compressor bewarna perak. Datin Farida kelihatan begitu gembira sekali. Engku Najehah juga ada bersama. Seorang gadis anggun bertubuh tinggi lampai turun dari kereta tersebut. Wajahnya mirip Asmirandah, seorang pelakon Indonesia. Anggun dan bergaya orangnya.
“Assalamualaikum,” gadis itu memberikan salam.
“Waalaikumussalam. Jemput masuk Meen,” ajak Datin Farida.
Tetamu yang datang lantas dijemput masuk ke rumah.
“Wah! Auntie makin cantiklah. Angun bergaya lagi,” usik gadis tersebut menghulur salam dalam gaya yang ramah sekali kelihatannya.
Datin Farida menyambutnya. Jasmeen dipeluk dan dicium berkali-kali. Pandangannya beralih pula kepada Engku Najehah. Wanita tua itu dihampiri. Mereka bersalaman. Bersambut salamnya. Seketika mereka bertiga rancak berbual.
“Senyap je Auntie, Kak Anis tak ada ker?” soal Jasmeen.
“Ada. Tapi dia dan famili keluar tadi, yang ada pun Faiq sorang ajelah,” terang Datin Farida.
“Faiq? Faiq ada kat sini? Bukan ke dia tinggal sendiri?” soal Jasmeen pelik.
“Rumah dia tengah diubahsuai, Buat sementara ni, dia tinggal kat sini dulu,” sampuk Engku Najehah.
“Oh ya. Lama sangat tak jumpa, tak tau pula dia ada di sini,” jawab Jasmeen.
“Sekejap yer, Meen. Auntie panggilkan Faiq,” kata Datin Farida sambil berlalu.
Jasmeen berbual-bual dengan Engku Najehah di ruang tamu utama. Seronok benar mereka bercerita. Adat menerima tetamu, takkanlah tak dilayan dengan baik oleh Engku Najehah. Dalam diam, Jasmeen cuba mengambil hati orang tua itu. Engku Najehah senang dengan keramahan Jasmeen kini berbanding dulu. Dulu, Jasmeen merupakan seorang gadis lincah yang tak tahu nak hormat akan orang tua. Namun kini, gadis itu lebih matang dan lebih manis keterampilannya. Sifat kewanitaannya juga semakin terserlah.
Tuk! Tuk! Tuk!
Pintu kayu yang dipalu dengan belakang tangan sejak tadi pun terbuka. Tengku Faiq berdiri di muka pintu. Datin Farida tersenyum lebar.
“Jom turun. Meen dah sampai,” Datin Farida memberitahu anaknya.
“Sampai?” soal Tengku Faiq terkesima.
“Jasmeen. Dia dah sampai,” terang Datin Farida.
Sruppp! Darah menyirap ke serata muka Tengku Faiq. Syarifah Jasmeen. Haruskah dia ketawa gembira disaat ini. Dia sendiri pun keliru.
“Jom! Dah lama dia tunggu tu,” ajak Datin Farida.
“Mama turunlah dulu. Sekejap lagi Faiq menyusul,” ujar Tengku Faiq ragu-ragu.
Datin Farida akur akan permintaan anak lelakinya itu. Dia segera berlalu. Riang benar rasa hatinya bila dapat mempertemukan Tengku Faiq dengan bekas kekasih hati anak muda itu. Manakala Tengku Faiq mengeluh. Jiwanya berdebar-debar. Peluh dinginnya seperti mahu memercik keluar. Jari jemarinya seolah-olah mula menyejuk. Dia mengambil nafas. Berjalan turun perlahan-lahan. Sesusuk tubuh yang duduk bersama sama Mama dan Nendanya terus diperhati semasa melangkah dari satu anak tangga ke anak tangga yang lain. Namun begitu, langkahnya dihentikan pada anak tangga yang terakhir. Jasmeen yang sedang asyik bercerita, berhenti berbicara tatkala menyedari ada sepasang mata yang sedang merenungnya jauh. Pandangannya beralih. Seorang pemuda yang berseluar bermuda coklat cair dan berbaju T jenama Polo Ralph Lauren putih direnung tajam. Masih sesegak seperti dahulu. Malah, lebih matang dan bergaya penampilan anak muda yang masih tercegat di tangga itu berbanding dulu. Hati Jasmen bergendang memainkan lagu rindu. Mata bertentang mata. Lidah pun kelu tanpa berkata-kata.
KAMU SEDANG MEMBACA
Pedihnya Cinta
RomanceNur Aisya Irdina Ilham. Itulah namaku. Nama yang menjadi pilihan ayah dan ibu buat puteri tunggal kesayangan mereka yang teramat comel orangnya ini. Sejak detik itu, aku sah menjadi isteri orang. Isteri kepada cucu teman rapat arwah nenekku, Tengku...