NUR AISYA duduk di birai katil. Surat pada tangannya direnung lama. Segala yang diimpikan selama ini telah pun tercapai akhirnya. Dia lulus dan dibenarkan bergraduat. Dulu, dia pernah dianugerahi ijazah sarjana muda dari sebuah institut pengajian tinggi awam di semenanjung tahanair. Kini, dia berjaya memperoleh ijazah sarjana dari sebuah lagi universiti tempatan dalam pengkhususan bidang yang sama.
"Assalamualaikum."
"Hello. Ibu ke ni?"
"Ini Cha ni, Bu.
"Bu, ayah ada?"
"Hurmm.. Masjid. Bu, Cha nak bagi tau sesuatu ni," sambung Nur Aisya dalam nada yang riang.
"Hari tu, Cha ada bagi tau ibu yang Cha dah lulus kan?"
"Haah. Baru-baru ni, Cha ada terima surat bergraduat, Bu. Ermm.. ibu dengan ayah datang yer pada hari konvokesyen Cha tu nanti," cerita Nur Aisya.
"25 Oktober depan. Bolehkan, Bu? Nanti Cha balik ambil Ibu dengan Ayah," terang Nur Aisya lagi.
"Huh! Tak boleh?
"Ibu dan Ayah belum balik lagi? Laa.. Macammana Cha boleh lupa ni?"
"Iya? 4 November nanti baru tiba?" Nur Aisya terdiam. Hilang ceria pada wajahnya.
"Iya, Bu. Cha ada ni. Dengar."
"Tak apa. Cha faham. Ibadah lebih utama."
"Faham. Hemm.." gadis itu cuba mengubat hatinya sendiri. Matanya dikelipkan beberapa kali.
"Abang?"
"Abang sihat jer. Nanti Cha ajak Abanglah teman."
"Ermm.. Terima kasih, Bu."
"Okey, Bu. Sayang, Ibu. Sayang ayah juga. Sampaikan salam Cha pada ayah yer, Bu," ujar Nur Aisya sambil menyapu hujung matanya dengan telunjuk kiri.
"Salam Aidilfitri, Bu. Assalamualaikum.."
Talian diputuskan. Nur Aisya bermenung. Dalam suasana ria Aidilfitri yang masih bersisa, dia diangerahi Allah akan sebuah lagi kejayaan. Dia amat-amat bersyukur ke hadrat Ilahi atas kurniaannya itu. Walaupun ianya bakal disambut tanpa iringan ibu dan Ayah, Nur Aisya menerimanya dengan hati terbuka. Kedua-dua matanya dipejamkan lalu tergambarlah saat-saat manis semasa berhari raya di kampung beberapa minggu yang lalu.
Saat-saat yang mana Tengku Faiq terasa amat rapat sekali di hatinya. Saaat-saat yang mana dia merasakan bagaikan menerima sebuah hadiah yang terhebat sepanjang perkahwinan mereka. Saat-saat manis pada pagi hari raya pertama yang mana dia berkesempatan untuk memohon ampun dan maaf buat pertama kali sebagai seorang isteri buat lelaki yang bernama Tengku Faiq. Saat-saat dimana sikap suaminya yang hampir-hampir sembilan puluh peratus berbeza dari hari-hari sebelumnya. Lebih mesra gitu. Lebih memahami, juga lebih penyayang kelihatannya.
Lelaki itu lebih serius dalam senyumannya. Lelaki itu lebih ikhlas melalui renungan anak matanya. Lelaki itu lebih jujur dalam menuturkan kata-katanya. Lelaki itu lebih amanah dalam menjaga kebajikan dirinya. Semuanya berubah. Bagaikan magis dalam teater khayalan zaman kanak-kanak.
Pada hari yang mulia itu juga, hatinya bagaikan telah terpaut pada lelaki poyo yang pernah diumpat dalam hatinya. Matanya bagaikan terpegun melihatkan Tengku Faiq yang kelihatan amat selesa sekali berada dalam keluarganya. Menjadi seorang Tengku Faiq yang bisa mengembirakan hati kedua orang tuanya. Mindanya bagaikan telah disihir oleh cinta seorang yang bergelar suami.
Melayang-layang mindanya menerawang. Leka.
"Aisya .." sapaan itu mematikan lamunan yang bermain-main di minda Nur Aisya. Dia kemudiannya berpaling mengikut arah suara yang menyapa. Terkebil-kebil matanya memerhati sesusuk tubuh yang bersandar pada bingkai pintu.
KAMU SEDANG MEMBACA
Pedihnya Cinta
RomanceNur Aisya Irdina Ilham. Itulah namaku. Nama yang menjadi pilihan ayah dan ibu buat puteri tunggal kesayangan mereka yang teramat comel orangnya ini. Sejak detik itu, aku sah menjadi isteri orang. Isteri kepada cucu teman rapat arwah nenekku, Tengku...