𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 𝟏

645 18 2
                                    

"Hyung, Minnie pergi kerja dulu ya!" Laung Seungmin pada Hyunjin yang sedang bersiap untuk berangkat pergi kerja juga."Tunggu hyung.Hyung hantar Minnie sekali!" Hyunjin yang sedang membetulkan rambutnya dan segera menuju ke arah adiknya, Seungmin.Seungmin dan Hyunjin adik beradik seibu lain ayah.Pada perawalan nya, ibu mereka berkahwin dengan ayah Hyunjin dan ayah Hyunjin mati kerana sakit serangan jantung sewaktu Hyunjin berumur satu tahun.Pada ketika itu juga lah ibu Hyunjin berkahwin dengan ayah Seungmin.Ibu Hyunjin melahirkan Seungmin setelah genap 2 tahun perkahwinan bersama ayah Seungmin.Tragedi kemalangan kereta menyebabkan ibu mereka dan ayah Seungmin maut berlaku sewaktu Hyunjin berumur 18 dan Seungmin pula berumur 16 tahun.Mereka berdua sudah tiada sesiapa di dunia melainkan sesama sendiri.Walaupun Seungmin dan Hyunjin hanya adik beradik seibu bukan sebapa, mereka berdua sangat saling menyangi antara satu sama lain.

"Ishh..lambat lah hyung ni mengalahkan perempuan." Seungmin menyerabaikan rambut Hyunjin.Hyunjin mencebik dan membetulkan rambutnya semula.Seungmin tergelak kecil melihat wajah abangnya itu.Seusai itu, mereka berdua memasuki ke dalam perut kereta dan Hyunjin menghantar Seungmin ke cafe tempat kerja adiknya.

Sunset Cafe.

"Take care my baby." Hyunjin mencium dahi Seungmin."Eww.. I'm not your baby.Okay, bye!" Seungmin menolak dahi Hyunjin dan terus keluar dari kereta.Hyunjin hanya tersengih kecil dan menggelengkan kepalanya melihat sikap adiknya itu.Seungmin melambai tangan ke arah Hyunjin.Hyunjin membalas lambaian Seungmin, lalu kereta yang dipandu oleh Hyunjin secara perlahan hilang dari pandangan Seungmin.Hyunjin segera menuju ke tempat kerjanya.

Seungmin memulakan kerjanya sebagai barista di cafe itu.Setelah banyak order yang dia buat, Seungmin duduk berehat sebentar dengan latte caramel yang dia buat tadi.Sedang menikmati latte caramel nya itu, matanya tertumpu pada sepasang kekasih sedang bermesraan.Terlihat juga salah seorang lelaki itu menghulur sebentuk cincin berlian pada kekasih nya itu.'Wahh..untungnya dia..mesti lelaki yang sorang lagi tu kaya.' Monolog Seungmin sambil melihat pasangan kekasih itu.

"Han Jisung, do you want to marry me?" Ucap Minho pada Jisung sambil menghulur sebentuk cincin berlian pada Jisung.Jisung sangat terharu dengan lamaran Minho terhadapnya.Baru sahaja Jisung mahu membalas, telefon nya berbunyi tanda ada orang menelefonnya."Sayang, I jawab telefon sekejap ya." Ujar Jisung.Minho hanya angguk.Jisung pergi jauh dari Minho agar Minho tidak mendengarnya menjawab telefon.Jisung mengeluh pelan sebelum menjawab panggilan telefon tersebut.

"Apa dia appa?"
"Boyfriend kau tu dah lamar kau ke belum?"
"Minho tengah lamar Sung lah ni..Sung sedaya upaya yakinkan yang Minho akan berkahwin dengan Sung.Lagipun Minho sangat cintakan Sung.Sung tahu yang appa tak sabar nak duit Minho kan?"
"Ishh..apa-apa je lah..asalkan aku nak 5 juta sebelum seminggu ni.Kalau tak, aku jual badan kau.Kau jangan main-main dengan aku Han Jisung.Kau anak aku, aku boleh buat apa-apa sahaja dekat kau."
"Okay-okay..Sung cuba meraih simpati Minho..appa.."

Belum sempat Jisung melanjutkan kata-katanya, appa nya terus memutuskan panggilan."Ishh..orang tua ni memang tak sabar-sabar." Jisung merengus geram dan kembali kepuraannya pada Minho dengan wajah sugul."Gwenchana?" Soal Minho."Aaa..sayang." Jisung mengenggam tangan Minho."Ya dear? Any problems?" Minho melihat wajah Jisung."Aaa..I nak berterus terang pada you." Kata Jisung dengan perasaan resah gelisah."Go ahead." Minho hanya senyum dan angguk.

"What?! 5 juta!?" Minho sangat terkejut mendengar luahan sebenar dari Jisung.Jisung hanya angguk pelan."Okay..I boleh bagi 5 juta tu.Tapi bukan sekarang.Kalau you betul-betul nak kahwin dengan I, lusa I bawa you jumpa parents I dan kita akan tetapkan tarikh kahwin kita sebelum seminggu ni.Dan I akan bagi 5 juta tu sendiri pada appa you.Okay?" Minho cuba menenangkan Jisung."Thank you so much sayang.I love you." Jisung mencium pipi Minho dengan senyuman manis.'Kau memang bodoh Lee Minho.' Dalam senyuman manis Jisung terselit senyuman sinis nya.

Bersambung.

Thanks for reading.Mint sangat hargai sesiapa yang baca hasil karya Mint.Lepas baca tu, jangan lah segan silu tekan vote dan comment juga ya..

Hemm..readers mesti tunggu scene 2Min right? Tunggu next chapter ya.

Mint check out!

One Night | 2MinWhere stories live. Discover now