𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 𝟖

387 16 0
                                    

Dua hari kemudian.

Seungmin masih dikurung oleh Minho di dalam bilik hotel Minho.Seungmin tidak dapat melarikan diri kerana orang bawahan Minho mengawal ketat di luar bilik.Kalau dia jerit atau cuba melarikan diri, orang bawahan Minho akan melakukan kekerasan terhadapnya. Seungmin tidak mahu perkara itu terjadi.Telefonnya pula diambil oleh Minho.Seungmin termundar-mandir di dalam bilik itu.Ketika itu Minho sedang ada mesyuarat di luar.Tiba-tiba Seungmin terlihat pisau pemotong di atas meja.Seungmin mengambil pisau itu dan duduk di atas sofa yang menghadap ke arah tingkap.

Minho yang sudah pulang senyum melihat Seungmin duduk diam di atas sofa."Seungmin..saya dah balik..saya ada bawa makanan.." Baru sahaja Minho mahu datang memeluk Seungmin, Seungmin bangun dan meletakkan pisau pemotong itu pada lehernya.

"Jangan dekat." Ugut Seungmin sambil mengundurkan badannya ke belakang."Seungmin..bawak bertenang..letak pisau tu jauh-jauh." Minho cuba menenangkan Seungmin dan mahu menghampirinya."Aku kata jangan dekat!" Seungmin yang tidak terkawal menghiris lengan Minho dengan pisau itu.Minho menahan sakit pada lengannya."Kau kena bawa aku balik Korea sekarang! Kalau tak, sama ada kau atau aku yang akan mati harini.Aku lebih rela mati daripada duduk dekat sini dengan kau." Seungmin bersuara lantang pada Minho."Seungmin..maafkan saya. Okay, saya janji esok saya bawa awak balik ke Korea semula." Pujuk Minho dan cuba sekali lagi menghampiri Seungmin."Aku nak balik sekarang!" Seungmin menekan pisau itu ke lehernya pula.Terdapat leher Seungmin sudah berdarah."Okay! Kita balik Korea sekarang." Minho panik dan terpaksa akur dengan permintaan Seungmin.Minho tidak mahu melihat Seungmin mencederakan dirinya sendiri.

Seoul Airport, South Korea.

Seungmin yang berjalan laju mahu balik ke rumahnya tangannya ditahan oleh Minho."Lepaslah!" Jerit Seungmin dengan kuat sambil melepaskan kasar tangannya dari tangan Minho."Okay-okay..jangan jerit.Tapi saya hantar awak balik ya." Minho cuba menenangkan Seungmin."Tak payah.Aku boleh naik teksi sendiri.Nanti kalau kau tahu rumah aku, lagi senang kau nak culik aku kan? Kau fikir aku hamba kau ke? Dengan duit, kau boleh buat apa-apa sahaja." Seungmin terus pergi meninggalkan Minho dan menaiki teksi.Minho hanya melihat Seungmin pergi meninggalkannya.Entah mengapa hatinya berasa sakit apabila melihat Seungmin pergi darinya.

Rumah Seungmin & Hyunjin.

"Hyung, Minnie dah balik." Kata Seungmin sejurus masuk ke dalam rumahnya.Hyunjin yang sedang berada dalam biliknya terus berlari menuju adiknya.

"Minnie okay? Hyung risau dah berkali-kali hyung call Minnie, tapi Minnie tak jawab panggilan hyung." Soal Hyunjin risau sambil memegang kedua tangan Seungmin."Minnie okay hyung..hemm, Minnie penat. Minnie masuk bilik dulu ya." Baru sahaja Seungmin mahu masuk ke dalam biliknya, Hyunjin baru perasan yang leher Seungmin ditampal patch luka."Minnie, kenapa leher Minnie luka?" Soal Hyunjin sambil menunjuk luka di leher Seungmin."Aaa..takde apa.Minnie penat ni hyung.Minnie masuk bilik dulu ya." Elak Seungmin dan terus masuk ke dalam biliknya.

Malam itu.

Seungmin yang berada dalam bilik tidak keluar sejak pulang tadi menangis pelan dan teringat kejadian yang terjadi di China.Hyunjin yang berasa bimbang akan keadaan adiknya itu."Minnie, Minnie okay ke tu? Minnie belum makan sejak tengahari Minnie balik.Jomlah kita makan sekali." Hyunjin mengetuk pintu bilik Seungmin dengan lembut."Takpe hyung! Minnie takde selera." Laung Seungmin dari dalam bilik."Alaa, kalau Minnie takde selera, hyung pun takde selera lah.Hyung taknak makan." Hyunjin yang baru sahaja berpaling dari bilik Seungmin, Seungmin sudah muncul dan laju menuju meja makan."Okay, jom makan." Ajak Seungmin yang sudah duduk di atas kerusi meja makan.Hyunjin hanya tersengih kecil melihat Seungmin.Hyunjin perasan yang mata Seungmin agak sembap seperti baru lepas nangis."Minnie.." Panggil Hyunjin."Ya hyung?" Sahut Seungmin tidak mahu bertentang mata dengan Hyunjin."Minnie okay tak sebenarnya ni? Sejak Minnie balik dari China ni, Minnie jadi lain.Minnie okay ke? Ataupun ada apa-apa terjadi dekat sana? Bagitahu hyung." Hyunjin memegang tangan Seungmin dengan lembut."Tak..takde apa yang terjadi.Tapi Minnie ada berita baik nak bagitahu hyung.Minnie dah dapat duit untuk kos pembedahan dan rawatan hyung." Seungmin cuba menukar topik dan senyum segaris melihat Hyunjin."Mana Minnie dapat duit? Bukan pinjaman Minnie ditolak?" Soal Hyunjin."Aaa..pinjaman Minnie dah diluluskan.Esok Minnie keluarkan duit dekat bank dan kita akan percepatkan pembedahan hyung.Okay?" Seungmin memeluk Hyunjin dengan erat.Air mata Seungmin mengalir pelan.Hyunjin mengusap belakang Seungmin dengan pelan dan lembut.'Maafkan Minnie hyung..Minnie terpaksa.Minnie sayang hyung.' Monolog hati Seungmin.

Keesokkan hari.
Leeknow Holdings.

Minho melihat bilik kerja Seungmin masih kosong.Minho bertanya pada setiausaha nya, Jihyo."Jihyo, Seungmin tak masuk kerja ke harini?" Tanya Minho pada Jihyo."Ohh, dia ada mesej saya minta tolong maklumkan pada tuan Minho yang dia akan ambil cuti 5 hari." Balas Jihyo."Okay baik." Minho yang mendengar balasan dari Jihyo mula mahu naik angin dan terus masuk ke dalam bilik kerjanya."Tak guna Kim Seungmin! Kau dah dapat duit dari aku, sekarang kau pergi habiskan duit lah kan? Pastu dah habis duit yang aku dah bagi tu, kau akan datang merayu minta duit balik kan? Macam aku tak tahu perangai orang macam kau Kim Seungmin." Minho berang dan menghentak mejanya dengan kuat.

-------

Setelah Seungmin mengeluarkan duit di bank yang ditransfer oleh Minho, Seungmin pulang ke rumah dan bersiap mahu membawa Hyunjin ke hospital.

Jangshin Hospital.

"Takpe ke Minnie cuti teman hyung?" Soal Hyunjin yang sudah baring atas katil wad hospital."Tak usah hiraukan Minnie..sekarang ni Minnie akan teman hyung sampai hyung dah boleh keluar hospital." Seungmin mencuit hidung Hyunjin.Hyunjin hanya angguk dan senyum."Doktor bagitahu Minnie yang petang ni akan terus menjalani pembedahan hyung.Hyung sentiasa kuat ya..Minnie selalu ada dengan hyung." Seungmin mencium dahi Hyunjin dengan lembut."Maafkan hyung kerana susahkan.." Belum sempat Hyunjin melanjutkan perkataannya, Seungmin mencelah."Dah hyung.Hyung tak susahkan Minnie dan Minnie sayangkan hyung.Hyung satu-satunya abang dan keluarga yang Minnie ada walaupun kita berbeza ayah.Minnie taknak dengar lagi yang hyung susahkan Minnie.Okay?" Seungmin membelai lembut rambut Hyunjin.Hyunjin hanya menangguk pelan.

Bersambung.

Sebab dah lama tak update, Mint harini belanja double chap.Harap anda semua suka.Bubye! Jumpa di next chapter

Mint check out!

One Night | 2MinWhere stories live. Discover now