𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 𝟐𝟐

257 11 1
                                    

Seungmin dan Minho saling bertatap mata seketika.Tiba-tiba Seungmin teringat kejadian pada malam Minho bersama Jisung itu.Hati Seungmin terasa sakit apabila teringat kejadian itu.Seungmin terus mahu masuk ke dalam perut kereta dan mengabaikan Minho yang berdiri di hadapan nya tetapi Minho menahan lengan nya.

"Seungmin..Saya rindukan awak.." Ucap Minho."Maaf, saya tak kenal awak." Seungmin menepis tangan Minho lalu masuk ke dalam perut kereta dan bersedia untuk pergi tetapi sekali lagi makhluk yang bernama Lee Minho itu menggangu nya dengan memasuki ke dalam perut kereta Seungmin di bahagian penumpang."Saya bukan driver awak.Sila keluar." Arah Seungmin dengan tatapan tajam di cermin pandang belakang."Okay baik." Balas Minho.Bukan malah keluar, tapi dia melangkah ke arah tempat duduk di sebelah Seungmin lalu mengenyit sebelah mata sambil senyum ke arah Seungmin.Seungmin dengan perasaan geram dan tidak puas hati terus menukar gear dan bergerak ke arah rumahnya.

Sesampai sahaja di sebuah taman perumahan iaitu rumah Seungmin, Seungmin mengeluarkan barang-barang yang dibelinya tadi dan mahu membawanya masuk ke dalam rumah."Biar saya tolong awak." Ujar Minho sambil mahu mengambil barang-barang yang terdapat di bonet kereta."Tak payah.Saya boleh bawa." Seungmin menolak sedikit tubuh Minho ke tepi, tetapi Minho tetap juga mahu membawa barang-barang yang dibeli oleh Seungmin ke dalam rumah lelaki itu.Seungmin hanya mengeluh kasar dan membuka kunci pintu rumahnya.'Comel.' Minho hanya tersenyum kecil melihat Seungmin.
"Ohh..Minnie dah balik..Eh, Minho..?" Hyunjin yang baru turun dari tingkat atas melihat Minho bersama Seungmin."Ya saya Minho." Minho mengukir senyuman manis pada Hyunjin."Hyung, Minnie naik dulu ya." Seungmin terus mendaki tangga menuju ke arah atas iaitu biliknya.Hyunjin menggeleng-geleng kepala melihat sikap adiknya itu.
Minho hanya memandang Seungmin dengan sayu.

Seungmin masuk ke dalam bilik nya dengan air mata yang berjujuran.Air mata yang dia tahan sewaktu bertemu Minho semula akhirnya mengalir sungguh deras.Tipu kalau dia tidak merindukan lelaki yang dia sangat cinta.Sungguh dia merindukan sentuhan dari lelaki yang sudah bertakhta di hati nya.Tetapi hati nya sungguh sakit apabila teringat kejadian pada malam Minho bersama Jisung itu.

Susana hening seketika antara Minho dan Hyunjin."Hemm..Minho nak minum apa-apa ke? Hyunjin boleh buatkan." Kata Hyunjin pada Minho."Takpe Hyunjin..Minho taknak susahkan Hyunjin..Minho balik dulu ya.." Baru sahaja Minho mahu pergi, Hyunjin memegang bahu nya."Minho..jangan pergi dulu.Malam ni Minnie mahu buat jamuan sempena hari jadi Hyunjin.Dia pun ajak kawan-kawan dia datang.Minho sertai kami juga ya.Sekejap lagi Minnie turun tu.Minho boleh tolong Hyunjin buat apa yang patut kan?" Soal Hyunjin sambil menepuk bahu Minho.Minho membalas dengan anggukkan dan senyum segaris.

Pada malam itu sesuai yang dirancang, jamuan hari jadi Hyunjin berjalan dengan lancar.Seungmin sedang menunggu kedatangan kawan-kawan nya dengan riak wajah teruja.Seungmin lantas tersenyum melihat Felix dan Changbin."Happy birthday Hyunjin!" Ucap Felix dan Changbin serentak sambil memeluk Hyunjin."Gumawo Felix, Changbin." Hyunjin juga membalas pelukan pasangan itu dengan gembira."Hey Felix, Changbin!" Laung Seungmin pada pasangan itu.Minho yang melihat wajah manis Seungmin bila senyum itu sangat merindui senyuman dari lelaki comel kesayangan nya itu."Seungmina, siapa tu?" Soal Felix pada Seungmin sambil menunjukkan ke arah Minho yang sedang duduk di sofa."Hemm..saya tak kenal.Cuma Hyunjin Hyung yang kenal." Jawab Seungmin sambil menjeling Minho sekilas.Felix hanya angguk dengan jawapan dari Seungmin.

Jam sudah menunjukkan pukul 12.00 tengah malam.Felix dan Changbin sudah pulang manakala Hyunjin pinta pada Seungmin dan Minho untuk tidur.Kini mereka berdua yang tinggal bersama di ruang tamu."Awak taknak balik ke?" Soal Seungmin dingin pada Minho.Minho hanya diam.Dia teringat kata-kata Hyunjin sewaktu dia dengan Hyunjin bersama.

Flashback..

"Minho..Hyunjin tak tahu apa sebenarnya masalah kamu berdua..tapi sebolehnya-bolehnya selesaikan dengan cepat..pujuk Seungmin kembali pada Minho semula..setiap malam Hyunjin selalu dengar Seungmin menangis tak henti-henti..hati dia sedang sakit..Hyunjin harapkan Minho ya.." Hyunjin memegang kedua bahu Minho dengan erat."Tapi Hyunjin..Minho pun juga sebenarnya tak tahu kenapa Seungmin tiba-tiba macam ni dengan Minho..Minho akan cuba sedaya upaya supaya pujuk Seungmin." Minho hanya mengangguk.

End flashback..

"Kalau awak taknak balik, suka hati awak lah.Saya naik atas dulu." Belum sempat Seungmin mahu naik, Minho menarik tangan Seungmin sehingga dia duduk di atas riba Minho.Kedua mata mereka bertemu dengan penuh cinta.Seungmin melihat wajah tampan Minho.Sungguh dia merindukan sentuhan lelaki itu.Lagi-lagi ciuman dari seorang Lee Minho.Seungmin tidak tahan lagi dengan dugaan yang ditimpa ke atasnya.Seungmin mahu bangun, tetapi Minho memeluk Seungmin dengan erat.Tenang seketika.Air mata Seungmin mengalir sedikit di bahu Minho.Tak lama itu, Seungmin menolak badan Minho dan bangun sambil menyeka air matanya.

"Seungmin..kembali pada saya semula..maafkan saya jika saya ada salah silap pada awak..tolonglah.." Rayu Minho."Pergilah Minho..Kita dah takde apa-apa hubungan lagi.." Kata Seungmin dingin.Dalam dinginnya, Seungmin masih mahu kembali pada Minho tetapi kejadian malam itu yang terus-terusan di dalam fikirannya membuatkan dia harus pergi dari hidup Minho."Apa yang awak cakap ni Seungmin? Kita ni masih sah pasangan suami dan suami.Surat cerai yang awak tanda tangan tu, belum saya tanda tangan lagi.Jadi, awak masih milik saya Kim Seungmin..ani..Lee Seungmin." Minho berkata sambil memandang wajah Seungmin.Seungmin tidak mahu mendengar lagi perkataan dari mulut Minho lalu berlari keluar dari rumah begitu juga dengan Minho yang mengikut jejak langkah Seungmin.Seungmin pula bersedia untuk menghalau Minho keluar dari rumahnya.

"Tolong pergi dan kembali pada Jisung kesayangan awak.Dan untuk pengetahuan awak, saya tak ingin nama saya bertukar kepada Lee Seungmin.Saya masih Kim Seungmin." Seungmin mahu menutup pintu rumahnya, tetapi Minho menahan pintu dari tertutup dan menarik kedua tangan Seungmin ke arahnya."Apa maksud awak Seungmin? Kembali pada Jisung? Saya tak faham apa yang awak katakan.Yang saya mahu awak, Lee Seungmin." Minho menarik belakang kepala Seungmin lalu mencium bibir Seungmin dengan kasar."Emmhhpp..Min..ho.." Seungmin berontak memukul-mukul dada Minho berkali-kali sehingga dia penat dan membiarkan Minho melumat bibirnya sepuas hati lelaki itu.Sejujurnya Seungmin amat merindukan ciuman dari bibir sexy Minho tetapi dia tidak mahu ciuman dari Minho saat hatinya sungguh sakit disakiti oleh lelaki itu.Tidak lama itu, Minho melepaskan ciuman nya terhadap Seungmin.Sekali lagi air mata Seungmin mengalir buat lelaki yang bernama Lee Minho itu."Puas awak sudah permainkan hati saya? Saya tak sepatutnya cintakan awak.Satu malam dengan awak membuatkan saya jijik dengan diri saya sendiri.Saya bencikan awak.Jangan muncul dalam hidup saya lagi." Kata Seungmin sambil menutup pintu rumahnya dengan kuat lalu dikuncinya.Seungmin tersandar di belakang pintu rumahnya.Seungmin penat mengalirkan air mata buat Minho.Hati Minho sangat sakit apabila mendengar kata-kata terakhir Seungmin.Minho memegang dadanya yang terasa sesak.

"Han Jisung..Aku tahu ni semua dalang kau sebab Seungmin macam ni dengan aku..Aku akan bunuh kau Han Jisung.." Bicara Minho dengan tatapan mata yang penuh amarah dan membunuh.Minho terus meninggalkan di kawasan perkarangan rumah Seungmin dan menuju ke tempat yang dia mahu tuju.

Bersambung.

Heyyo! Terima kasih sangat-sangat para pembaca yang sudi membaca hasil karya Mint..kalau boleh Mint minta tolong vote dan comment ya..❤️ From Mint 😉

Maaf kalau ada typo

One Night | 2MinWhere stories live. Discover now