Keesokkan hari.
Seungmin hanya akur dengan permintaan Hyunjin meminta Minho menghantar Seungmin pulang ke rumahnya di Seoul.
Sesampai sahaja di apartment Seungmin, Minho mempimpin Seungmin naik lift dan menuju ke rumah Seungmin.Seungmin membuka kunci pintu rumahnya dan Minho mahu memimpin nya masuk ke dalam rumah.Seungmin memandang Minho sambil mengetap bibirnya.
"Minho, saya dah sampai rumah.So, awak dah boleh pergi." Arah Seungmin."Taknak.Lagipun Hyunjin minta saya jaga dan tengokkan keadaan awak.Saya akan bermalam di rumah awak." Balas Minho sambil menutup pintu utama rumah Seungmin lalu mengunci pintu itu.
"No! Saya nak awak keluar dari rumah saya sekarang!" Jerit Seungmin dan mahu membuka pintu semula, tetapi Minho menahan kedua tangan Seungmin dengan erat."Kim Seungmin..Tolong benarkan saya bermalam untuk satu malam je dekat rumah awak." Minho merayu pada Seungmin.Seungmin melepas keluhan berat dan berfikir sejenak."Fine.Tapi dengan syarat, awak kena jauhkan diri awak dari dekat dengan saya, jangan sesekali masuk bilik saya dan yang paling penting jangan sentuh saya.Faham?" Seungmin mengangkat kening sebelah memandang Minho.Berharap Minho bersetuju dengan syaratnya.
"Tapi.."
"Saya tahu awak nak cakap apa. Kaki saya takdelah teruk sangat sakitnya.Saya boleh jalan sendiri.Awak boleh tidur dekat sofa ruang tamu.Saya masuk bilik dulu." Seungmin mengorak langkah masuk ke dalam biliknya.Minho hanya mengeluh pelan.
Minho mengetuk pintu bilik Seungmin dan pinta Seungmin untuk keluar makan bersamanya di meja makan.Seungmin berjalan perlahan menuju meja makan dan terlihat hidangan makanan yang tersedia di atas meja.Terlihat nasi putih, sup ayam dan telur gulung.Seungmin agak kagum dengan hidangan makanan itu.
"Awak yang masak?" Soal Seungmin."Ya..saya cuba masak dengan bahan yang ada." Minho mengangguk.Seungmin hanya bersenandung pelan dan menghirup sedikit sup ayam buatan Minho."Not bad.Hemm, awak kata awak masak dengan bahan yang ada je kan? So, esok saya nak pergi pasar raya cari bahan masakkan yang lain.Boleh saya request awak masak hidangan macam-macam kan? Boleh kan?"
Seungmin berkata sinis sambil memakan telur gulung kegemarannya."Boleh..anything for you my dear Seungmin.Tapi kalau esok awak nak ikut saya pergi pasar raya, kaki awak macam mana? Kan masih sakit lagi." Minho melihat wajah Seungmin dengan risau.Seungmin meluat apabila mendengar Minho berkata 'My dear Seungmin' sebentar tadi."Saya okay.Bukan sakit sangat pun..Dahlah, saya nak masuk tidur." Seungmin bangun dari tempat duduk meja makan dan mahu menuju ke biliknya.Baru sahaja Seungmin mahu masuk ke dalam biliknya, Minho memegang lengan Seungmin."Bwo?" Seungmin hanya menjeling Minho sekilas.Tiba-tiba Minho menarik Seungmin ke dalam pelukkan nya.Seungmin cuba menolak tubuh Minho tetapi dia tidak cukup kuat untuk menolak tubuh Minho.Minho memeluk Seungmin erat."Yahh! Lee Minho! Lepaslah!" Seungmin masih bergelut mahu melepaskan pelukkan Minho terhadap nya.
"Saya minta maaf atas segalanya.Saya cuma mahu peluk awak hanya sekejap.Tolong benarkan saya.Hanya sekejap." Ucap Minho ikhlas.Seungmin berhenti menolak tubuh Minho.Dia hanya membiarkan Minho memeluknya seketika.Tidak lama kemudian, Minho meleraikan pelukkan nya terhadap Seungmin.Seungmin hanya menghela nafas dan terus masuk ke dalam biliknya lalu dikunci pintu biliknya agar Minho tidak masuk ke dalam biliknya."Maafkan saya!" Laung Minho dari luar bilik Seungmin.Seungmin yang mendengar itu air matanya mengalir deras."Susah untuk aku maafkan kau Lee Minho..apa yang kau dah buat dekat aku sangat melukai hati aku.." Bicara Seungmin pelan lalu baring ke atas katilnya.Air matanya mengalir tanpa henti.Minho yang duduk bersandar di pintu bilik Seungmin juga mengalirkan air mata dengan perasaan bersalah dan penuh penyesalan.
Pada esok hari seperti yang dibicarakan, Seungmin dan Minho pergi ke pasar raya untuk membeli bahan makanan untuk dimasak oleh Minho untuk Seungmin.Mereka sudah sampai di pasar raya dan membeli bahan makanan yang Seungmin mahu.Seungmin cuba untuk menjengkelkan Minho dengan mengarah-arah Minho tetapi Minho hanya melayan karenah Seungmin sambil senyum.Seungmin hanya mengetap bibir geram kerana Minho tidak marah atau berang terhadapnya."Dahlah, jom balik." Arah Seungmin dan terus pergi meninggalkan Minho yang terpinga-pinga.Minho cepat membuat pembayaran dan mencari bayangan Seungmin di tempat parking kereta.
Setelah Seungmin meninggalkan Minho, Seungmin pergi ke tempat parking kereta.Seungmin hanya menunggu ketibaan Minho.Tiba-tiba ada seseorang menegur Seungmin.
"Seungmin-sshi?" Tegur orang itu pada Seungmin."Pengurus Bangchan..hai." Balas Seungmin melihat sambil senyum pada Bangchan."Seungmin..dekat luar pejabat awak tak usah panggil saya pengurus Bangchan..lebih mesra, panggil Chan sahaja." Kata Bangchan.Seungmin hanya angguk dan senyum.Mereka berdua rancak berbual sambil menuju ke kereta Bangchan.Sehingga tidak sedar, Seungmin memasuki ke dalam perut kereta Bangchan di tempat sebelah pemandu.Bangchan sudah tersenyum sinis sendiri tanpa Seungmin sedar.
Bersambung.
Thanks for reading! Mint sangat hargai vote dan comment anda 😊
YOU ARE READING
One Night | 2Min
De TodoCOMPLETED Satu malam yang mempertemukan takdir kita bersama.. KSM & LMH "Kalau awak perlukan duit..just one night for me and marry with me." "Apa? Saya taknak bermalam untuk satu malam dengan tuan Minho apatah lagi berkahwin dengan tuan." Satu malam...