Guangzhou, China Airport.
Minho dan Seungmin sudah sampai di destinasi yang dituju, China."Kali pertama datang sini?" Soal Minho sambil menarik beg bagasi nya."Yup..ini kali pertama saya datang ke sini." Seungmin membalas dengan senyuman."Jangan nak seronok sangat..kita datang sini bukan nak lepak, makan angin atau bercuti.Kita datang sebab kerja." Pesan Minho dan melirik ke arah mata Seungmin.'Hemm..baru nak seronok sikit..takpelah, datang sini memang sebab kerja pun.' Kata Seungmin dalam hati."Baik tuan." Akur Seungmin mengikut langkah Minho.
Lucifer Hotel.
"Ni kad nombor bilik awak." Minho menghulurkan kad bilik bernombor 403 pada Seungmin."Terima kasih tuan." Seungmin angguk dan mengambil kad nombor bilik nya dari tangan Minho."Bilik saya sebelah awak je 405.Kalau awak ada nak perlukan saya atau apa-apa sahaja, ketuk je bilik saya ya." Kata Minho sambil menarik beg bagasi nya masuk ke dalam bilik nya.Seungmin hanya angguk dan dia juga masuk ke dalam bilik nya.Seungmin terus menuju ke tingkap dan melihat pemandangan di luar.Hanya satu yang terlafaz di bibirnya, 'cantik.'Seungmin teringat akan sesuatu dan menelefon seseorang sambil tersenyum ceria.
"Hello hyung! Minnie dah sampai China."
"Amboi..ceria nya adik hyung ni..Minnie jaga diri elok-elok dekat tempat orang ya.."
"Baik hyung..hyung pun jaga diri dekat sana..jangan lupa makan ubat."
"Ya Minnie..hyung tak lupa..and then, pasal pinjaman tu.."
"Dah hyung..hyung tak payah fikir pasal pinjaman tu lagi..Minnie akan cuba sedaya upaya cari duit untuk kos pembedahan hyung tu.Don't worry okay?"
"Baiklah kalau macam tu..ingat, jaga diri ya.Hyung sayang Minnie."
"Arraseo..Minnie sayang hyung juga."Air mata Seungmin menitik sedikit sebelum dia menamatkan panggilan."Hemm..mana aku nak cari duit untuk kos-kos tu.." Seungmin mengeluh lalu baring ke atas katil lalu tertidur.
--------
Seusai Minho dan Seungmin meeting dengan encik Xuanyi, mereka bertiga lunch bersama di hotel."Saya sangat suka dengan hasil graphic design awak Seungmin.Saya harap, kita dapat terus bekerjasama ya." Encik Xuanyi memegang bahu Seungmin.Seungmin hanya tunduk dan senyum kelat."Terima kasih encik Xuanyi.Saya harap projek pembangunan kita berjalan dengan lancar.Hemm, saya nak pergi tandas sekejap ya." Ucap Minho dan bangun mahu menuju ke tandas.Encik Xuanyi melihat sekeliling dan duduk rapat di sebelah Seungmin.'Haduhh..nak menggatal pula mamat ni..' Seungmin berasa tidak selesa dan menjauhkan dirinya dari dekat dengan encik Xuanyi."So sweet lah awak ni.." Encik Xuanyi meraba peha Seungmin."Encik jangan buat macam ni! Saya tak selesa." Seungmin lantas bangun dan menjarakkan dirinya dari encik Xuanyi.Minho yang baru muncul dari tandas melihat kejadian yang berlaku.
"What happen? Seungmin? Encik Xuanyi?" Soal Minho."Alaa, chill lah..saya gurau je." Encik Xuanyi hanya sengih."Tuan Minho, saya takde selera nak makan.Saya balik bilik dulu ya." Seungmin mahu pergi, tetapi Minho menahan tangan nya.
"Kenapa ni Seungmin? Encik Xuanyi ada buat apa-apa ke pada awak?" Minho berbisik ke telinga Seungmin.Seungmin membalas dengan anggukkan perlahan.Minho hanya mengeluh kasar dan membenarkan Seungmin pergi.
"Encik, no sexual.He's mine.Kalau encik ulangi lagi, saya akan cancel semua projek pembangunan kita.Understand?" Ugut Minho pada encik Xuanyi."Fine.Lagipun urusan kita selesai sampai sini.Esok setiausaha saya yang akan tolong uruskan.Saya pun dah takde selera nak makan.Saya pergi dulu." Encik Xuanyi dengan perasaan memyampah bangun dan meninggalkan Minho.
--------
"Seungmin, Seungmin..buka pintu ni." Minho mengetuk pintu bilik Seungmin."Ya tuan?" Seungmin membuka pintu bilik nya dan melihat Minho."Nah, awak tak makan lagi dan jangan risau pasal tadi.Saya dah uruskan." Minho menghulurkan sebungkus makanan pada Seungmin."Eh, takpe-takpe.Saya boleh beli makanan sendiri.Hemm, terima kasih tuan." Balas Seungmin sambil tunduk dan senyum segaris."Gwenchana.Ambil lah." Minho mengambil tangan Seungmin dan memberikan bungkusan makanan di tangan Seungmin lalu pergi masuk ke dalam bilik nya.'Baik sungguh tuan Minho.' Seungmin senyum sendiri sambil melihat bungkusan makanan di tangan nya.
Bersambung.
Hai readers! Lepas baca, boleh lah vote sekali ya! Annyeong 😁
Mint check out 😚✌🏼
YOU ARE READING
One Night | 2Min
RandomCOMPLETED Satu malam yang mempertemukan takdir kita bersama.. KSM & LMH "Kalau awak perlukan duit..just one night for me and marry with me." "Apa? Saya taknak bermalam untuk satu malam dengan tuan Minho apatah lagi berkahwin dengan tuan." Satu malam...