Malam itu.
Seungmin yang sedang berbaring rehat di atas katilnya, pintu biliknya dikuak oleh Minho di tangannya membawa sedulang makanan dan minuman untuk Seungmin.Seungmin yang melihat Minho itu lantas memejamkan kedua matanya.Minho meletakkan dulang itu di tepi meja kecil sebelah katil Seungmin lalu melepas nafas seketika melihat Seungmin.
"Seungmin, mari makan.Hyung awak minta saya bagi awak makan.Kaki awak masih sakit kan?" Minho mengejutkan Seungmin yang sedang memejamkan mata itu.Seungmin hanya diam tidak berkutik malas mahu berbicara atau melihat wajah Minho.Tidak lama itu, Seungmin mendengar pintu biliknya dibuka dan ditutup semula.Minho saja berbuat begitu lalu kembali kepada Seungmin.'Dia dah keluar ke..?' Soal Seungmin dalam hati.Seungmin perlahan-lahan membuka matanya dan dia terkejut melihat wajah Minho sangat dekat dengannya."Omo, kamchagiya!" Tangan Seungmin refleks menolak Minho kuat sehingga tangan Minho tertolak sekali dulang makanan yang dibawanya untuk Seungmin ikut jatuh ke lantai.
"Bunyi apa tu?" Muncul Hyunjin di dalam Seungmin.Seungmin cepat memejamkan kedua matanya.Nasib baik Seungmin masih dalam keadaan berbaring."Takde apa..saya tak sengaja terjatuhkan dulang ni.Saya bersihkan dulu ya.Nanti saya bagi Seungmin makanan yang baru." Minho mahu membersihkan dulang yang jatuh serta makanan dan serpihan gelas kaca yang pecah."Tak payah Minho.Biar saya yang buat.Minho keluar dulu.Nanti saya bawa Seungmin keluar makan dekat meja ya." Hyunjin menuju ke arah Minho dan pinta Minho untuk keluar dari bilik Seungmin."Tapi ni salah saya..biar saya yang.." Perkataan Minho dipotong oleh Hyunjin."Gwenchana.Minho keluar dulu ya." Hyunjin mengusap bahu Minho dengan lembut.Minho hanya angguk mengikut perkataan dari Hyunjin.Sebelum dia keluar dari bilik Seungmin, Minho sempat melirik matanya ke arah Seungmin.'Seungmin..awak sangat bencikan saya ke..?' Gumam Minho dalam hati.Setelah Minho keluar, Hyunjin memandang Seungmin lalu duduk di atas katil Seungmin dan menepuk bahu tubuh itu dengan lembut.
"Minnie..bangun." Kejut Hyunjin lembut.Seungmin membuka matanya dan bangun dari pembaringannya melihat Hyunjin."Minnie okay ke dengan Minho? Soal Hyunjin memegang tangan Seungmin."Hemm..kenapa hyung tanya Minnie macam tu? Nampak macam Minnie tak okay ke dengan Minho?" Seungmin mengangkat kening sebelah memandang Hyunjin."Takdelah..cuma hyung tengok Minnie tegang je dengan Minho tu.Bagi hyung, Minho tu okay, baik dan mesra orangnya.Kalau Minnie ada apa-apa masalah dengan Minho tu cubalah berbaik dan bincang elok-elok ya." Hyunjin mengusap kepala Seungmin.'Baik? Mesra? Berbaik? Orang yang bernama Lee Minho tu hanya fake je!' Seungmin hanya angguk dan mengukir senyum tawar.Minho yang berada di luar bilik Seungmin hanya mendengar perbicaraan adik-beradik itu.
Setelah Seungmin selesai makan bersama Hyunjin dan Minho, Hyunjin meminta Minho untuk membawa Seungmin ke dalam bilik semula.Seungmin hanya akur dan membiarkan Minho memimpin nya ke bilik.Sampai sahaja di katil, Seungmin mengarah Minho untuk keluar dari biliknya.Tetapi Minho memegang tangan Seungmin erat dan berkata.
"Seungmin, maafkan saya atas perbuatan saya pada awak.Saya menyesal.Saya sayangkan awak." Minho memandang wajah Seungmin dengan pandangan ikhlas."Maaf Minho.Saya tak dapat nak maafkan awak.Perbuatan awak dah melukai hati saya.Tolong pergi." Seungmin melepaskan tangannya dari tangan Minho lalu baring dan menutup wajahnya dengan bantal.Minho dengan pasrah keluar dari bilik Seungmin dan menuju ke rumah tamu.Hyunjin yang melihat Minho itu datang menghampirinya.
"Minho taknak masuk tidur lagi?" Soal Hyunjin pada Minho."Belum lagi.Sekejap lagi saya masuk tidur." Balas Minho."Ohh..yeker..jangan tidur lewat pula.Esok dah nak balik Seoul ke?" Soal Hyunjin lagi."Yup..sebab ada kerja dekat sana.Kalau saya bawa Seungmin balik Seoul sekali boleh? Yelah, sebab kaki dia kan masih sakit.Kereta dia tu awak boleh bawa." Pinta Minho."Boleh..tapi Minho jangan bagi dia masuk kerja dulu ya.Biar dia rehat dulu.Saya mungkin akan stay dulu dalam 2-3 hari lagi dekat sini.Yelah, lagipun saya baru lepas menjalani pembedahan..nak hirup udara segar di kampung ni.Saya minta tolong dekat Minho, tolong tengok-tengok kan keadaan Seungmin ya.Lagi satu, saya pesan kalau ada masalah dengan Seungmin atau sesiapa pun, bincang elok-elok dan berbaik.Seungmin jenis tak benci orang melainkan hati dia akan terluka dalam masa yang lama.Seungmin tak pernah ada orang yang dia sayang melainkan saya, abang dia.Sekali lagi saya pesan, kalau ada masalah bincang elok-elok.Saya tengok Seungmin tu tegang je dengan Minho.Minho cuba lembutkan hati Seungmin ya." Hyunjin mengusap bahu Minho lembut."Baik..saya cuba.Hemm, satu lagi macam mana saya nak panggil..?" Minho bertanya pada Hyunjin dan menunjukkan ke arah Hyunjin."Ohh..ya.Saya Hwang Hyunjin.Panggil Hyunjin." Hyunjin hanya tersenyum kecil.Minho pelik.'Hwang Hyunjin? Tapi Seungmin nama keluarga dia Kim..?' Hyunjin ketawa kecil melihat Minho."Mesti dalam fikiran Minho pelik dengan nama keluarga saya dan Seungmin kan?" Hyunjin tersenyum melihat Minho yang seperti dalam kekeliruan.Hyunjin menjelaskan perkara sebenar mengenai dirinya dan Seungmin.Minho hanya mengangguk-angguk dan mulutnya berbentuk 'O' setelah mendengar cerita sebenar dari Hyunjin.
Bersambung.
Mint : Kalau nak ambil hati adiknya, kena ambil hati abangnya dahulu.
Minho : Ya..aku tahu lah.Itu yang aku tengah buat.Dahlah, kau tak membantu langsung!
Mint : Eh, siapa kata aku tak membantu langsung? Aku tengah bantu kau lah.Selebihnya kau kena usaha sendiri untuk mengambil hati orang yang kau sayang.Dahlah, aku taknak cakap banyak just good luck!
Minho : Okay, Thank you Mint!
They are look so cute 😍
#BrotherInLaw Hyunho
YOU ARE READING
One Night | 2Min
De TodoCOMPLETED Satu malam yang mempertemukan takdir kita bersama.. KSM & LMH "Kalau awak perlukan duit..just one night for me and marry with me." "Apa? Saya taknak bermalam untuk satu malam dengan tuan Minho apatah lagi berkahwin dengan tuan." Satu malam...