𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 𝟗

346 15 0
                                    

Seungmin setia menunggu di luar bilik pembedahan.Setelah beberapa jam kemudian, doktor keluar dari bilik pembedahan.
Seungmin menunggu bicara dari doktor itu.

"Pembedahan berjalan dengan lancar.Kami dah pindahkan hati baru buat pesakit." Ujar doktor itu pada Seungmin."Maknanya abang saya dah tak lagi menghidap kanser kan?" Soal Seungmin.Doktor itu hanya mengangguk.Seungmin mula tersenyum ceria mendengar khabar gembira dari doktor itu.

Empat hari kemudian.

Seungmin membawa Hyunjin pulang ke rumah.Senyuman di bibir Seungmin tidak lekang sejak Hyunjin sudah sihat sepenuhnya."Amboii..adik hyung sorang ni..senyum aje tak habis-habis." Hyunjin mencuit pipi Seungmin."Mestilah..hyung kesayangan Minnie dah sihat sepenuhnya.Hyung, esok Minnie dah kena masuk kerja balik.Takpe ke hyung sorang-sorang ni? And then, macam mana dengan kerja hyung?" Seungmin memandang sayu ke wajah Hyunjin."Hyung kan dah sihat..sebenarnya tempat kerja hyung ditutup sebab jatuh bankrupt.Hyung pun cuba minta pinjaman duit dari syarikat, tapi ditolak." Luah Hyunjin."Takpe hyung, buat masa ni hyung rehat aje dekat rumah ya." Seungmin mengusap bahu Hyunjin."Sebenarnya hyung nak balik kampung ayah dekat Suncheon.Dah lama tak pergi sana." Beritahu Hyunjin sambil memuncungkan mulutnya."Tapi boleh ke hyung sorang-sorang dekat kampung nanti? Kereta kita ada satu je.Minnie memang nak pergi juga, tapi esok Minnie dah kena masuk kerja balik." Balas Seungmin."Alaa, takpe Minnie.Hyung boleh naik bas." Hyunjin menepuk-nepuk bahu Seungmin."Okay baik.Tapi esok Minnie hantar hyung dulu dekat stesen bas tau." Seungmin menekup pipi Hyunjin.Hyunjin hanya angguk dan senyum.

Keesokkan hari.

Setelah Seungmin menghantar Hyunjin di stesen bas, Seungmin terus menuju ke tempat kerjanya.Seungmin agak gusar jika bertemu Minho semula.Tapi dia kena kuat dan melawan Minho.Walaupun Minho boss nya, dia tetap akan melawan jika Minho berbuat apa-apa padanya.Tapi..dia dan Minho masih bersama.Mereka berdua tidak tandatangi surat cerai.Mana mungkin Minho senang-senang melepaskannya.

Sesampai sahaja di parking lot di bangunan Leeknow holdings,
Seungmin mengeluh pelan sebelum keluar dari keretanya.Sebaik sahaja dia mengunci pintu keretanya, tiba-tiba ada seseorang menekup mulutnya dan dirinya ditarik di tempat tangga kecemasan.Seungmin menggigit tangan orang itu dan menamparnya.Orang itu menjerit kesakitan.

"Tuan? Tuan dah gila ke?!" Nafas Seungmin turun naik marah dengan tindakan Minho."Aku gila? Bukan kau ke? Kau dah dapat duit dari aku, apa lagi kau pergi enjoy lah kan? Haa, cepat berapa lagi duit yang kau nak?" Minho berkata sinis pada Seungmin.Tersentak Seungmin dibuatnya.Hampir gugur air matanya apabila dituduh sedemikian.Seungmin yang malas melayan Minho dan mahu pergi, tetapi Minho menarik tangan Seungmin lalu menolaknya ke dinding."Apa yang tuan nak buat dekat saya? Tak puas ke tuan dah buat macam-macam dekat saya waktu kat China tu." Tidak tertahan lagi, air mata Seungmin gugur jua."Seungmin..maafkan saya.." Ucap Minho sambil mengelap air mata Seungmin.Seungmin menolak sedikit badan Minho dan pergi meninggalkan Minho.

-------

Di bilik kerja Seungmin, Seungmin sedang menyiapkan proposal nya.Jihyo setiausaha Minho mendatangi Seungmin."Seungmin, tuan Minho panggil awak masuk dalam bilik dia sekarang." Beritahu Jihyo pada Seungmin."Okay Jihyo." Seungmin angguk dan senyum pada Jihyo.Apabila Jihyo sudah pergi, Seungmin menyumpah seranah Minho dalam diam."Apa lagi yang dia nak ni? Tak habis-habis ke nak kacau aku." Gerutu Seungmin sendiri sambil berjalan menuju ke bilik kerja Minho.

Sebaik sahaja Seungmin mengetuk pintu bilik Minho, Minho mempersilakan dia masuk."Ya tuan? Ada apa panggil saya?" Soal Seungmin sambil menggulingkan matanya ke atas.Tiba-tiba Minho bangun dari tempat duduknya dan menghampiri Seungmin."Apa yang tuan cuba nak buat? Please tuan, kita kat tempat kerja.Jangan buat perkara gila.Kalau tak.." Belum sempat Seungmin berkata, Minho mencelah."Kalau tak?" Minho memegang rahang Seungmin."Kalau tak, saya jerit." Sambung Seungmin dengan pandangan dingin.Minho dengan drastik mencengkam kuat rahang Seungmin dan mencium paksa bibir Seungmin.Seungmin menolak badan Minho dan menamparnya."Tuan jahat.Saya bencikan tuan." Mata Seungmin sudah berkaca dan dia terus keluar dari bilik kerja Minho.'Ouch' Hati Minho terasa ditusuk benda tajam apabila Seungmin berkata begitu.

Bersambung.

Minho : Kenapa aku jadi watak jahat dalam cerita ni? Mint jahat 😣

Mint : Eh, kata aku pula yang jahat.Kau yang jahat..hahaha 😂

Sorry kalau kurang memuaskan.

Mint check out ✌🏼😚

One Night | 2MinWhere stories live. Discover now