Hyunjin yang sedang menikmati udara segar di kampung ayahnya.Lebih tepat ayah Seungmin.Hyunjin dan Seungmin sudah hidup di Suncheon bertahun-tahun sehingga lah ayah Seungmin dan ibu mereka sudah tiada.Setelah itu mereka berdua berpindah di Seoul untuk menampung kehidupan yang lebih baik.Hyunjin mengguna duit simpanan yang ditabung oleh ibunya untuk membeli sebuah rumah apartment di Seoul.Hyunjin bekerja bertungkus-lumus untuk menampung dirinya dan juga Seungmin.Seungmin pula berhenti sekolah pada umur 17 tahun dan mula mengambil kerja sambilan.
Back to story..
Hyunjin memandang langit dan senyum.Tiba-tiba terlihat kereta Seungmin masuk dalam perkarangan rumah itu.Hyunjin tersenyum melihat Seungmin.Seungmin ceria melihat Hyunjin dan lantas keluar dari perut kereta dan menuju ke arah Hyunjin lalu memeluk tubuh itu dengan erat."Kenapa tak bagitahu hyung yang Minnie nak datang? Minnie boleh cuti ke?" Soal Hyunjin.Seungmin hanya tergelak kecil.Hyunjin menampar lengan Seungmin dengan geram."Oww..takkan lah adik sendiri nak datang pun kena bagitahu.Alaa, boleh je cuti.Bos Minnie baik hati bagi cuti.Hehe." Seungmin menolak dahi Hyunjin dengan kuat lalu berlari masuk ke dalam rumah."Yahh, Kim Seungmin!" Hyunjin mengejar Seungmin."Yahh, Hwang Hyunjin.." Seungmin mengajuk kembali dan tergelak nakal mengusik Hyunjin.Mereka ketawa bersama dan mengusik sesama sendiri.Walaupun Seungmin dan Hyunjin berbeza ayah mereka amat menyangi antara satu sama lain.
-------
Leeknow holdings.
Minho gelisah termundar-mandir di dalam bilik kerjanya sambil menelefon seseorang berkali-kali."Kim Seungmin, angkat lah telefon!" Minho tertekan dan meraup wajahnya."Maafkan saya.." Air matanya menitik sedikit.
Flashback..
Jihyo masuk ke dalam bilik kerja Minho menghantar projek file dan meletakkan di atas meja Minho.Sebelum Jihyo mahu pergi, Minho memanggilnya.
"Jihyo, wait." Panggil Minho."Ya tuan.Ada apa?" Jihyo berpaling dan melihat Minho."Hemm..kan haritu Seungmin cuti 5 hari.Pastu dia ada cakap tak yang dia cuti sebab apa dekat awak?" Soal Minho."Ya..memang dia ada cakap sebab apa dia cuti tu..dia pun ada cakap kalau tuan ada tanya pasal kenapa dia cuti baru saya bagitahu.Dia kata, tuan takkan percaya apa yang dia kata." Beritahu Jihyo."Ya-ya.Sekarang saya nak tahu kenapa dia cuti.Percaya tak percaya tu belakang cerita.Cepat, bagitahu saya." Gesa Minho."Dia cuti sebab abang dia sakit dan kena menjalani pembedahan.Dia kena jaga abang dia dekat hospital.Okay, saya dah bagitahu.Satu lagi, saya rasa Seungmin tak datang kerja sebab tempat bilik kerja dia kosong.Hemm, saya pergi dulu ya." Setelah Jihyo memberitahu kebenaran tentang Seungmin, Jihyo terus keluar dari bilik kerja Minho.Minho terdiam seketika mendengar perkara sebenar dari Jihyo.Minho terus menuju ke bilik kerja Seungmin tetapi Seungmin tiada.'Dia memang takde.' Desis hati Minho.Minho cuba mencari Seungmin di seluruh bangunan syarikat itu tetapi bayangan Seungmin tidak kelihatan.Minho kecewa dan kembali ke bilik kerjanya semula.
End flashback..
"Jadi betul lah abang dia sakit..jadi, duit yang dia minta dekat aku tu untuk kos pembedahan abang dia..Lee Minho, kau memang jahat buat dia macam tu..Seungmin bukan macam orang lain yang cuma mahukan duit aku.Aku bersalah pada dia." Gumam Minho pelan dengan perasaan bersalah.
-------
Seungmin penat yang berkejaran dengan Hyunjin terbaring di atas katil dalam biliknya.Hyunjin pula memasak di dapur untuk dirinya dan juga Hyunjin.
Seungmin menghidupkan telefonnya dan melihat 20 missed call dari 'Crazy guy'.Seungmin merengus kasar dan kembali mematikan telefonnya."Padan muka dia..aku saja tak masuk kerja.Dia fikir dia sorang boleh buat apa-apa dekat aku.Aku ni bukan hamba dia.Dia takkan dapat cari aku kat sini.Baru lah aku ni dapat ketenangan.Aku tak boleh lemah lagi dengan dia.Aku kena lawan dia.Aku sanggup berhenti kerja daripada terseksa hadap kau Lee Minho." Rungut Seungmin sendirian.Keesokkan hari.
Seungmin yang sedang menghirup udara segar di luar rumah tiba-tiba didatangi tetamu tidak diundang.Seungmin nampak sahaja orang itu terus dia mahu masuk ke dalam rumahnya.Minho cuba mencari rumah Seungmin di Suncheon yang diberi tahu oleh jiran Seungmin di Seoul mengatakan yang Seungmin mungkin balik kampungnya di Suncheon.Jadi Minho mengambil keputusan untuk mencari Seungmin.Minho cuba pergi satu ke satu rumah dahulu.Minho bertuah apabila rumah yang didatangi dahulu adalah rumah Seungmin apabila melihat Seungmin yang sedang berada di luar rumah.Minho tersenyum melihat Seungmin. Tetapi Seungmin tidak.Seungmin menaiki tangga rumahnya dengan laju dan tanpa berhati-hati kakinya terpeleot? (Betul ke ejaan ni? Faham-faham je lah ya 😅😂) dan terjatuh ke bawah.Seungmin mengaduh kesakitan dan memegang buku lalinya.Minho panik dan lantas menuju ke arah Seungmin.
"Seungmin? Awak okay?" Soal Minho bimbang sambil melihat buku lali Seungmin yang kian bengkak.Seungmin tidak membalas dan cuba untuk bangun tetapi Minho sudah mendukungnya dengan gaya bridal style."Minho, turunkan saya.Saya boleh jalan sendiri." Pinta Seungmin tanpa melihat wajah Minho.Minho hanya diam dan berjalan masuk ke dalam rumah Seungmin dan mendudukkan Seungmin di atas kerusi yang terdapat di ruang tamu.Tiba-tiba Hyunjin muncul dan terkejut dengan kedatangan Minho.
"Omo.Neo nuguya?" Soal Hyunjin pada Minho."Saya Minho sua.." Baru sahaja Minho mahu melanjutkan perkataannya, Seungmin mencelah."Aaa hyung.Ni tuan Minho, bos Minnie." Kata Seungmin.'Kau nak kata yang kau tu suami aku? No way!' Seungmin mengetap bibir melihat Minho."Ohh..yeker.Tuan Minho." Hyunjin mahu menunduk tetapi Minho menegah Hyunjin."Aniya..saya hanya bos Seungmin di tempat kerja.Tapi di luar tempat kerja, kami rapat dan di luar tempat kerja Seungmin hanya panggil saya Minho.Tak usah tunduk hormat pada saya." Balas Minho sopan dengan senyuman manis.Seungmin yang melihat perilaku Minho yang terlihat pura-pura di matanya itu berasa menyampah.'Rapat? Memang taklah!' Rasa mahu tampar sahaja mulut Minho itu."Ohh..okay baik Minho, right?" Soal Hyunjin teragak mahu memanggil Minho.Minho hanya senyum dan angguk."Hyung, Minnie nak masuk bilik dulu ya.Hyung layan lah tetamu TERHORMAT ni." Seungmin berkata sambil menekankan perkataan TERHORMAT itu dengan nada jengkel."Minnie, tak baik cakap macam tu.Minho kan bos Minnie." Balas Hyunjin.Seungmin tidak mahu berpura depan Hyunjin seperti Minho, Seungmin malas mahu melayan Minho dan mahu bangun dan baru dia teringat yang kakinya sakit dan menyebabkan buku lalinya bengkak."Oww!" Aduh Seungmin kuat."Kenapa ni Minnie?" Cemas Hyunjin dan menuju ke arah Seungmin."Aaa..Tadi Minnie jatuh." Seungmin hanya tersengih kecil.Hyunjin terus pergi mengambil sehelai kain dan sebesen kecil air sejuk.Baru sahaja Hyunjin mahu menuam buku lali Seungmin dengan kain yang sudah dibasahi air sejuk itu, Minho berkata.
"Biar saya buat." Minho mengambil kain dari tangan Hyunjin dan merendam kain itu ke dalam besen air sejuk lalu memerah dan menuam buku lali Seungmin yang bengkak.Seungmin melihat Minho dengan pandangan pelik.'Dia ni tiba-tiba muncul pastu buat baik pula dengan aku.Tak, Seungmin.Dia ni baik depan hyung je.Kau jangan terpedaya dengan kebaikan yang dia buat.Ingat apa kejahatan yang dia dah buat dekat kau.' Monolog hati Seungmin.Hyunjin tersenyum melihat Minho melayan Seungmin dengan baik.
Bersambung.
Heyyo! Don't forget to vote
YOU ARE READING
One Night | 2Min
RandomCOMPLETED Satu malam yang mempertemukan takdir kita bersama.. KSM & LMH "Kalau awak perlukan duit..just one night for me and marry with me." "Apa? Saya taknak bermalam untuk satu malam dengan tuan Minho apatah lagi berkahwin dengan tuan." Satu malam...