𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 𝟏𝟓

317 14 1
                                    

Leeknow holding.

Seungmin datang bekerja seperti biasa.Walaupun company itu milik Minho lelaki yang paling dia benci, dia tetap datang bekerja.Hal peribadi dan hal kerja tidak boleh dicampur aduk.Minho hanya tersenyum melihat Seungmin.Seungmin hanya tidak mengendahkan Minho dan terus memasuki ke dalam bilik kerjanya.

-------

Minho yang sedang tekun melihat file-file projek, tiba-tiba terganggu kerana Bangchan merempuh masuk ke dalam bilik kerjanya."Tuan Minho, saya dah halang dia.." Belum sempat Jihyo mahu menjelaskan, Minho mengarah Jihyo keluar.Jihyo hanya tunduk terhadap Minho dan keluar dari bilik kerja Minho.

"Betul ke kau dah kahwin dengan Seungmin?" Soal Bangchan pada Minho sambil menghampiri Minho."Ya.Wae? Ada masalah?" Minho bangun dan memegang bahu Bangchan."Tak..kau tipu.Aku suka dengan Seungmin.Seungmin aku punya.Aku tak kisah kau dah kahwin dengan dia.Aku tetap mahukan dia.You wait and see, Lee Minho.Kalau aku tak boleh dapatkan dia, kau pun tak boleh dapatkan dia." Kata Bangchan sambil menolak tangan Minho yang memegang bajunya dan menepuk-nepuk bahu Minho dan terus pergi meninggalkan bilik kerja Minho.Minho agak cemas mendengar perkataan dari Bangchan."Harap takkan ada terjadi apa-apa pada Seungmin.'' Gumam Minho pelan agak gusar.

Malam sudah menjelma.Kali ini, Seungmin bekerja sehingga larut malam.Minho juga masih di dalam bilik kerjanya.Tiba-tiba dia teringat pada malam itu akan berlakunya bekalan eletrik terputus kerana akan adanya pembaharui eletrik dari segi semasa ke semasa.Baru sahaja Minho mahu bangun dan keluar dari bilik kerjanya, tiba-tiba bekalan eletrik semua terputus.Seungmin juga terkejut dan melihat sekeliling."Eletrik takde ke?" Soal Seungmin sendiri sambil mencari telefonnya dan mahu memasang lampu flashlight dari telefonnya.Baru sahaja dia mahu memasang lampu flashlight di telefonnya, tiba-tiba muncul seseorang di dalam bilik kerja Seungmin.

"Siapa tu? Minho ke?" Soal Seungmin cuba melihat orang itu.Orang itu tidak menjawab persoalan Seungmin malah dengan kasar menolak Seungmin ke dinding lalu mencekik leher Seungmin dengan kuat."Akhhh.." Seungmin cuba melihat wajah orang itu tetapi orang itu memakai mask hitam di wajahnya.Seungmin meronta hampir tidak cukup nafas, tiba-tiba dia terasa mulut dan hidungnya ditekup dengan kain yang mengandungi cecair chloroform.Pandangannya sudah mula kabur dan akhirnya dia sudah tidak sedarkan diri.

"Seungmin!" Minho yang melihat Seungmin tidak sedarkan diri didukung oleh seseorang."Lepaskan dia!" Jerit Minho yang mahu mengambil Seungmin, tetapi orang itu mengeluarkan pisau dari poketnya dan menikam bahu Minho.Minho meringis kesakitan.Darah Minho sudah menitis di lantai.Orang itu mengambil peluang melarikan diri bersama Seungmin sementara Minho yang sudah ditikam di bahu."Bangchan! Jangan lari!" Jerit Minho masih gagah mahu mengejar orang itu.Bangchan terhenti seketika apabila Minho menjerit namanya.Setelah itu dia lantas membawa Seungmin dengannya.

Minho memegang bahunya yang ditikam dan menahan darahnya terus menitis ke lantai.Minho cuba berlari mendapatkan Seungmin semula.Tanpa Minho sedar, Seungmin yang didukung di atas bahu Bangchan itu tersedar sekejap dan melihat Minho yang sudah ditikam di bahu itu.Walaupun dalam keadaan gelap, Seungmin dapat mengenal pasti Minho."Minho.." Ucap Seungmin pelan tetapi tidak didengari oleh Bangchan.Setelah itu, Seungmin kembali menutup kedua matanya semula.

Bangchan cepat-cepat meletakkan Seungmin di dalam keretanya di bahagian penumpang.Minho masih mengejar dan menuju ke arah Bangchan."Sh*t!" Kata Bangchan berang melihat Minho.Bangchan cepat-cepat masuk ke dalam perut kereta dan terus memandu laju.Minho terus mengejar Bangchan tanpa henti sehingga sampai di sebuah bangunan lama.

Bangchan mendukung tubuh Seungmin dan meletakkan lelaki itu di sebuah tangki air kosong lalu mengunci penutup tangki air itu dengan ketat."Kalau aku tak boleh dapatkan kau, sesiapa pun tak boleh dapatkan kau Kim Seungmin." Kata Bangchan sambil membuka paip air tangki itu.Setelah dia membuka paip air, terdengar lah bunyi suara air yang mula terisi di dalam tangki.Bangchan hanya tersenyum sinis dan pergi meninggalkan Seungmin di dalam tangki air itu.

One Night | 2MinWhere stories live. Discover now