Doha Hospital.
Bilik wad Seungmin.
Seungmin membuka kedua matanya perlahan.Dia melihat ke atas siling putih di atasnya."Minho." Seungmin terus teringat keadaan Minho.Lelaki itu terus berlari keluar dengan cemas dan menanyakan pada jururawat di kaunter mengenai Minho.Setelah mendapat khabar dari jururawat, Seungmin lantas menuju ke arah ruang pembedahan.Dia melihat sepasang wanita dan lelaki tua yang lingkungan berumur 50-an barangkali omma dan appa Minho sedang menunggu di hadapan ruang pembedahan dengan cemas.Tiba-tiba seorang doktor keluar dari ruang pembedahan.
"Adakah puan dan tuan keluarga dari pesakit?" Soal doktor itu pada omma dan appa Minho."Ya..kami omma dan appanya." Jawab pasangan suami isteri itu serentak."Pesakit perlukan darah O secepat mungkin.Kalau tidak, pesakit mungkin takkan selamat." Ujar doktor itu."Tapi saya darah A.Hanya suami saya golongan darah O.Tetapi suami saya menghidap penyakit darah tinggi yang sangat berisiko." Balas Omma Minho.Kedua omma dan appa Minho mula tidak senang hati dengan keadaan anak mereka.
Note: Teruntuk STAY yang sangat arif tentang Stray Kids, pembaca pun tahu yang cerita ini hanya rekaan semata-mata..so, Mint terpaksa buat Seungmin dalam cerita ini golongan darahnya O.Jangan salah faham ya..golongan darah Seungmin yang sebenarnya adalah A.
Back to story..
"Saya golongan darah O.Saya boleh derma darah saya untuk pesakit." Celah Seungmin pada doktor itu.Omma dan appa Minho lantas memandang Seungmin."Okay baik..saya akan arahkan jururawat untuk mengambil darah awak." Beritahu doktor itu pada Seungmin.Seungmin hanya angguk."Kamsahamnida..jeongmal kamsahamnida.." Ucap Omma Minho sambil memegang tangan Seungmin.Seungmin hanya senyum dan angguk.Appa Minho hanya mempamer senyuman pada Seungmin sebelum Seungmin pergi untuk menderma darahnya buat Minho.Setelah itu, pembedahan Minho berjalan dengan lancar berkat Seungmin menderma darah buat Minho.
Omma Minho memasuki bilik wad Seungmin untuk menjenguk keadaan Seungmin.Seungmin bangun dari pembaringannya dan tunduk pada omma Minho.Omma Minho hanya senyum."Annyeonghaseyo ahjumma.." Kata Seungmin dengan senyuman."Kim Seungmin, betul kan?" Soal omma Minho sambil duduk di sisi Seungmin."Ya saya.." Balas Seungmin dengan anggukkan."Terima kasih Seungmin sebab selamatkan nyawa Minho anak ahjumma.." Ucap omma Minho pada Seungmin."Ani..ajumma..sebenarnya saya sepatutnya berterima kasih pada Minho sebab selamatkan nyawa saya..Saya minta maaf disebabkan saya Minho hampir tidak dapat diselamatkan.." Kata Seungmin dengan perasaan bersalah."Jangan cakap macam tu Seungmin..Minho sayang pada Seungmin..Minho takkan bertindak melulu kalau dia tidak sayang pada Seungmin.Minho pernah ada kekasih sebelum ini tetapi dikhianati oleh kekasihnya.Sejak itu, Minho berubah..Minho tidak mahu mempercayai cinta lagi..tapi baru-baru ni, Minho sangat lain seperti jatuh cinta pada seseorang..mungkin itu Seungmin.Minho cintakan Seungmin." Omma Minho mengusap lembut tangan Seungmin.Seungmin hanya angguk dan senyum tawar mendengar perkataan dari omma Minho.
-------
Dua hari kemudian Minho masih belum sedarkan diri selepas menjalani pembedahan. Seungmin mendapat khabar dari balai polis yang Bangchan sudah dimasukkan ke dalam penjara kerana menculik dan cubaan membunuh.Seungmin lega kerana Bangchan sudah ditangkap oleh pihak polis.Seungmin setia menunggu Minho sehingga Minho menyedarkan diri.Tidak lama itu, Minho membuka kedua matanya.Minho merasakan sakit di tempat tikamannya.Seungmin yang melihat Minho sudah sedar itu terus meluru ke arah Minho dan mengenggam erat tangan Minho.
"Minho.Gwenchana? Awak ada sakit kat mana-mana ke?" Soal Seungmin dengan nada risau."Saya okay..Seungmin, awak pula okay?" Soal Minho pula pada Seungmin."Saya okay..Minho, gumawo.." Ucap Seungmin dengan senyuman.Minho hanya angguk pelan dan senyum segaris.Minho melihat Seungmin mengenggam erat tangannya.Seungmin tidak perasan yang dia mengenggam erat tangan Minho, dia lantas melepaskan tangannya dari tangan Minho."Seungmin..awak masih bencikan saya ke..? Minho memandang Seungmin dengan pandangan sayu."Ani..saya perlukan masa..kalau takde apa-apa lagi, saya pergi dulu." Baru sahaja Seungmin mahu keluar, tiba-tiba datang jururawat menghantar makanan buat Minho."Encik Lee Minho awak harus makan ya..sudah dua hari awak tidak sedarkan diri selepas menjalani pembedahan dan lelaki inilah yang setia menunggu awak." Kata jururawat itu pada Minho sambil meletakkan semangkuk bubur di atas meja depan katil wad Minho dan menunjukkan ke arah Seungmin.Minho hanya angguk.Setelah itu, jururawat itu keluar dari bilik wad Minho.Seungmin menyapu belakang tengkuknya canggung.Seungmin mahu keluar tetapi teringat yang keadaan Minho yang masih belum sembuh sepenuhnya.Dia kembali menghampiri Minho dan mengambil semangkuk bubur dan juga sudu lalu mahu menyuapkan ke dalam mulut Minho.
"Makanlah.Awak masih sakit." Ucap Seungmin.Minho tidak membantah dan makan suapan dari Seungmin."Sayang awak juga dekat saya kan?" Usik Minho."Ani..dahlah, cepat makan." Seungmin terus menyumbatkan sesudu bubur ke dalam mulut Minho.Minho hanya tersenyum kecil.
Bersambung.
Heyyo! Thanks for reading and don't forget to vote!
Esok Stray Kids comeback lagu baru iaitu Maniac! 🤗 Mint so excited 😍
![](https://img.wattpad.com/cover/294177373-288-k805899.jpg)
YOU ARE READING
One Night | 2Min
CasualeCOMPLETED Satu malam yang mempertemukan takdir kita bersama.. KSM & LMH "Kalau awak perlukan duit..just one night for me and marry with me." "Apa? Saya taknak bermalam untuk satu malam dengan tuan Minho apatah lagi berkahwin dengan tuan." Satu malam...