𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 𝟔

351 15 3
                                    

Seoul, South Korea.

Hyunjin yang sudah keluar dari hospital dan pulang ke rumahnya.Sesampai sahaja di rumah, Hyunjin duduk di atas sofa dan mengeluh.

Flashback..

"Encik Hyunjin, saya sarankan secepatnya lakukan pembedahan encik.Itu sahaja cara untuk sembuhkan kanser encik.Kalau tidak, encik mungkin tidak dapat jalani kehidupan encik lagi.Masa encik semakin suntuk." Ujar doktor Song pada Hyunjin."Takpe doktor..saya ambil keputusan untuk keluar dari hospital dan mengenai pembedahan itu, tangguh dahulu buat masa ini." Balas Hyunjin sambil senyum segaris."Okay baik kalau itu yang encik mahukan, saya tak paksa.Saya akan bagi ubat tahan sakit ya." Doktor Song hanya angguk.

End flashback..

Air mata Hyunjin mengalir sambil hatinya.Hyunjin melihat bingkai gambar dia bersama Seungmin tersenyum manis di atas meja sebelah sofa."Maafkan hyung kerana susahkan dan bebankan Minnie..hyung sayang Minnie." Hyunjin mengusap gambar Seungmin dan memeluk gambar itu ke dadanya.

--------

Seusai Minho dan Seungmin melihat tempat pembangunan, mereka berdua beransur mahu pulang ke hotel."Seungmin, kerja kita disini hampir selesai..mungkin esok kita dah boleh balik ke Korea semula.Projek pembangunan kita pun sudah diluluskan dan hasil graphic design awak diterima dengan baik." Beritahu Minho pada Seungmin."Betul ke? Gembira saya dengar.." Seungmin tunduk di hadapan Minho sambil senyum.'Hemm..kau gembira? Mungkin kegembiraan kau tu hanya sementara..aku pastikan yang kau akan masuk dalam perangkap aku.' Dalam diam Minho hanya tersengih sinis melihat Seungmin.

Malam itu.

Setelah Minho dan Seungmin makan malam bersama, Minho mengajak Seungmin keluar."Hemm, saya nak ajak keluar sekejap boleh? Sebab mungkin esok kita dah boleh balik Korea, right?" Minho cuba mengajak Seungmin untuk keluar bersamanya."Betul ke tuan nak ajak saya keluar?" Soal Seungmin agak ragu.Minho mengangguk dan senyum segaris."Mari." Minho menepuk bahu Seungmin dan hanya angguk mengikut langkah Minho.

"Wahh..cantiknya tempat ni." Seungmin melihat air pancuran yang luas dan terlihat lampu berkelip cantik serta air pancuran itu berbentuk hati."Awak suka dengan tempat ni?" Soal Minho sambil duduk di tepi air pancuran itu."Suka sangat..terima kasih tuan bawa saya ke sini.Walaupun kecantikan nya nampak biasa tapi bagi saya kecantikan yang amat bermakna." Balas Seungmin lalu duduk di sebelah Minho.Minho hanya angguk mendengar balasan dari Seungmin."Ohh ya, nah hadiah dari saya untuk tuan.Walaupun murah, saya harap tuan terima." Seungmin menghulurkan seutas gelang yang berwarna coklat terang yang berukir kayu dan corak dedaun.Minho hanya tersenyum dan mengambil gelang itu dari tangan Seungmin."Terima kasih Seungmin." Ucap Minho."Sama-sama tuan." Seungmin senyum melihat Minho menerima gelang pemberiannya.

Flashback..

Sewaktu petang tadi, Seungmin berfikir untuk keluar berjalan sebentar.Seungmin terlihat kedai jual barang perhiasan di sekitar hotel yang didiami nya.Seungmin berniat untuk beli gelang buat abangnya, Hyunjin.Tiba-tiba di fikirannya terlintas untuk beli gelang untuk Minho, bos nya.Seungmin mengambil keputusan untuk membeli gelang buat Hyunjin dan juga Minho.

End flashback..

Setelah puas melihat keindahan air pancuran, Minho dan Seungmin mahu pulang ke hotel semula.Sedang berjalan menuju ke bilik masing-masing, Minho dan Seungmin terlihat gelisah.'Hemm..mungkin Seungmin bukan macam orang lain yang mahu duit aku.Aku silap.Seungmin bukan macam orang lain.' Minho melihat gelang pemberian dari Seungmin."Aaa..tuan." Seungmin memandang Minho."Ya Seungmin?" Minho menghentikan langkahnya dan memandang Seungmin."Okay.. mungkin permintaan saya agak melampau sebab saya belum lama kerja dengan tuan..tapi keadaan saya sangat terdesak dan memerlukan duit sebanyak 2 ribu 5 ratus.Boleh saya pinjam dari tuan?" Seungmin teragak mahu berkata pada Minho.'BINGO! Inilah yang aku tunggu-tunggu.Kau nak duit aku je kan? Aku silap lagi.Kau tunggu Kim Seungmin.' Bicara sinis Minho dalam hati.

"Ohh..awak nak duit?" Minho menyoal Seungmin sambil memegang kedua bahu Seungmin."Ya..takpe kalau tuan nak tolak gaji saya untuk bulan ni.Asalkan saya betul-betul nak 2 ribu 5 ratus tu." Rayu Seungmin."Sebulan pun tak sampai awak kerja dengan saya, Seungmin..awak dah berani minta duit pada saya? You're so brave Seungmin." Minho menepuk-nepuk bahu Seungmin.Seungmin mahu melutut pada Minho tetapi Minho menarik kedua tangan Seungmin bangun dan melihat mata Seungmin."Okay baik..saya boleh bagi duit tu pada awak.Tapi dengan syarat.." Kata Minho."Syarat?" Seungmin mengangkat kedua keningnya memandang Minho.

"One night for me and marry with me." Sambung Minho.

Bersambung.

Hai readers! Jangan lupa vote tau.Mint harap semua suka dengan chapter kali ni.Tunggu lah next chapter dan nantikan apa yang bakal terjadi..hehe 😁✌🏼

Mint check out!

One Night | 2MinWhere stories live. Discover now