Dua hari kemudian.
Rumah Minho.Minho membawa Jisung ke rumahnya untuk berjumpa dengan appa dan omma nya.Jisung melihat sekitar kawasan rumah Minho.'Wow..ni rumah ke, istana? Mewah sungguh..aku dah berangan yang rumah ni akan jadi milik aku.Sung, kau kena tunggu 5 juta and then kau pergi lah dari hidup dia.Sepatutnya aku kena minta lebih lagi..10 juta? Or 30 juta? Heh.' Ujar Jisung sinis di dalam hati.
"Appa, omma ni Han Jisung.Kekasih Minho.Dan kami rancang mahu berkahwin lusa.Esok kami akan cari baju kahwin.Appa dan omma benarkan kami?" Minho melihat wajah appa dan omma nya sambil memegang tangan Jisung."Kalau itu yang anak appa mahukan, appa okay je." Balas appa Minho."Omma pun okay je.Asalkan Minho bahagia dan Jisung boleh jaga perasaan Minho juga jangan khianati Minho." Omma Minho berpesan pada Jisung."Terima kasih ahjumma, ahjusshi.Sung cintakan Minho dan takkan khianati Minho.Sung janji." Kata Jisung sambil mencium dahi Minho.Minho membalas ciuman di pipi Jisung.
--------
Rumah Seungmin.
"Hyung, jom makan.Minnie ada masak lauk kegemaran hyung ni." Seungmin mengetuk pintu bilik Hyunjin.Tetapi tiada sambutan dari Hyunjin.Seungmin mengambil keputusan untuk masuk ke dalam bilik abangnya.Alangkah terkejutnya dia melihat lantai bilik Hyunjin terdapat tompokan darah dan Hyunjin terbaring tidak sedarkan diri di lantai."Hyung!" Seungmin memangku kepala Hyunjin di atas ribanya sambil menangis.
Jangshin Hospital.
Seungmin menunggu berita dari doktor yang merawat Hyunjin dengan gelisah.Tidak lama itu doktor yang merawat Hyunjin menghampiri Seungmin dengan wajah yang tertunduk kesal."Macam mana dengan hyung saya, doktor?" Tanya Seungmin dengan nada gementar."Encik Hwang Hyunjin di dalam keadaan yang sangat kritikal..Encik Hyunjin menghidap kanser barah hati tahap 4 dan secepatnya kena buat pembedahan.Kalau dalam sebulan ni tak dapat nak buat pembedahan, kami tak dapat nak buat apa-apa untuk selamatkan nyawa encik Hyunjin.Buat masa ini saya akan bagi ubat tahan sakit dan dia jangan tak makan ubat dia.Kalau tidak, kesihatan nya makin bertambah buruk." Luah doktor itu pada Seungmin."Okay..esok juga saya mahu hyung saya dibedah." Balas Seungmin sambil mengesat air mata yang mengalir di pipi nya mendengar berita tentang Hyunjin.
"Maaf encik.Kami boleh terus buat pembedahan itu, tapi encik perlu buat pembayaran untuk pembedahan itu dahulu baru kami boleh teruskan pembedahan tu.Dan kos pembedahan tu 2 ribu 5 ratus termasuk kos rawatan hospital juga." Terang doktor itu panjang lebar pada Seungmin.Seungmin hanya angguk dan terduduk di atas lantai.Doktor itu hanya tunduk lalu pergi dari situ.
"Mana aku nak cari duit 2 ribu 5 ratus tu..simpanan yang ada pun tak cukup..gaji yang dapat dari cafe pun belum tentu cukup juga untuk bayar kos-kos tu.." Seungmin hanya mengeluh pelan.Seungmin melihat Hyunjin yang terbaring di atas katil wad hospital itu dengan hati yang luluh.Seungmin menuju ke arah Hyunjin lalu memegang tangan Hyunjin."Minnie sayang Hyung..Minnie akan cuba sedaya upaya untuk cari duit untuk kos pembedahan hyung supaya hyung boleh sihat dan ceria macam sebelum ni.Minnie taknak hilang hyung.Hyung satu-satunya yang Minnie ada." Seungmin mencium tangan Hyunjin lalu melentokkan kepalanya di atas tangan Hyunjin.Tanpa disedari Seungmin, air mata Hyunjin mengalir.
--------
LeeKnow Holdings Company.
"Apa dia?! Lusa saya kena pergi outstation di Jepun? Tapi saya tak boleh pergi sebab ada hal yang tak boleh dielakkan.Boleh postpone kan?" Soal Minho pada Jihyo setiausaha nya."Maaf tuan..memang tak boleh postpone.Sebab projek ni penting.Tuan memang kena pergi meeting juga dengan encik Kazuya yang handle projek pembangunan di Jeju tu." Beritahu Jihyo sambil menyerahkan dokumen dan file pada Minho.Minho membelek setiap helaian di dalam dokumen dan file itu.Minho menghela nafas sebelum berkata lagi.
"Huhh..berapa hari saya kena ada dekat sana?" Soal Minho sambil mengangkat sebelah kening memandang Jihyo."Lima hari tuan." Jawab Jihyo.Minho hanya mengeluh berat dan pinta Jihyo untuk keluar dari ruang kerjanya.
Sunset cafe.
"Maaf sayang.I rasa perkahwinan kita kena tangguh dulu.Lusa I kena pergi outstation di Jepun.Tapi I janji akan kahwin dengan You lepas I dah balik dari Jepun tu.Dan I tak lupa duit 5 juta tu.Esok I bagi cek 5 juta kat you okay.I love you." Minho berkata sambil memeluk Jisung."Okay baik sayang.Yang penting You jangan lupa bagi cek tu tau esok.And then, I nak minta lagi 10 juta boleh? Appa I.." Jisung berpura berasa bersalah minta duit lagi 10 juta pada Minho."Okay sayang, anything for You.I sekejap je ni.Ada hal yang perlu I selesaikan dekat office.Bye sayang.Love you." Minho mencium pipi Jisung lalu bergegas mahu pergi ke arah keretanya."Minho-Minho..kau ni memang bodoh kan..haha." Jisung hanya gelak sinis melihat Minho pergi.
Seungmin yang sudah masuk shift nya juga turut bergegas untuk masuk kerja.Fikiran Seungmin melayang sebentar teringatkan keadaan abangnya.Minho yang tidak sengaja terlanggar Seungmin dan telefon miliknya jatuh menimpa jalan tar lalu retak.
"Saya minta maaf encik." Seungmin panik lalu mengambil telefon Minho yang sudah retak itu dan menunduk berkali-kali di hadapan Minho."Aaa..takpe-takpe.Saya nak cepat ni." Minho mengambil telefon nya dari tangan Seungmin lalu mahu bergegas pergi.Seungmin hanya melihat Minho pergi dan berasa bersalah pada Minho."Haduhh.. Seungmin..kau ni jalan tu janganlah termenung.." Bicara Seungmin sendiri sambil memukul kepalanya.Sedang Seungmin menggurutu sendiri, Seungmin terlihat name card di atas jalan tar.'Mungkin lelaki tadi tercicir ni.' Seungmin mengambil name card itu.
"Lee Minho CEO LeeKnow Holdings."
Baca Seungmin yang tertera di name card itu.Bersambung.
Thank you for reading.Vote anda sangat dihargai.Maaf kalau boring 🤧
Tunggu next chapter ya!
Mint check out ✌🏻💚
YOU ARE READING
One Night | 2Min
RandomCOMPLETED Satu malam yang mempertemukan takdir kita bersama.. KSM & LMH "Kalau awak perlukan duit..just one night for me and marry with me." "Apa? Saya taknak bermalam untuk satu malam dengan tuan Minho apatah lagi berkahwin dengan tuan." Satu malam...