𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓 𝟏𝟗

322 16 1
                                    

Jisung mengenggam penumbuk nya dengan geram.Dia teringat tentang perbicaraanya dengan Seungmin ketika lelaki itu sedang mabuk

Flashback..

"Jisung-sshi..saya sekarang tengah geram dengan Minho.." Bicara Seungmin sambil meneguk segelas soju.Jisung yang belum sepenuhnya mabuk melihat Seungmin dengan tertanya-tanya."Minho? Maksud awak tuan Lee Minho ke? Tapi kenapa awak geram dengan dia? Dia ada buat apa-apa ke dengan awak?" Soal Jisung."Ani..saya tahulah dia boss banyak kerja yang dia kena buat..tapi kenapa dia dah lama tak layan saya sejak awak jadi setiausaha dia..wae..?" Seungmin yang agak kesal sekali lagi meneguk segelas soju."Apa hubungan awak dengan Minho sebenarnya?" Jisung ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang hubungan Seungmin dan Minho."Shh..ni rahsia tau..sebenarnya saya dan Minho sudah berkahwin..jangan bagitahu sesiapa tau..ahh, kepala saya sakit.." Seungmin meletakkan jari telunjuknya di bibir lalu kepalanya terlentok di atas meja.Jisung terdiam mendengar perkataan dari Seungmin.Jisung melihat Seungmin yang sudah tidak sedarkan diri dari mabuk.Di fikiran Jisung mula berniat jahat.Tiba-tiba Seungmin bangun dan berjalan untuk mengambil teksi.Jisung hanya melihat Seungmin pergi.

End flashback..

"Kim Seungmin kau lah yang sudah memiliki hati Minho.Kahwin? I don't care..aku hanya mahu Minho kembali pada aku." Jisung tekad untuk memiliki Minho semula.Tiba-tiba fikirannya terlintas mengenai appa nya setelah dia berpisah dengan Minho.

Jisung melihat sekujur tubuh yang berlumuran darah di hadapan rumahnya.Tubuh itu adalah mayat appa nya yang dibunuh oleh pemiutang appa nya.Appa nya kerap mengambil hutang kerana berjudi.Appa nya juga sanggup menggunakan Jisung untuk dapatkan duit seperti menggoda lelaki kaya atau lebih kejam sanggup menjual anak sendiri demi duit.Para pemiutang appa nya ingin Jisung melangsaikan hutang appa nya.Jisung bernasib baik kerana duit simpanan yang Minho pernah berikan padanya masih cukup untuk membayar hutang appa nya.Setelah itu Jisung mahu kembali pada Minho semula.Dia mendapat kesempatan kerana Jihyo ingin mencari pengganti untuk menggantikannya sebagai setiausaha Minho.

"Semua salah orang tua tak guna tu..aku akan pastikan yang Minho akan kembali pada aku.." Kata Jisung sambil melihat gambarnya bersama Minho suatu ketika dahulu.

-------

Minho terbangun dari tidurnya secara mengejut apabila mendengar jeritan Seungmin.Minho segera menuju ke arah Seungmin dengan cemas.
"Wae Seungminnie?" Minho memegang bahu Seungmin."Minho..rasanya Jisung setiausaha awak dah tahu yang kita sudah berkahwin.." Seungmin menggigit bawah bibirnya melihat Minho."Bwo? Jisung tahu?! Andwae.Saya takkan benarkan awak bergaul lagi dengan dia." Minho memegang wajah Seungmin."Tapi saya rasa Jisung tak seteruk Bangchan..saya suka berkawan dengan dia.Dia sangat sporting walaupun kami hanya baru kenal..awak tak boleh halang saya daripada bergaul dengan Jisung." Ucap Seungmin sambil memegang kedua tangan Minho yang memegang wajahnya."Andwae Seungmin..saya takkan.." Belum sempat Minho melanjutkan bicaranya, Seungmin mengucup bibirnya sekilas."Gwenchana..saya akan cakap dengan Jisung..awak tak perlu lah risau..saya mahu mandi dulu ya.." Seungmin mengukir senyuman segaris dan mengambil tuala mandi lalu masuk ke dalam bilik air.

One Night | 2MinWhere stories live. Discover now