♥︎ Can't Stop Loving You ♥︎
Maaf ye anak-anak. Tadi tertekan publish sedangkan belum siap editing lagi. Jgn gelabah kenapa tak boleh bukak ;)
Actually dah bagitau dah dekat message board but followers je yang tahu. Jadi kalau nak tahu apa-apa update daripada i, sila follow kita :3
Baik, selamat membaca.
Pakk! Brbukk! Drbakk!
Habis terjatuh barang-barang di atas kabinet tatkala ditolak begitu sahaja.
"Arghh..!" Erangan seorang lelaki kedengaran di dalam sebuah rumah di kondominium.
'F***... where is it?!'
Tangan Izz tergapai-gapai mencari sesuatu di dalam kabinet biliknya. Bahagian atas abdomennya ditekan sambil badannya dibongkokkan ke hadapan bagi menahan kesakitan.
"Erghhh! Mana kau simpan, Faizz?!" Kasar Izz bertanya pada diri sendiri.
"F***! Arghh!"
Tak dapat ditahan, dia terpaksa duduk di atas lantai, menekan lebih kuat pada bahagian abdomennya. Tubuhnya terbongkok ke hadapan, berharap sakit itu akan pergi.
'Please... go away... I can't go out feeling like this... please!'
Rayu Izz dengan peluh yang merintik keluar di dahinya.
Lebih kurang empat minit menanggung kesakitan, empat minit juga berposisi sebegitu, akhirnya sakit itu reda dengan sendirinya. Dada Izz turun naik mengawal pernafasannya.
'Sh**.. I can't possibly go out after experiencing this. The pain can strike again whenever it wants.'
"Ah..." Izz mengeluh berat.
Perlahan-lahan jejaka itu berdiri dan sambung mencari barang yang dicarinya tadi. Almari baju dibuka lalu diselongkar semua bahagian dalam almari tersebut. Sekeping fail dikeluarkan dari celah lipatan baju-baju.
"Ugh! Sini rupanya kau! Nak mampus aku cari kau tahu!" Omel Izz pada fail tersebut.
Dengan dengusan, dia menutup kembali almari setelah mengemas semula pakaiannya di dalam. Fail dibuka lalu helaian kertas dikeluarkan darinya. Isi kandungan kertas tersebut dibaca dengan dada yang mulai berdebar.
Setiap aksara pada dokumen yang dipegang dibaca dengan teliti.
'Could it be..?'
Sel-sel otak Izz mula berhubung, cuba memikirkan jawapan sebenar setelah membaca info-info dokumen tersebut. Jika hendak dikaitkan dengan simptom-simptom yang dilaluinya, hampir 80% berkait dengan penyakit ini.
Berkerut dahi Izz memikirkan hal ini.
"Ahh. Besok aku kena pergi jugak. Hari ni tak boleh."

YOU ARE READING
Can't Stop Loving You
Romance『 BOOK 2 UNTUK "MATHS" 』 Had umur: 15+ Mixed genre: romance, comedy, sad, depression P/s: This story is slow-paced on the first 25 chapters. Kalau nak hiburkan hati, belum ready untuk konflik; boleh la baca 25 bab awal. Kalau nak terus konflik d...