62 ♡ "Five weeks."

2.7K 242 152
                                    

  Can't Stop Loving You 



Ain menatap pantulan wajahnya pada cermin. Matanya luyu. Pening bercampur mengantuk. Mungkin disebabkan semalam dia tidur lewat, pukul 1:00 pagi. Logiklah kan? Tekaknya pula terasa sedikit loya. Kepala yang pening semakin menguasai diri membuatkan Ain ingin kekal dalam posisi baring.

          Tapi tak boleh. Dia mesti hadirkan diri ke kelas. Beg dicapai sebelum Ain membuka langkah keluar bilik. Terserempak dengan Airil yang juga baru keluar dari bilik kedua untuk turun ke tingkat bawah.

          Mereka berpandangan satu sama lain sekejap. Muka tak bermaya Ain ditatap Airil. Ain hanya beriak seperti biasa lalu menuruni tangga. Kot-kotlah Airil ingin jalan melepasinya tetapi dia menghalang jalan lelaki itu. Ain cuba bertoleransi.

          Airil masih tidak berganjak melihat Ain yang berlalu pergi. Tak pasti mengapa tetapi hatinya hiba menatap wajah isterinya yang kelihatan seperti tidak sihat. Tak mahu membuang masa, dia pun turun ke bawah dengan beg yang digalas pada sebelah bahu.

          Turun-turun saja, dia melihat Ain sedang merehatkan kepala di atas meja makan beralaskan lengan dengan mata yang terpejam. Dahi wanita itu berkerut menahan kepeningan yang semakin terasa. Dia membuka pejaman mata dan melihat Airil yang menyinggah ke pejabat, mungkin ingin mengambil sesuatu.

          Sebenarnya tidak.

          Airil tidak sampai hati hendak keluar rumah melihat isterinya berkeadaan sebegitu. Sengaja dia melengahkan masa dengan memasuki pejabat tanpa tujuan.

          Ain menunggu sehinggalah suaminya keluar dari bilik tersebut.

          "Abang, kalau nak sarapan, awak sapulah roti dengan jem ya? Hari ni saya macam tak sihatlah.." ujar Ain lemah.

          "Hm." Airil bergumam saja.

          Dia pun bergerak ke dapur untuk mengambil roti dan jem anggur bercampur peanut butter bersama sebatang sudu. Disapunya jem pada roti sebelum melipatnya separuh. Ain yang sedang memejamkan mata, masih merehatkan kepala di atas meja dipandang. Dicuitnya lengan wanita itu dengan jari telunjuk. Ain pun membuka matanya dan mendapati Airil menyua roti bersapu jem kepadanya.

          Perlahan kepala Ain menggeleng dengan senyuman lemah. Dia sedang mual. Tiada selera hendak makan.

          Tatkala huluran ditolak, Airil pun mengepit roti tersebut dengan menggigitnya lalu mengikat roti dan menutup jem pula. Selepas mencuci sudu, dia pun melangkah ke pintu rumah untuk keluar.

          Ain mengangkat kepalanya yang terasa berat. Cebik melihat Airil yang ingin meninggalkannya.

          'Tak nak tanya ke kita okey ke tak..'

          Sedih Ain. Dia cuba berdiri dan mengekori suaminya untuk keluar rumah.

          "Abang, boleh tak kalau awak hantarkan saya ke kampus? Saya tak larat la nak drive." Pinta Ain dengan mata yang masih kuyu.

          "Hm." Sekali lagi Airil bergumam sebagai balasan, tidak memandang pada isteri.

          Kunci kereta dan kunci rumah diambil dari penggantung kunci. Mujur lelaki itu mengeyakan saja permintaan isteri. Ain di belakang mengikut langkah Airil untuk keluar. Kepalanya berpinar yang amat. Perasaan mual dirasainya lagi. Tambah dengan mengantuk lagi.

Can't Stop Loving YouWhere stories live. Discover now